Pergi dahulu.

Orang kata ;
orang yang baik akan pergi dahulu.


Aku rasa betul, sebab aku dah rasa sekali.

Macam arwah Abah, dia memang baik.
Bukan aku puji Abah sendiri, tapi memang ramai yang cakap macam tu.

Masa hayat dia,
aku jarang dengar dia bercakap benda yang merepek-repek, mengumpat orang lagi la aku tak pernah dengar.
Suara dia lembut, perlahan.
Tak pernah marah-marah.
Dia cakap bila perlu saja.
Kalau dia ketawa pun lembut je dengar.
Dah la suka simpan misai. :')
(Ok, airmata aku dah nak menitis ni)

Kami adik-beradik, memang Abah tak pernah marah.
Pernah satu hari kami lambat mandi, Abah ambil rotan (yang tak pernah berfungsi pun) kejar kami sambil gelak-gelak suruh mandi. Itupun lembut je suara dia. Hehe.

Dia tak pernah puji kami dengan kata-kata, dia suka senyum saja.

Masa sekolah, tiap-tiap tahun aku dapat top 3 atau top 10 dalam kelas/darjah/tingkatan, dia tak pernah ucap tahniah. Dia senyap dan senyum sambil sign report card. Tapi esok atau lepas gaji, dia mesti balik bawak hadiah - kotak pensil, buku, jam tangan, basikal, dan macam-macam lagi. Bila dapat banyak A dalam peperiksaan penting dapatlah hadiah best sikit. Dia bagi macam tu je sambil senyum.


Itu sikit memori aku dengan Abah.



Tak sempat aku nak berbakti kepada Abah.
Sekarang aku hanya mampu bagi doa dan Al-Fatihah saja.


Semoga Abah tenang disana.
Kami selalu rindu Abah.
Selalu.

*Seronoknya masa dahulu. :)



p/s: Sejak beberapa hari ni banyak dengar berita kematian, harus hadapi dengan tenang. 
Semua orang tetap akan merasa - merasa kehilangan atau merasa mati. Pasti!

No comments:

Post a Comment