Special 1st



Last 29th March was our 1st Anniversary as husband and wife. Tak ada pergi mana pun, pagi-pagi aku just buat cekodok pisang. I called it Cekodok Anniversary. Haha. Bik makan macam raksasa aku tengok, sedap letteww kite punye cekodok.
Cekodok anniversary - 1st batch. Haha.

Kitorang just headed to Aeon to watch Captain America after breakfast, and then having our lunch together. There was no candle light dinner or what so ever. We're not a romantic couple after all. Haha.


Aku : Dulu kita selalu tiap-tiap minggu lepak KL kan, lepas kahwin ni dah jarang, asyik pegi Aeon je. Memang tempat orang dah berkeluarga betul! Haha.
Bik : Malas la pegi KL sangat dah, duk rumah tengok tv lagi syokkkk.


Lepas balik dari dating tu, kitorang setiap kali tengok jam akan refer what we're going through at that hour, last year. Haha.

Bik : Sayam, time ni kita dah nikah la. Dah balik rumah pun, siap-siap apa yang patut. Malam macam ni dulu tak boleh tido wooo. Malam nikah pun tak boleh tido. Hehe.

...

Bik : Hari ni kenduri rumah dia, penat betul kan. Time macam ni tengah cuci periuk lepas kenduri. Malam kang bukak hadiah, makan satay pulak. Dappnyeeee~



Yes! dia memang yang paling excited review balik scene yang dah lepas tu. Hehe.




Terima kasih Allah sebab temukan jodoh dengan dia, semoga kekal sampai syurgaMu.
Semoga diberikan rezeki (yang paling bernilai) untuk kami berdua.
Aamiin.



p/s : I love u, Husband!

Korang pernah buat tak? - Random Acts of Kindness

Dalam kita sedar atau tak, kadang-kadang kita ada (ter)buat Acts of Kindness ni. Cuba check the 109 ideas kat bawah ni, berapa banyak korang pernah buat - dan confirm terus dapat pahala. :')

1. Help an elderly person cross the street.
2. Help a younger sibling with homework or college and scholarship applications.
3. Let a car merge in front of you and do it with a smile.
4. Participate in a beach cleanup.
5. Adopt an animal from the shelter.
6. Help rebuild destroyed homes and communities.
7. Pay the toll for the car behind you.
8. Introduce yourself to neighbors and bring baked goods or sweets.
9. Buy an extra cup of coffee in the morning and give to a co-worker.
10. Wash your roommate’s dishes for them.
11. Smile at people.
12. Open the door for someone.
13. Help someone with their bags or luggage.
14. Offer to take a picture for tourists.
15. Leave a nice note for your partner.
16. Pay for the coffee for the person behind you.
17. Share your class notes with a classmate.
18. Help a friend move.
19. Talk to someone new and make a new friend.
20. Make your roommate’s bed for them.
21. Help a lost tourist find his or her way
22. Pick up litter and put it in a trash can.
23. Make a homemade treat for your pet.
24. Forgive yourself for any mistakes you've made.
25. Mentor someone.
26. Give a generous tip to your waiter.
27. Use a reusable water bottle or cup to help the environment.
28. Plan a vacation for your parents.
29. Bring a welcome gift to new neighbors.
30. Respond to emails or texts promptly.
31. Befriend a lonely person.
32. Reach out to someone you haven’t talked to in a while.
33. Compliment a stranger.
34. Eat and buy local.
35. Let someone take your parking spot.
36. Plan a scavenger hunt for your kids.
37. Buy or make a DIY toy for your pet.
38. Volunteer to give a tour of your school.
39. Don’t honk at cars (or people).
40. Bring sweet treats to the office to share.
41. Treat yourself to a nice long bath.
42. Donate your blood at a blood drive.
43. Sit with someone who is eating alone.
44. Read to the elderly.
45. Tell your parents you love them and how much you appreciate everything they have done for you.
46. Let someone go in front of you at the cashier.
47. Donate clothes and shoes to the needy.
48. Clean up after someone in the lunchroom or cafeteria.
49. Give your partner a massage.
50. Recommend your favorite restaurant to a tourist.
51. Volunteer at a soup kitchen.
52. Wash your partner's car for them.
53. Let go of old grudges.
54. Help your kids build a tree house.
55. Do your sibling’s household chore.
56. Praise a child to the parents while the child is present.
57. Hold the elevator door for others.
58. Offer someone a piece of gum.
59. Bring misplaced shopping carts back to the designated area.
60. Organize a study session for your classmates.
61. Send a photo in a frame to your parents (or grandparents).
62. Offer to babysit your friends' kids for free.
63. Donate your locks of hair.
64. Tell someone you've fought with that you're sorry and that you forgive them.
65. Sign up to be an organ donor.
66. Leave extra time in a parking meter.
67. Pay for your friend's tab.
68. Return a lost item to the owner.
69. Visit a nursing home and make a new friend.
70. If it rains a lot in your area, give an umbrella to a homeless person.
71. Be kind to someone you dislike.
72. Encourage someone who is working hard at the gym.
73. Vacuum the floor for your roommate.
74. Take a shorter shower to conserve water.
75. Make a donation in your name to a charity you care about.
76. Bring homemade food, like a lasagna or casserole, to a new mom or single mom.
77. Teach a child how to ride a bike.
78. Bring a homeless person some food and a drink.
79. Send a care package to your children, friends, or elderly parents.
80. Email your boss or professor and tell them how much you love learning from them.
81. Say "good morning" and "thank you" to public service workers (bus drivers, police officers, mail carriers, and firefighters).
82. Help a friend hunt for a job.
83. Let your friend vent and listen to her problems.
84. Make a playlist for your friends.
85. Let someone else take your seat on public transportation.
86. Praise the work of others.
87. Tell a street performer how amazing he or she is.
88. Share your umbrella with someone who didn't bring one.
89. Cook a meal for your partner.
90. Help someone carry groceries to the car.
91. Offer to work late for a co-worker who needs to leave early
92. Donate books to the local library or bookstore.
93. Let go of the stress in your life by having an at-home spa day.
94. Volunteer at an animal shelter during adoption events.
95. Sponsor a child in a developing country.
96. Write a letter to your former schoolteachers and tell them how much they influenced you.
97. Ride your bike to work or school.
98. Help someone change the tires.
99. Sign up for a bone marrow donation.
100. Volunteer at a disabled student's learning center.
101. Fold the laundry for your partner.
102. Offer your seat on a plane so a family or couple can sit together.
103. Support your own and your friends' kids at their recitals and games.
104. Be proud of all your accomplishments.
105. Participate in a fund-raiser or donation.
106. Tell your partner that he or she looks extra handsome or beautiful today.
107. Offer to pick up your friend's children after school.
108. Offer to pet-sit for your friend for free.
109. Hug someone you love like you mean it.


