Mimpi Ngeri

Dah nak dekat setahun kahwin ni dah macam-macam cerita seram waktu malam aku kumpul. Actually tak da la seram sebab hantu ke apa, seram tengok perangai time tidur laki sendiri je. Haha.

Tengah malam kelmarin, aku tengah syok tidur tiba-tiba terkejut sebab laki aku kat sebelah dia gosok laju-laju lutut aku. Ala-ala gosok macam menakutkan tu. Aku terjaga tengok la dia ok je tidur tenganga. Hmmm. Lepas sejam lagi tu dia letak tangan kat perut aku then dia tekan pulak dahh. Lagi sekali aku terkejut. Sabar je la.. Mesti dia tengah mimpi jadi doktor kot, cek perut pesakit. Kahkah. Lepas tu, aku terjaga dengar dia bercakap pulak, "thoo thorrr thorrrrr~". Kahkahkah bongok gila mimpi apa la agaknya kan. Aku terus ketawa la. Kompem dia tengah mimpi mintak tolong Abang Thor, mintak pinjam mertun (hammer) lettew, Haha. Esoknya aku cerita kat dia, dia memang tak caya la tapi gelak sakan. Dia kata "betul la kot, Bik rasa Bik mimpi jadi Kapten Amareka mintak tolong Thor, hahahha." 

Dia ni memang kuat tidur la, kadang-kadang dia tidur petang pun sedap je tengok berdengkor bunyi macam badak, aku siap rakam tunjuk kat dia. Dia tibai gelak, tapi mati-mati dia kata tipu tuuu.  Lepas tu dia tak puas hati kata "eleh, dia pun tidoq dengkoq jugak, Bik malas je nak rakam, kesian kat bini ha". 

Elehhhh~



2 comments:

  1. hahaha..lawak lah..
    husband saila sblm kawen dia ckp dia kuat ngigau sampai tahap tendang2..risau dah hati.. tp bila kawen sekali jelah dia ngigau tendang bola..masa tu bru seminggu kawen..sabar jelah! pastu takde dah.. hehehe

    baca entri ni teringat kat suami sendiri :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haha lagi ganas tu siap tendang2. Hehehe. Sabar je la kan?

      Delete