Raya Geng Pengkecoh

Hari tu lepas raya, Geng Pengkecoh aku tu sebuk-sebuk la plan nak beraya. Aku kata datang je la rumah, tapi aku masak simple je la. Tapi last-last dapat stok pes nasik arab feberet tu, teruslah aku masak untuk dorang hari tu tapi aku tak bagi tau lagi saja nak seprais.

Sebelum dorang datang haruslah kemas-kemas apa yang patut. Biasala, rumah duk dua orang je agak malas nak kemas over-over kan. Tapi time tu memang kaw-kaw kemas sebab ada baby Adam nanti kena habuk lak. Lepas kemas, kitorang pun siap-siap jugak pakai baju. Laki aku lagi beria siap pakai baju melayu. Hover nauuu!

*Konon dah habis lawa la ni susun atur raya ni? Hahaha.


Sampai je dorang memang kecoh la rumah aku. Aku rasa jiran tingkat paling atas pun dengar suara kitorang. Semuanya bersemangat seperti petir! Baby Adam senyap je tengok perangai aunty-aunty dia yang kecoh tu. Huahua.



Lupa la aku nak snap gambar hidangan. Hari tu aku masak nasik arab, ayam grill, aglio olio, agar-agar santan dan kuih raya. Air sunquick oren. Hihi.

Alhamdulillah, semua orang makan nasik arab tu, memang dorang pun kata best. Lepas tu siap order-order lagi. Dah la senang je nak masak, sodap lak tuu. Promot.


*Dik Mekda ni senyap-senyap tau lekat magnet dari Texas! Sukaaaaaaa!!



Thanks korang sebab sudi datang. Nanti datang lagi k.
Sayang korangggg ketat sangatttt. 

Raya haritu

Oke, aku tau Raya dah habis. Haha.
Dah habis ni baru aku ada SEDIKIT rajin nak update belog.

Maaf Zahir dan Batin.

Menyampah takkk? Hahaha