Source : HERE!

Pergi dahulu.

Orang kata ;
orang yang baik akan pergi dahulu.


Aku rasa betul, sebab aku dah rasa sekali.

Macam arwah Abah, dia memang baik.
Bukan aku puji Abah sendiri, tapi memang ramai yang cakap macam tu.

Masa hayat dia,
aku jarang dengar dia bercakap benda yang merepek-repek, mengumpat orang lagi la aku tak pernah dengar.
Suara dia lembut, perlahan.
Tak pernah marah-marah.
Dia cakap bila perlu saja.
Kalau dia ketawa pun lembut je dengar.
Dah la suka simpan misai. :')
(Ok, airmata aku dah nak menitis ni)

Kami adik-beradik, memang Abah tak pernah marah.
Pernah satu hari kami lambat mandi, Abah ambil rotan (yang tak pernah berfungsi pun) kejar kami sambil gelak-gelak suruh mandi. Itupun lembut je suara dia. Hehe.

Dia tak pernah puji kami dengan kata-kata, dia suka senyum saja.

Masa sekolah, tiap-tiap tahun aku dapat top 3 atau top 10 dalam kelas/darjah/tingkatan, dia tak pernah ucap tahniah. Dia senyap dan senyum sambil sign report card. Tapi esok atau lepas gaji, dia mesti balik bawak hadiah - kotak pensil, buku, jam tangan, basikal, dan macam-macam lagi. Bila dapat banyak A dalam peperiksaan penting dapatlah hadiah best sikit. Dia bagi macam tu je sambil senyum.


Itu sikit memori aku dengan Abah.



Tak sempat aku nak berbakti kepada Abah.
Sekarang aku hanya mampu bagi doa dan Al-Fatihah saja.


Semoga Abah tenang disana.
Kami selalu rindu Abah.
Selalu.

*Seronoknya masa dahulu. :)



p/s: Sejak beberapa hari ni banyak dengar berita kematian, harus hadapi dengan tenang. 
Semua orang tetap akan merasa - merasa kehilangan atau merasa mati. Pasti!

#MH370 :'(

Everything happens for a reason.


Believe in Allah.

Takziah.
Al-Fatihah.

Allah Maha Besar.


