Hey Hobbit!

Sebenarnya, aku tak layan sangat pun filem Lord of The Rings dulu-dulu tu. Tapi The Hobbit ni aku memang minat gila. Aku pun pelik kenapa macam tu. Hihihi. Kesimpulannya, aku tak sabar nak tunggu 18 December. Yihaa!




Bodoh dan selfish

Semalam kecoh pasal retis parking kat stesen minyak tu. Sebenarnya benda ni aku pun dah lama perhati kan je. Memang ramai orang perangai bodoh selfish macam tu. Aku dah banyak kali dah kena, kita elok je parking belakang dia nk tunggu turn isi minyak, tunggu sampai 10 ke 15 minit tak muncul-muncul orangnya. Wat the f**k kan? Kalau pam lain kosong ok tak pe, kita boleh guna pam lain, ni memang tengah ramai. 

Waaaaaaa... Kenapa korang perangai bodoh macam tuu? Sedihhh!

Terus terang cakap la, aku memang tak suka orang buat perangai tu, so memang aku takkan pernah buat macam tu. Aku paham perasaan orang, selalu terpikir kalau aku yang kena. Aku sanggup cari parking walaupun jauh kalau nak membeli atau withdraw duit ke apa. Kalau tak pun aku hold dulu cari kedai lain pulak ke. Benda simple dan mudah je pun. Apsal sampai nak susahkan orang lain?? Otak letak kat buntut ke? 

Tumbuk kangg!!!