bff aku

Korang rate kan kawan korang yang korang anggap bff tu macam mana? Aku rasa mesti yang - memang korang selalu jumpa tiap-tiap minggu, lepak rumah bff korang selalu, pegi holiday sesama, wassapp 24jam, bergelak ketawa, bla bla bla.

Kann?


Aku pun ada bff jugak. Tapi tak la macam yang aku tulis kat atas tu. Ada bff aku kenal dari kecik tu, aku rasa memang jarang gila jumpa. Aku sebenarnya malu nak jumpa, lagi-lagi nak ajak lepak memang tak la. Takut kacau waktu dia dan kadang-kadang aku yang busy. Tapi aku sayang dia, semua rahsia aku time sekolah dulu dia tau. Hikhik.

Tapi aku rasa bff dari zaman pengajian tinggi lagi rapat kot. Hahaha. Sebab apa? Sebab lepas kita habis sekolah, kita masuk IPT bertahun dan bff zaman sekolah dulu dah jarang jumpa. Masa masuk IPT tu pulak badan pun dah gumuk, terus malu nak jumpa bff zaman sekolah dulu. So dapat bff baru zaman IPT tak pe la sebab dah biasa tengok kita ni gumuk, tak la malu sangat. Muehehe. Korang paham tak ni?

So aku punya bff zaman IPT ni memang rapat sangat la, walau jarang berjumpa tapi kalau jumpa dorang jarang la cakap aku ni dah gumuk sebab tak banyak beza gumuk aku time IPT dan sekarang. (Tapi ada jugakla dorang cakap ritu. Tak pe, aku maafkan. Hehehe)

Bff aku time Poly dulu ada 5 orang satu geng, tapi ada dua orang tu macam dah jarang jumpa. Tapi aku dengan Jz ni dah macam sister. Wah gituew. Sebab aku selalu menyemak gi rumah dia. Nasib baik dekat je kampung kitorang ni. Memang raya akan pegi je la tengok Tok sekali.

Hari tu pegi rumah Jz time raya ada buat kenduri. Dan tak sangka bff si Pakown ni pun boleh join sekali. Lama tak jumpa dah macam Majiburrr dia tuu. Hehhh.

Makanan dah la sedap, laki aku kekenyangan siap landing atas sofa rumah Jz siap tidoq. Punya tak tau malu.



I love u Jz, semoga hang cepat kawin. Nanti kalau nak khidmat aku jadi pengkapit akan aku usahakan. Hehehe.



*Sebelum raya sempat belanja kerang rebus femes Parit Buntaq lagi dia tu. :')

2 comments:

  1. I love you yam.
    Tq for everything tau.

    n ofcos ko kene kapit aku ok
    Muaaaahhxxx

    ReplyDelete