Terpengaruh

Dari dulu, sebelum kawen, aku memang 'kaki tengok tv'. Semua citer aku layan, lagi-lagi reality show. Muehehe. Lepas kahwin ni aku banyak paksa ajar laki aku tengok aku punya favourite tv show or reality show. Tapi biasalah, sebelum tengok dia 'kaw-kaw' la kutuk - 'Citer apa lah ni? Tak best pun. Bukak citer lainlah. Bosannnn'
Oooo, berlagak ye??

Ada satu hari tu aku paksa dia tengok Masterchef US. Aku cakap Masterchef sana best tak macam negara lain punya, juri akan judge masakan betul-betul, kalau tak sedap dia akan buang makanan tu terus. Pastu contestant dorang memang jenis competitive sangat. 
Dan sesungguhnya laki aku tak percaya.

Tapi, sekali dia tengok memang betul apa aku cakap tu, terus dia seronok tengok! Tiap-tiap minggu memang dia akan tunggu depan tv, dia lagi hover daripada aku. Kalau keluar mana-mana mintak balik cepat sebab nak tengok Masterchef! Kahkahkah bongok je. Tu la, orang cakap sebelum ni  tak caya.

Masterchef tu baru-baru ni dah habis, padahal aku dah tau sapa menang sebab aku google, tak boleh tahan nak tunggu. Hahaha. Dan nampaknya Luca yang menang, ok la not bad. Juri pun macam suka dia je. Aku bajet Natasha yang menang.


Tapi, tak berhenti disitu ye. Kitorang yang kuat makan ni, kalau tengok dorang masak-masak mesti cakap - 'macam sedap je, kat Malaysia mana nak carik ek? Ada jual ke?'. Hahaha teruk. Terpengaruh sangat tu.

Baru-baru ni kitorang jalan-jalan kat mall, tiba-tiba laki aku cakap pasal coklat lava cake. Ada satu episod tu kat masterchef dorang buat coklat lava cake, souffle dengan apa ntah lagi satu. Rupanya dia tak penah makan coklat lava tu. Aku teringat la kat Pizza Hut ada kan, tapi kat mall tu tak ada pizza hut, so kite ke Secret Resepi je la. 


Laki aku : Yamm, sedap yammm! boleh tak bik nak jilat pinggan ni? Hehehe.
Aku : Bongok gila, jangan buat perangai! Hahaha.

Aku - order coffee + my favourite fruitilicious cake. Nyums!




Owh,aku ada ajar dia jugak layan ANTM. Kahkahkah. 

Laki aku : Yamm, Bik rasa bik boleh jadi model jugak la (sambil jalan catwalk dalam rumah, siap pose! Hahahahaaha)
Aku : Gilalah kalau model macam ni, perut beso, punggung mantap. Kahkahkah.


Kurang ajor tak aku? Hahahahaha.


Distribute Your Relief for Typhoon Haiyan



Kepada Nuffnangers sekalian,

Kalau ada lebih collection Nuffnang anda tu bolehlah salurkan derma kepada victims of Philippines' Typhoon Haiyan.


Dapat derma sikit pun jadilah, asalkan kita ikhlas untuk menolong.

Details here : http://blog.nuffnang.com.my/2013/11/25/distribute-your-relief-for-typhoon-haiyan/



P/s: Do spread the word about this donation. Thank you.

Anak

Bila orang tanya - 
"Kau bila nak ada anak?" 


Aku teringin nak jawab - 
"Bak sini anak kau."

Pesanan Buat Suami

-Oleh Dato’ Dr Hj Mohd Fadzilah Kamsah-


1. Selalu menghargai usaha dan penat-lelah isteri, terutama isteri yang bekerja dan sama-sama terpaksa menanggung hutang suami.

2. Bila isteri bercakap, pandanglah mukanya dan buka telinga luas-luas. Biar apa yang dikatakannya masuk telinga kanan dan tersumbat di telinga kiri. Sambil tu otak suami kenalah memproses informasi yang diterima daripada isteri dengan bijak serta prihatin.

3. Jangan sekali-kali membandingkan masakan isteri atau cara isteri menghias rumah dengan mak anda kecuali masakan/cara menghias isteri anda lebih baik dan canggih dari emak anda..

4. Jangan demand jimak sekiranya isteri tak ada mood atau letih. