Nu Sentral okelah jugak.

Oke, mari sambung tempek-tempek gambo dari hp ku, ni nak clearkan storage barulah rasa macam nak update tinggalkan memori kat belog sendu ni. Hahaha.

Ni cerita hujung taun lepas ni (punya la lama), lepas hantar Jz kat kl sentral, kitorang baru tau ada Nu Sentral kat situ. Haha. Punya lama kan tak jenjalan situ kan, lama jugak sebenarnya tak naik public transport, kalau tak mesti tau kewujudan mall tu.

*Christmas deco, niceeee
*Kedai typo ni memang aku suka betul lahhh! 

Kitorang suka lepak mall, suka window shopping, kalau masuk mall baru kitorang suka tengok butik apa yang ada sebab nanti boleh la plan pegi shoping. Boleh tahan jugak la situ banyak kedai dan butik kesukaan. Hewhew. Laki aku time tu sempatlah menyopingg, dia tu memang kaki shopping, kalah aku okey!



Lepas tu aku bawak pegi makan kat Manhattan, excited gila dia. Dia ni kan melayu tulin tak biasa makan benda merepek. Nasik je dia tau. Tapi memang sedap la, aku pun dah lama tak makan sebenarnya. Hihihi.

Macam ni la kitorang yang masih tak dak anak lagi ni, weekend je melepak la mana-mana, kalau dah melepak tu keje kitorang makan je la, Tu pasal la badan pun dah mengembang, duit pun dah mengecut. Hikhik. Tak pa la, asalkan gumbira hatiku.

Minah pengketuk pintu bilik orang. Hahaha.

Aku cek gambar-gambar dalam BB aku ni, rupanya banyak yang syok-syok aku tak update. Ni sementara aku malas nak 'mengkoding' ni, let's update, tempek-tempek gambo sambil mengenang kembali kisah lama.


*Time ni kitorang dating berdua kat Ikea, Jz tidoq rumah aku lepas kendurik babai. Syiokkkk! Nanti mai lagi k.

This is my best-estttt friend, cik Jz! She always be my fave bff! almost 11 years kenal dia ni, sejak zaman politeknik dia duduk sebelah bilik aku time kat asrama. Selalu ketuk pintu bilik orang mintak milo dan megik. Kahkah, muka tak malu kannn. Kalau hang tak ketuk-ketuk bilik aku, kompem aku tak kawan ngan hang jz oiii! Heheh.

Lepas berambus dari asrama peraturan-ketat-wajip-pakai-setokin itu, kitorang berpisah kejap. Lepas tu sem berapa entah dia mai tanya nak duk menyewa ngan aku ngan Nina. Lepas tu, memang rapat la kitorang kan, segala kemungkaran di Taman yang ber-Sari 6 tu haruslah kitorang buat. Kemugkaran yang dimaksudkan adalah membuat bising, menyekodeng jiran tetangga, main badminton berjemaah petang dan tengah malam, malah kami import pemain dari Sari lain kot. Huahua. Hidup sihat tau dulu. I loikeee.

Alamak rindu pulak zaman itu. :) Ada alat kembali ke zaman dulu tak? Teringin pulak aku nak rasa balik semua tu, nak rasa jugak badan yang masih kecik dan kulit muka kusam. Hahahhaha.


Jz Sayam,
I love you.

Basikal baru dan berebut lah korang

Adik aku kalau cuti sem, dia memang akan balik Taiping lah kan. So kalau dia kat sana memang dia akan jadi tukang update hal budak-budak comel dan banyak akal tu (anak buah aku tu la, 2 orang tu). Hehe.

*Dorang ni memang jenis kerumun macam ni kalau acu dia balik Taiping.

Tengok tu Neno punya ganas, sampai mata telinga semua lebam. Memang ganas la dia tu, pelik sikit perangai. Anak no 2 biasa la kan. (macam aku la kot pelik sikit. Hihi)


Hari tu adik aku BBM gambar dorang main basikal. Mak aku belikan basikal kat Amani sebab minah tu asyik la duk tanya 'bila opah nak beli basikal kat Aniiii?'. Potpet kan?