Semoga semua aman di sana, kita di sini harus terus tabah dan teruskan hidup.
#MH370 in memory.

:'(

Kaya

Orang kata - bodohlah kalau kahwin dengan orang yang tak kaya.


Tapi bagi aku,

biar tak kaya tapi hidup sederhana dengan si dia ditambah dengan gembira gelak ketawa, itu lagi KAYA!




p/s : kepada perampas laki orang yang kaya, ucapan aku adalah - kau yang sebenarnya bodoh piang! 

Makan-makan @ Cyberjaya

Kalau kau kerja di Cyberjaya ni, tak banyak sangat choice tempat nak lunch. Mesti berulang pergi tempat yang sama je. Kalau nak makan nasik campur, boleh pergi kedai kat area stesen bas tu ada ikan bakaq sedap, kalau nak kelainan pergi kedai makan area Domain atau Shaftsbury. Tempat lain aku kurang tahu. Tapi kalau Nasik Arab memang femes kat sini adalah restoren Saba. 

Nasik Arab aku kurang suka, mungkin sebab jarang makan kot. Tapi hari tu kawan office ajak pergi Saba, aku pun ikut. Order Kabsah Lamb! Ohhoiii! Memang sedaplah kambing tu, lembut je, tak berbau kambing sangat kot. Hehehe.


Tapi kitorang selalu pergi Sahftbury tu, ada kedai western meatball sedap! Sebelah tu kedai nama Killiney, aku first time masuk Killiney tu order Laksa Katong Singapore selepas dihasut oleh kakak office, dorang kata sedap. Memang sedap kot! Laksa tu ala-ala mee kari, tapi laksa. Paham tak? Haha. Kawan office sorang tu order Nasik Goreng Cina kot, sedap jugak! Grrr geramm! (Nampak sangat tak budak gemuk ni kuat makan? Hahahaha.)


Tapi kalau weekend memang kurang happening la Cyber ni, tunggu nanti naik shopping mall mungkin lebih best? :)


Mimpi Ngeri

Dah nak dekat setahun kahwin ni dah macam-macam cerita seram waktu malam aku kumpul. Actually tak da la seram sebab hantu ke apa, seram tengok perangai time tidur laki sendiri je. Haha.

Tengah malam kelmarin, aku tengah syok tidur tiba-tiba terkejut sebab laki aku kat sebelah dia gosok laju-laju lutut aku. Ala-ala gosok macam menakutkan tu. Aku terjaga tengok la dia ok je tidur tenganga. Hmmm. Lepas sejam lagi tu dia letak tangan kat perut aku then dia tekan pulak dahh. Lagi sekali aku terkejut. Sabar je la.. Mesti dia tengah mimpi jadi doktor kot, cek perut pesakit. Kahkah. Lepas tu, aku terjaga dengar dia bercakap pulak, "thoo thorrr thorrrrr~". Kahkahkah bongok gila mimpi apa la agaknya kan. Aku terus ketawa la. Kompem dia tengah mimpi mintak tolong Abang Thor, mintak pinjam mertun (hammer) lettew, Haha. Esoknya aku cerita kat dia, dia memang tak caya la tapi gelak sakan. Dia kata "betul la kot, Bik rasa Bik mimpi jadi Kapten Amareka mintak tolong Thor, hahahha." 

Dia ni memang kuat tidur la, kadang-kadang dia tidur petang pun sedap je tengok berdengkor bunyi macam badak, aku siap rakam tunjuk kat dia. Dia tibai gelak, tapi mati-mati dia kata tipu tuuu.  Lepas tu dia tak puas hati kata "eleh, dia pun tidoq dengkoq jugak, Bik malas je nak rakam, kesian kat bini ha". 

Elehhhh~



Scallop Aglio Olio - Manhattan Fish Market

Aku dan geng-geng wanita di office selalu jugak la hangout makan-makan time lunch kat tempat yang best sikit. Dalam sebulan sekali tu mesti ada, lebih-lebih lagi lepas dapat gaji. Muehehe.


Baru-baru ni kitorang beli set pasta & platter Manhattan Fish Market kat Groupon. Weuhuu~ Dapat murah! Memang terus beli dan set terus date nak pergi sana. Aku kalau bab-bab makan ni memang excited melampau la. Haha. Kitorang makan kat outlet Alamanda.


Aku order set scallop aglio olio, punyalah teringin nak rasa scallop tu sejak terjebak tengok Masterchef. Hehe. Sodappp!
Semua pun sodapppppppppplah!


Jalan-jalan Bukit Tinggi

Aku dah faham dah perangai mengada laki aku ni, dia ni kalau kitorang pergi jalan mana-mana time perut dia kosong, dia lapar, memang sepanjang jalan dia akan emo je. Rasa nak ketuk je perut dia tu, asyik nak cari gaduh je. Aku dah tau kalau dia emo macam mana, mesti tone suara dia lain, lepas tu akan bagi aku bengang. Haha. Kadang-kadang aku buat tak tau je, kadang-kadang aku buat lawak bodoh, padan muka malas nak layan emo dia, takut jadi gaduh lain lak kan. (Tapi kadang-kadang memang dah gaduh-gaduh sayang pun. Muehehe). Tapi tu la, dah kahwin ni kena banyak bersabar je la, rasanya dah lama kenal ni pun, dah paham perangai masing-masing kan. Kalau kitorang marah sesama sendiri pun mesti sekejap je, lepas tu dah ok balik main cubit-cubit. Hehh~


Hari tu lepas balik dari Kuantan tu, kitorang singgah Bukit Tinggi. Ye la, aku memang teringin nak pergi tangkap gambar kat situ. Tapi disebabkan dia lapar, memang hambar je la time jenjalan kat situ. Dah la panas terik, dengan orang ramai pulak tu. Grrrr. Lepak atas tu kejap je pun, rugi je bayar admission, dah la mahal.


Aku rasa kalau stay kat atas tu ok la kot, malam mesti sejuk je kan.
Tapi tetiba aku rasa bosan jugak kalau lama-lama stay kat situ. Haha.

Overall, ok la kot. Tempat dia cantik!


Ok bai! Penutup karangan tergantung.

Jalan-jalan Kuantan

Ni cerita dah basi jugaklah, haha. Lepas pergi kenduri Ain kat Pahang awal bulan 2 tu, kitorang terus ke Kuantan. Konon bercuti la, nak release tension. Aktiviti tak ada yang proper plan pon, semua bebas. Suka hati la nak pergi mana pun untuk 2 hari tu. Tapi bab planning makan, memang aku dah awal-awal google. Hahaha.

Sampai je Kuantan terus cari hotel, nasib baik lakiku ni agak-agak mahir jalan area situ, dah tempat dia study dulu, mestilah tau kan? Terus ke Hotel Sentral Kuantan, nasib baik ada room yang masih available, walaupun room agak kecik tapi tak kesah asalkan bersih dan selesa!


Petang tu kitorang keluar pergi Teluk Cempedak. Mak aii, gila punya jem la area situ, ingat macam nak patah balik je tapi dah alang-alang masuk jalan tu, teruskan je. Last-last dapat parking jauh sikit kira ok la, dah sampai haruslah jalan jugak ke pantai. 


Tempat makan best yang aku sudah google adalah kat Tanjung Lumpur, Ana Ikan Bakar Petai! Dengar nama kedai pun dah meleleh air liuq baq hang! Laki aku ni lagilah dah excited tergedik-gedik dah. Senang je nak jumpa kedai tu, memang tepi jalan je.

Sampai je memang tengok macam penuh je kedai, nasib baik ada meja kosong. Untuk pesan ikan bakar, memang kite kena pilih sendiri ikan mana yang nak, aku pun punya malas nak pergi ke depan pilih ikan, terus suruh laki aku yang pilih. Ikut dia la nak makan apa, kalo aku pilih kang ada lak bunyi. Hehe. 

Sekali tengok dia pilih ikan sebelah dan mintak buat tiga rasa ke apa ntah, dengan udang besar masak butter. "Oi sayam! mana dia ikan bakaqqq? Ini kedai ikan bakaq petai, mestilah nak ikan bakaq petai, tu signature dish kedai ni kot! Grrr!". Laki aku macam biasa sengih macam mintak penampaq kata "Hehehehehehehe, mana Bik tau, orang tu kata ikan tu sedap buat masak tu. Tu la dia tu suh Bik pegi pilih, mana Bik tauu. Hehehehehe." Gelak tak habis-habis. Lepas tu asyik la cerita pasal ikan sebelah, siap tunjuk tangan berenang senget macam tu. Lepas tu gelak-gelak. Ngek je.

Lagi satu yang paling lawak, kitorang ada order air. Laki aku cakap kat budak tu nak teh tarik gelas besar satu. Biasa la macam kat kedai mamak tu mintak teh tarik gelas kaca besar sikit tu kan, sekali air sampai -- punya besaq gelas teh tarik. Kahkahkah. Aku ngan dia gelak tak habis-habis. "Yam, malu la orang tengok. Mana ada orang order teh tarik besaq macam ni. Kahkahkahkahkah!".


Esoknya, sebelum check out tu lepas breakfast just jalan-jalan tepi sungai Pahang tu je. Tak ada yang menarik pun. Lepas check out terus balik KL, on the way just singgah Bukit Tinggi je. Yang tu nanti aku citer kat next post sebab banyak gambar menarik. Hehe.




The geng!

Dulu masa study di Universiti, aku ada satu geng, kitorang satu course. Memang rapat jugak, sejak dari mula masuk Universiti, kitorang duduk satu rumah kat hostel sampai dua tahun, siap gaduh dengan kakak kat opis hostel sebab taknak pindah rumah lain bila masuk semester baru. Hahaha. Lepas tu duduk luar pun satu rumah jugak menyewa. Memang rapat. Bau kentut sorang-sorang pun kitorang dah kenal.

Aku, Aishah, Bad, Echa, Ain, Jah, Elly - yang ni memang bersama sampai ke rumah sewa tahun akhir kat Universiti. Lagi 3 orang - Lina, Nisak dan Mek tak menyewa dengan kitorang.

Dulu rasanya ada lah penah cakap 'siapa la antara kita ni kawen dulu ek?' Rupanya Mek Kelate yang kawen dulu. Semangat betul minah tu. Tapi memang nampak dia paling gatai nak kawen lepas habis study. Kahkah.

Lepas tu aku kot kawen, ke Nisak ek? Aku tak pasti sebab tak pergi Nisak kawen. Sorry.
(Ada nampak jugak ke aku gatai sebab antara terawal yang kawen dulu? Bahahaha.)

Lepas tu Echa pulak meneruskan langkah menuju ke alam kawen! (Sekarang tengah pregnant! Tahniah Echa!)
*Echa's Wedding @ Jelebu

Lepas Echa, Ain pulak kawen awal bulan 2 haritu. Aku pergi kenduri dia kat Pahang, memang syok! Dah la cendol kat kenduri dia adalah sedap!
*Ain's Wedding @ Pahang

Lepas ni? Mungkin Elly kot. Hehe, Lepas tu tak tau la siapa pulak.
Mudah-mudahan kawan-kawan aku yang masih single itu mudah dipertemukan jodoh.
Aaminnn :)

I love you gals!


*Owh, inilah cendol yang sedap tu. Aku siap lepak kat stall pakcik ni sambil makan cendol. Haha

Sedap~

Pernah tak kawan kau pelawa makan kat rumah dia, dia kata mak dia masak sedapppp, siapa pon tak boleh lawan wa cakap sama lu.

Dan kau pun pegi la rumah dia, tengok je makanan atas meja yang mak dia masak, memang kau seakan mengaku yang mak dia pandai masak. Dalam hati kau pun berkata 'Wow! nampak sedap gila lauk Mak dia ni masak. Jimat duit makan aku hari ni.' Hahaha.

Lepas tu kau pun makan, tapi malangnya tak menepati citarasa kau pun. Bukan tak sedap, tapi kau rasa - 'Mak aku masak lagi sedap kot!'.
Hahahaha.

Ada jugak yang bagi statement, 'Kari mak aku masak adalah paling sedap'.
Padahal kari mak dia kari cair je kot, tapi rasa memang dah terpaling sedap la tu.
Kalau sendiri masak kari cair tak rasa pulak sedap macam tu kan, tak pun makan kari orang lain yang masak, tetap kata kari mak dia PALING sedap gilos!
Pelik tak?
Sebenarnya, kita selalu kata masakan Mak kita yang paling sedap SEBAB kita ni dari kecik memang makan hasil masakan Mak kita.
Benda tu dah jadi serasi, dah sebati dengan lidah kita.
Tu pasallah kalau bab masakan ni, walaupun orang lain masak sedap sebenarnya - masak ikut teknik yang betul -style masak pun dah macam chef terel-terel TAPI kita tetap kata masakan Mak kita adalah ter-PALING sedap.
Kann?
Tapi kalau orang yang jenis kuat makan tu lain la cerita kan - semua makanan dia bedal je, tak kisah la sedap ke tak. Haha.

Untuk para isteri pulak - rajin-rajinlah masak untuk suami supaya dia serasi dengan masakan anda.
Nanti kalau ada pompuan lain nak goda dia dengan masakan pun, kompem tak jalan punyalah! Hehehe.
Owh, dan juga bagus untuk tumbesaran perut sang suami. Kan dah dapat pahala disitu.


Sekian ceramah untuk hari ini.
Terima Kasih


*Sekadar gambaq hiasan