Kerja

Sebanarnya dulu;

aku pernah bercita-cita nak kerja sebagai Jurutol. Sebab aku rasa kerja tu best, senang, hanya bagi tiket tol ataupun terima bayaran pengguna lebuhraya sahaja.
Lagi-lagi, boleh cuci mata. Hehhh~

Sekarang, bila ada tekanan dengan kerja aku sekarang, aku rasa nak bertekad berhenti kerja sekarang (sebagai pengarang 'bahasa alien') ni. Rasa memang nak apply kerja jurutol!


Tapi bila fikir balik;

Sebenarnya, semua kerja ada tekanan dan cabaran.
Kerja yang orang anggap paling simple di dunia ni pun ada tekanan dan cabaran.

Dah ini rezeki kita, kita kena berusaha untuk yang lebih baik.


Semoga Allah murahkan rezeki kita semua. Aamiin.