Mak aku cerita, memang berebut la dua budak potpet tu. Basikal dah la satu kan, tapi patutnya minah kecik tu tak sesuai pun main basikal Amani tu, tapi dia tetaplah nak berebut jugak ngan kakaknya. Padahal dah ada basikal sendiri, yang ada kartun-kartun tu lagi menarik kot. Tapi dia memang dengki ngan kakak dia, kalau berebut kompem kakak dia yang lemah-lembut tu nangis, si Neno tu memang boleh tahan ganas jugaklah. Hahaha. Lawak je tengok.


*Ni kalau acu dia ada memang aktiviti tengok Frozen sampai lebam. Haha. Tengok bontot pon dah geram ni. Rindulaaaaaa.


Ya Allah, rindu betul kat bebudak ni. Harap korang ni membesar dengan baik, solehah, pandai dalam pelajaran, baik akhlak, Aamiin.

Free Size

Semalam aku pegi pasar pagi. Nak carik udang, teringin makan sambal petai. Hehe. 
Lepas tu jenjalan la pegi tengok-tengok tempat orang jual baju. Pastu aku belek-belek la baju, tak cantik pun, kain murah, corak makcik kampung, saja tengok-tengok kalau ada lagi yang menarik dan murah. Tiba-tiba,

Penjual lelaki : Kak, yang tu RM25.
Aku : Owhhh.
Penjual lelaki : Tapi free size je, kita tak ambik saiz besar-besar, kalau akak pakai ni fit jadi baju ni. 
Aku : owhhh, oke.


Dan aku pun mula nak beredar dari kedai tu.

Penjual lelaki : Sori kak ek, terbanyak mulut pulak.


Dalam hati aku,
"Okey, aku gumuks. Hahaha. Tak heran pun tapi aku tak tanya apa-apa lagi ko dah cakap macam tu kat customer? Cuba kalau customer ko jenis cepat sentap? Cuba kalau customer ko sebenarnya memang nak beli untuk orang KURUS? Kan ko dah rugi"


p/s : Dorang ni kena ada strategi la. Kena pergi kelas keusahawanan lagi tu, extend lagi 2 semester. Hihi.

*Sape cakap aku gumuks tadi? Flying kick sekali kang baru tauuu

Special 20th January

Special 1st post in the year 2015.
Happy New Year btw! Walaupunnn dah lewat.
Lama betul tak post, boleh la tambah azam baru iaitu supaya rajin post (pui!)

Anyway, today is my Hubsy's 30th birthday!
Happy Birthday Bik, Yemok, Sayam Bayam.

Banyak betul panggilan kan. For those yang tak tau, iolss panggil husband macam-macam nama manja. Gituew. Selalu panggil B, tapi lebih bunyi Bik (Sejak kapel 10 tahun dulu). Banyak member rapat pun duk panggil dia Bik (contohnnya Jz. Haha) Kadang aku panggil Emok, Yemok, Yam, Sayam, Ngen. Pilih je nak panggil yang mana, dia oke je. Dia pun panggil aku Emok jugak sebab sama-sama demok. Hahaha selamber je.



*Jimat sungguh, kad pon aku conteng sendiri. Cantek ke tidok? Haha

Pagi ni aku keluar pergi kerja awal, aku letak la hadiah dia atas meja. Malam tadi pun aku tak wish langsung, konon buat-buat lupa la. Hehe. Dia tengok hadiah terus bbm aku "betoi2 seprais oooo, tq Mok." Dia kata lepas bukak hadiah, dia dok pakai je cap tu. Haha. Aku bagi cap je, bajet kurang. Sebab sebelum ni dia asyik la duk ulang masuk kedai tengok cap ngan t-shirt brand-brand skate ke pe tu. Ok lah kan bagi cap, at least boleh tutup 'uban-ness' ngan 'botak-ness'. Hahahaha.


I love you Yam!
Semoga panjang umur, murah rezeki.

Dia selalu cakap,
"Bik tak rasa tua pun, Bik rasa macam 21 lagi...... TAPI uban ada dah la, baru la stailo."

Iyolah!




*Sempat upload lagi dia tu. Buat malu je hadiah murah. Hewhew.