Jadual Tugas Darjah 5 Merah

Sudah hampir 6 bulan berumah tangga, dan sudah hampir 4 bulan tinggal bersama suami. Setakat ni semua ok sejak tinggal di rumah sewa kecil kami, cuma pernah terjadi tragedi kami ter-lock dari luar dan terpaksa menjahanamkan tombol pintu untuk kepentingan bersama. Muehehe. Tapi tak mengapa, dapat merasa tombol pintu Fred Perry baharu - bak kata suamiku. (sebab tombol dia pilih tu ada logo padi-padi macam logo Fred Perry. (Lakiku berimaginasi tinggi). 

Untuk keselesaan rumah tangga, kami sering bersama-sama membantu dalam kerja harian di rumah. Oleh itu, aku rasakan dah macam ikut jadual tugas macam di bilik darjah masa kita sekolah rendah dulu. Hewhew.
 
Aku
1) Memasak (setiap hari, hari pelepasan hanya bila suami cakap 'Bi, jum makan luar' atau 'Bi, tak payah la masak, beli je lah' sahaja) 
2) Kemas dapur dan peti ais. 
3) Sapu sampah dan mop sikit (sikit je, sebab aku tak suka sapu sampah dan mop. Haha) 
4) Mesin baju kadang-kadang. (hehehehe) 
5) Lipat baju

Suami
1) Vacuum lantai (dia obses dengan yang ini sebab dia baru beli vacuum murah. Hewhew) 
2) Mop Lantai. 
3) Mesin baju (ini pun dia obses, selalu update kat aku lepas setting mesin basuh, 'Yam, air untuk basuh baju kita hari ni adalah bersaiz M' :') ) 
4) Basuh pinggan dan kuali selepas makan.
5) Cuci toilet sendiri. (Kitorang toilet asing-asing. Hehe)

Dan ada lagi tugas lain juga, sama-sama buat. Alhamdulillah dapat suami boleh tolong buat kerja. Kalau nak harap aku semua memang tak sempat la, ditambah dengan aku yang ada penyakit malas. Hehehe.

Rutin sekarang, pagi-pagi bangun masak breakfast untuk suami. Lepas habis kerja, sampai rumah terus masak dinner pulak sambil tunggu suami balik kerja. Masih belajar tajamkan skill memasak. Nasib baik sekarang zaman google, aku google je senang.



Aww! Sepsinya! ;p


2 comments: