Sedap~

Pernah tak kawan kau pelawa makan kat rumah dia, dia kata mak dia masak sedapppp, siapa pon tak boleh lawan wa cakap sama lu.

Dan kau pun pegi la rumah dia, tengok je makanan atas meja yang mak dia masak, memang kau seakan mengaku yang mak dia pandai masak. Dalam hati kau pun berkata 'Wow! nampak sedap gila lauk Mak dia ni masak. Jimat duit makan aku hari ni.' Hahaha.

Lepas tu kau pun makan, tapi malangnya tak menepati citarasa kau pun. Bukan tak sedap, tapi kau rasa - 'Mak aku masak lagi sedap kot!'.
Hahahaha.

Ada jugak yang bagi statement, 'Kari mak aku masak adalah paling sedap'.
Padahal kari mak dia kari cair je kot, tapi rasa memang dah terpaling sedap la tu.
Kalau sendiri masak kari cair tak rasa pulak sedap macam tu kan, tak pun makan kari orang lain yang masak, tetap kata kari mak dia PALING sedap gilos!
Pelik tak?
Sebenarnya, kita selalu kata masakan Mak kita yang paling sedap SEBAB kita ni dari kecik memang makan hasil masakan Mak kita.
Benda tu dah jadi serasi, dah sebati dengan lidah kita.
Tu pasallah kalau bab masakan ni, walaupun orang lain masak sedap sebenarnya - masak ikut teknik yang betul -style masak pun dah macam chef terel-terel TAPI kita tetap kata masakan Mak kita adalah ter-PALING sedap.
Kann?
Tapi kalau orang yang jenis kuat makan tu lain la cerita kan - semua makanan dia bedal je, tak kisah la sedap ke tak. Haha.

Untuk para isteri pulak - rajin-rajinlah masak untuk suami supaya dia serasi dengan masakan anda.
Nanti kalau ada pompuan lain nak goda dia dengan masakan pun, kompem tak jalan punyalah! Hehehe.
Owh, dan juga bagus untuk tumbesaran perut sang suami. Kan dah dapat pahala disitu.


Sekian ceramah untuk hari ini.
Terima Kasih


*Sekadar gambaq hiasan


No comments:

Post a Comment