Bulan puasa

Assalamualaikum.

Salam Ramadhan.
Apa cerita puasa anda? Aku baru start puasa kembali setelah 'bercuti' sekejap selama 6 hari. Muehehe. Lepas 'cuti' sekejap tu rasa payah jugak nak start puasa, malas je nak bangun sahuq. Tapi kalau bangun pun aku selalu masak untuk Laki je, aku selalu makan biskut atau roti dan minum air masak. Sebab kalau aku makan berat confirm aku akan sakit perut gila-gila! Perut dah tua kot, manja terlebih. 

Selalu sahur masak untuk laki aku olio aglio je. Amboi kerlass kan laki aku request, omputih sangatt. Haha nasib baik senang je nak buat. Tak pun dia request nasik goreng. Senang! Sebab jarang lauk berbuka tu sampai ke sahur, sebab selalu masak atau beli sikit habiskan terus masa berbuka. Kalau beli lauk memang sikit je la, sekali makan dah habis, sebab aku rasa lauk orang juai tu mahal. Kalau beli lebih, kalau tak habis memang rasa sangat membazir.

Kalau berbuka kadang-kadang beli lauk sejenis je sikit. Lepas tu balik rumah aku buat la goreng-goreng lauk yang simple je. Kalau tak beli aku masak pun simple je. Tapi kalau suruh laki aku ni beli lauk memang lawak la, ada hari tu dia beli dua lauk berbeza tapi dua-dua ayam. Dah balik baru dia perasan gelak-gelak sorang. Nyanyok kot. Haha. Lepas tu kalau beli kuih mesti kuih yang tak sedap. Pastu paksa-paksa aku makan, memang tak laa. Haha. Owh, puasa ni tak sempat lagi nak buat kuih kegemaran kuih keria tu. Nanti nak buat lah!

Tahun ni rasa macam boleh tahan godaan beli banyak untuk berbuka. Sebab dah tanam dalam hati kata 'kalau beli banyak mesti tak larat nak makan kan? Membaziaq. Itu semua NAFSU semata-mata!'.  Syabas!

*Sahurku