Hello little man! :)

My bestfriend from Uni life, Puan Echa dah selamat lahirkan baby Adam (style pronounce aku macam Adam Lavigne tu, muehehe). Tahniah Echa and Apai (her husband).

Tak berkesempatan nak pegi tengok sebab bersalinnya jauh di Jolobu. Punya la plan nak bersalin kat Sungai Buloh kan? Kalau tak boleh iolss pergi melawat. Hehe.

Present untuk Adam dah beli lama, konon nak jumpa sebelum bersalin tapi masing-masing busy, padahal rumah dekat je. Ada la jugak lakiku ajak pegi kejap naik motor jalan-jalan petang weekend sebelum ni tapi tak sempat jugak, takut nak ganggu dorang sebenarnya.

Solution nya, iollss post kan saja ke kampungnya. Senang. Nanti dah habis pantang balik sini bolehlah gi melawat baby Adam Lavigne.

:)

Belikan hadiah murah, biasa-biasa je.

Hope baby Adam suka, semoga jadi anak yang soleh. 
InsyaAllah.


#Wordless Wednesday : Cadar

Masuk rumah,
then masuk bilik,
then ternampak ni ;



Pandai dah lakiku ni tukar cadar, masukkan quilt dalam cover.
Tahniah sayam bayam sebab dah pandai, terima kasih sebab rajin basuh cadar semua.

Lebiu.
Hewhewhew.



Kisah Universiti

Tadi ter-stalk fb bekas lecturer aku dulu. Dia ada post pasal ada satu budak tu cakap lecturer kurang mengajar dalam kelas, semua kena belajar sendiri. Kiranya macam gaji lecturer tu untuk ambik kehadiran dan bagi assignment/project je la dalam kelas. 

Tapi tak la semua lecturer macam tu kot kan? Lecturer aku dulu ada je yang bersemangat mengajar dalam kelas, macam time sekolah. Best! Aku rasa budak yang komen tu baru 1st sem kot, so tak adapt lagi dengan kehidupan di Universiti. Aku rasa mana-mana universiti pun ada style yang sama. 
Aku dulu pun 1st sem macam apa je masuk kelas dapat input 0! Sampaikan aku yang terel (bolehlah) dan minat Maths ni dapat pointer teruk dalam subjek tu untuk semester 1st, dan kompem overall pointer 1st sem aku teruk gila! Tu semua gara-gara aku tak minat lecturer tu mengajar. Haha.
Rasa macam nak behenti je, cukup lah dengan Diploma yang aku dah ada tu. Tapi tiba-tiba teringat muka Mak, terus hilang niat nak berhenti :')

Naik sem 2, terus aku try tengok cara-cara nak adapt dengan life kat Uni ni, sikit-sikit dah boleh, try cara belajar sendiri, dah pandai kira-kira pointer yang patut aku dapat untuk lulus cemerlang. Rupanya satu markah adalah sangat berharga! 
Aku sanggup repeat balik subjek Maths aku yang teruk tu untuk cover pointer aku. Alhamdulillah, pointer aku maintain baik sampai habis Degree. 

TAPI itulah,
ada jugak segelintir yang berjaya dengan cara 'kipas' lecturer. Faham kan? Aku tak kata orang yang pointer cemerlang sangat tu semua macam tu, mungkin ada yang memang otak genius pandai kan? 
TAPI kebanyakan orang yang aku kenal, yang cemerlang sangat tu memang suka 'mengipas'. Ataupun dia seorang yang sangat menonjolkan diri dengan sengaja dalam kelas sampai lecturer semua kenal dan suka. Ada jugak yang bijak pilih satu group tugasan dengan orang rajin, dan dia tak buat sangat pun assignment bersama tu tapi dia dapat markah sama banyak dengan orang tu. Tak adil kan? Aku dah pernah rasa.

Aku? Kau pergi tanya balik lecturer aku dulu adakah dia masih ingat aku? Aku rasa TAK.  Sirius, aku dulu student yang sangat pasif, pemalu nak angkat tangan tanya dalam kelas, pemalu masa buat presentation, pemalu nak pergi bilik lecturer tanya pasal assignment.

Bagi aku, kalau kau ada kelebihan, kau menang. Kalau Allah izinkan, kau menang.
Setel.




p/s: Hidup kat IPT memang terpaling best la sebenarnya. Enjoi je.

Hari Isnin

Semalam adalah Isnin, malam sebelum tu ;

Aku : Esok malas la nak gi kerja. EL je la. Orang lain boleh je EL la, MC la. Kalau time Bi ada je hal tak boleh.

Bik : Tak yah la, gi je la keje. Tu orang, tak yah la ikut. (insert bebelan here)

Aku : Pffttt~

...

Hari Isnin terpaksa jugak pegi keje, kuatkan semangat. Tapi pagi tu memang tak ada semangat la, yang Bik masih bebelkan benda yang sama. Hehe.


On the way pergi kerja dapat wassap ni dari Bik;



Dia bagi ceramah pulak lepas tu. 
Baiklah sayangku.