Jalan-jalan Kuantan

Ni cerita dah basi jugaklah, haha. Lepas pergi kenduri Ain kat Pahang awal bulan 2 tu, kitorang terus ke Kuantan. Konon bercuti la, nak release tension. Aktiviti tak ada yang proper plan pon, semua bebas. Suka hati la nak pergi mana pun untuk 2 hari tu. Tapi bab planning makan, memang aku dah awal-awal google. Hahaha.

Sampai je Kuantan terus cari hotel, nasib baik lakiku ni agak-agak mahir jalan area situ, dah tempat dia study dulu, mestilah tau kan? Terus ke Hotel Sentral Kuantan, nasib baik ada room yang masih available, walaupun room agak kecik tapi tak kesah asalkan bersih dan selesa!


Petang tu kitorang keluar pergi Teluk Cempedak. Mak aii, gila punya jem la area situ, ingat macam nak patah balik je tapi dah alang-alang masuk jalan tu, teruskan je. Last-last dapat parking jauh sikit kira ok la, dah sampai haruslah jalan jugak ke pantai. 


Tempat makan best yang aku sudah google adalah kat Tanjung Lumpur, Ana Ikan Bakar Petai! Dengar nama kedai pun dah meleleh air liuq baq hang! Laki aku ni lagilah dah excited tergedik-gedik dah. Senang je nak jumpa kedai tu, memang tepi jalan je.

Sampai je memang tengok macam penuh je kedai, nasib baik ada meja kosong. Untuk pesan ikan bakar, memang kite kena pilih sendiri ikan mana yang nak, aku pun punya malas nak pergi ke depan pilih ikan, terus suruh laki aku yang pilih. Ikut dia la nak makan apa, kalo aku pilih kang ada lak bunyi. Hehe. 

Sekali tengok dia pilih ikan sebelah dan mintak buat tiga rasa ke apa ntah, dengan udang besar masak butter. "Oi sayam! mana dia ikan bakaqqq? Ini kedai ikan bakaq petai, mestilah nak ikan bakaq petai, tu signature dish kedai ni kot! Grrr!". Laki aku macam biasa sengih macam mintak penampaq kata "Hehehehehehehe, mana Bik tau, orang tu kata ikan tu sedap buat masak tu. Tu la dia tu suh Bik pegi pilih, mana Bik tauu. Hehehehehe." Gelak tak habis-habis. Lepas tu asyik la cerita pasal ikan sebelah, siap tunjuk tangan berenang senget macam tu. Lepas tu gelak-gelak. Ngek je.

Lagi satu yang paling lawak, kitorang ada order air. Laki aku cakap kat budak tu nak teh tarik gelas besar satu. Biasa la macam kat kedai mamak tu mintak teh tarik gelas kaca besar sikit tu kan, sekali air sampai -- punya besaq gelas teh tarik. Kahkahkah. Aku ngan dia gelak tak habis-habis. "Yam, malu la orang tengok. Mana ada orang order teh tarik besaq macam ni. Kahkahkahkahkah!".


Esoknya, sebelum check out tu lepas breakfast just jalan-jalan tepi sungai Pahang tu je. Tak ada yang menarik pun. Lepas check out terus balik KL, on the way just singgah Bukit Tinggi je. Yang tu nanti aku citer kat next post sebab banyak gambar menarik. Hehe.




No comments:

Post a Comment