#Wordless Wednesday : My Nenor


Cendolicious

Serius cakap, family aku ni memang jarang keluar jalan-jalan cari makan. Masa kecik dulu jangan harap la nak lepak satu family makan kat kedai. Sebabnya, mak aku ni yang taknak ajar anak-anak makan kat luar. Mak kata, tak payah membazir, Mak boleh masak. Dan mak aku sebanarnya sangat cermat bab duit, dia suka menabung. Tapi kalau mak kata tak boleh masak sebab kerja banyak or tak sihat barulah mak kata suruh beli makanan kat kedai. Abah pun akan keluar pegi beli nasik ayam bungkus bawak balik rumah, bukannya bawak kitorang pergi makan kat kedai ok, sebab lagi satu mak kata malu la nak lepak kat kedai makan, macam tak ada kerja kat rumah je. Macam tu sekali mak aku tu. Hihihi. Tapi penah aku ingat sekali abah aku senyap-senyap ajak aku ngan adik pegi breakfast kat kedai makan roti bakar, tapi kena rahsia jangan kasi tau mak. Hahaha.

Sampai aku dah besar, dah keluar duduk asrama dan berdikari barulah aku belajar makan kat kedai. Dulu aku nak order pun tak reti. Tak pandai nak order teh o ataupun teh panas, aku selalu terfikir kalau nak teh yang letak susu tu kena cakap pe, kena order cakap teh susu ke? Kahkahkah.

Oke, tu cerita zaman kecik aku duduk kat Slim River, aku ingat lagi ada kedai nasik ayam sedap dengan kedai sate sedap kat pekan kecik tu. Alahai rindunya.


*Cendol time!
Sebenarnya post ni aku nak cerita pasal cendol je pun. Kan aku kata aku ni bukan dari family yang suka jalan-jalan carik makan, so sejak famili aku pindah Taiping aku memang tak tau apa-apa pasal makanan yang femes kat Taiping, buat malu je. Haha. Ada kawan tanya kat mana kedai cendol femes tu? Aku mesti kata, entah aku tak tau. Pastu dorang kutuk aku depan-depan kata aku orang Taiping murtad. Haha, memang la aku orang Taiping tapi aku dibesarkan kat Slim kot!

Balik kampung hari tu ajak lakiku pergi carik cendol Bismillah, seingat aku pernah makan kat sini sekali dulu-dulu dengan mak sebab ontheway balik dari urusan kat BSN, mak kata makan cepat-cepat sebab mak malu lepak kedai lama-lama. Huahuahua.

Pastu bestfriend aku pernah mention pasal cendol Ansari pulak, yang tu memang nampak aku murtad taiping la sebab seriusly aku tak tau celah mana kedai tu. Aku rasa area Bismillah situ jugak, eh yeke? :') Kalo korang nak tau korang google je la, aku google nampak banyak blogger review cendol dua kedai tersebut.

Aku rasa aku kena mendalami Taiping lagilah., bukan setakat lepak Taman Tasik Taiping je. Hihihi

*Ada aku kesah?

Pasar Kemboja

Ini cerita dah lama, time balik kampung cuti panjang hari tu. Haha. Pemalas nak update belog macam ni la kan.

Hari tu balik Bagan Serai, tetiba teringat nak pegi pasar Kemboja kat Parit Buntar tu. Punya la lama tak pegi, rupanya dah pindah tempat, bukan lagi kat tepi-tepi jalan tu (aku tak tau jalan kampung apa ntah, Permatang Tok Mahad ke pe ntah, lupa). Punya la pusing pegi area bandar, rupanya memang kat situ dah tapak baru (area dataran sungai). Pasar kemboja memang femes dengan tempat borong kain, baju, telekung, semua murah. Ramai yang berniaga memang borong je kat sini.
*The details
Aku ingat nak cari kain untuk buat baju kurung je untuk pakai pegi kerja, sekali malas nak pikir terus beli baju kurung siap. Ok la harga murah. Lepas tu beli telekung lycra ada renda just RM50 je sepasang untuk mak, mak mertua ngan kak ipar. Kain lycra tu pun ok je tak la nipis sangat. Aku rasa murah sebab ada orang yang jual telekung lycra kosong je kain pun biasa harga sampai RM70, ishh. Kalau kat online sellers maunya lebih daripada harga tu kot. Tapi ada yang mahal tu memang elok sangat sebab custom made dan berkualiti kan. Sokayyy~
*Laki aku kalau bab belakon memang serah je la kat dia. Haha.