Wanita

Berhati-hatilah jika kau membuat seorang wanita menangis, kerana malaikat menghitung air matanya.

Wanita diciptakan dari tulang-tulang rusuk lelaki. Bukan dari kakinya untuk dipijak, bukan dari kepalanya untuk ditinggikannya, tapi dari sisinya utk bersama dengannya, dibawah lengannya untuk dilindunginya dan disebelah hatinya utk dicintainya..


* Ya Allah...
Muliakanlah orang yang membaca status ini
Lapangkanlah hatinya

Bahagiakanlah keluarganya
Luaskan rezekinya seluas lautan

Mudahkan segala urusannya
Kabulkan cita-citanya

Jauhkan dari segala Musibah
Jauhkan dari segala Penyakit, Fitnah, Prasangka Keji, Berkata Kasar dan perkara mungkar


Gred A

Barang tu tak original, walaupun dikatanya gred super AAAAA, hampir klon pada yang original?
Tetapi ia tetap, pada standard tak original-nya.
Itulah ada peribahasa - Alah membeli, menang memakai


Faham?



Cuns!

Jadual Tugas Darjah 5 Merah

Sudah hampir 6 bulan berumah tangga, dan sudah hampir 4 bulan tinggal bersama suami. Setakat ni semua ok sejak tinggal di rumah sewa kecil kami, cuma pernah terjadi tragedi kami ter-lock dari luar dan terpaksa menjahanamkan tombol pintu untuk kepentingan bersama. Muehehe. Tapi tak mengapa, dapat merasa tombol pintu Fred Perry baharu - bak kata suamiku. (sebab tombol dia pilih tu ada logo padi-padi macam logo Fred Perry. (Lakiku berimaginasi tinggi). 

Untuk keselesaan rumah tangga, kami sering bersama-sama membantu dalam kerja harian di rumah. Oleh itu, aku rasakan dah macam ikut jadual tugas macam di bilik darjah masa kita sekolah rendah dulu. Hewhew.
 
Aku
1) Memasak (setiap hari, hari pelepasan hanya bila suami cakap 'Bi, jum makan luar' atau 'Bi, tak payah la masak, beli je lah' sahaja) 
2) Kemas dapur dan peti ais. 
3) Sapu sampah dan mop sikit (sikit je, sebab aku tak suka sapu sampah dan mop. Haha) 
4) Mesin baju kadang-kadang. (hehehehe) 
5) Lipat baju

Suami
1) Vacuum lantai (dia obses dengan yang ini sebab dia baru beli vacuum murah. Hewhew) 
2) Mop Lantai. 
3) Mesin baju (ini pun dia obses, selalu update kat aku lepas setting mesin basuh, 'Yam, air untuk basuh baju kita hari ni adalah bersaiz M' :') ) 
4) Basuh pinggan dan kuali selepas makan.
5) Cuci toilet sendiri. (Kitorang toilet asing-asing. Hehe)

Dan ada lagi tugas lain juga, sama-sama buat. Alhamdulillah dapat suami boleh tolong buat kerja. Kalau nak harap aku semua memang tak sempat la, ditambah dengan aku yang ada penyakit malas. Hehehe.

Rutin sekarang, pagi-pagi bangun masak breakfast untuk suami. Lepas habis kerja, sampai rumah terus masak dinner pulak sambil tunggu suami balik kerja. Masih belajar tajamkan skill memasak. Nasib baik sekarang zaman google, aku google je senang.



Aww! Sepsinya! ;p


Telepon

Mak saya bagi tau - 
"Hari tu ada orang AS**O telepon rumah, promote suruh tukar decoder."

Lepas tu saya pesan kat Mak -
"Kalau dorang telepon lagi Mak bagitau dorang macam ni - 'SEBELUM KORANG SURUH MAKCIK TUKAR DECODER BARU, SILA TUKAR TV MAKCIK YANG KALER RGB DAH HILANG GREEN NYA, BESAR LEBAR GEDABAK PULAK TU. BOLEH? LEPAS TU BARU MAKCIK SETUJU NAK TUKAR DECODER'. Mak tolong hafal ayat ni ok?"


p/s : Strategi betul lah!



Isnin

Hari Isnin, 
Ada pulak projek baru,

I don't know where to start!

Baru 5 minit lepas semangat bekerja berkobar-kobar.
Bila dah bukak sistem, coding, database --
Jadi kosong, otak kosong,

Malas!


Otak sekarang pikir nak tidur sahaja.
Muehehehe.