Kita dan Bola

Sejak musim bola sedang berlangsung ni, jangan haraplah aku boleh pegang remote Asterok pada hari weekend. Laki aku punya semangat dia lain, mengalahkan pemain bola pro. Padahal dia kejar bola pon tertonggek-tonggek. Bahahaha. 


Aku kadang-kadang join la jugak tengok bola, tapi selalunya terkandas lepas separuh masa pertama, sebab lepas tu aku kompem terus zzzzz. Tak tahannnn! Layan katil lagi syiok. Keesokan hari bangun dari tidur dan sebelum pergi kencing pagi haruslah aku scroll dulu timeline tengok berapa skor game malam tadi tu. Kahkah.

Pernah satu game tu, aku tengok sambil jerit-jerit, lepas tu kena sound sebab dia tensen team kesayangan ketinggalan goal. Aku pun apa lagi terus sentap gituew, masuk bilik dan tidoq, buat-buat merajuk malas layan! Biasalah pompuan kan haruslah sentap. Barulah comel.


 
*Sayam, Bik potong rambut ni ada tak macam Olivier Giroud?
**Oh yeahhh? (tangan dibahu, mata juling-juling). Haha. Malas layan orang perasan.


Kesimpulannya, laki dan bola berpisah tiada.
Hahahahaha.

Semoga Arsene Wenger diberikan kesihatan.
COYG!



Style rambut untuk muka bulat

OMG!
Aku rasa sangat rimas lah pulak dengan rambut panjang ni. Kalau pakai tudung tak pe lah senang nak manage, sebab ikat kemas-kemas je kan. So tak rasa rimas. 
Kalau rambut pendek, lepas tu pakai tudung aku rimas pulak sebab mesti ada terkeluar sikit rambut tu.
Tu kalau aku lah...

Sekarang rambut aku dah panjang gila, hampir cecah pinggang. Rambut gugur tak payah nak cakap la, dah macam orang kena penyakit kronik. Kadang-kadang terpikir gak aku ni ada penyakit kronik ke. Ekekeke, drama lebih.

Kalau lepas basuh rambut, memang banyak la rambut berguguran. Tu belom sikat lagi. Dah la sekarang rambut pun macam kusut. Tunggu masa je sikat tu nak patah :'(

Aku try pakai syampu rambut anti keguguran pun tak jadi juga. Huhu.

So solution aku adalah - potong rambut!

Konon-konon nak jadi macam dia ni la, nak buat rambut macam dia ni, agak-agak boleh kot jadi muka macam dia (nama pun nak lebih kurang nih);




Perasan lebih, padahal 80 kali ganda dah tentu dia tu lagi cuns. Muahaha.

Ciao!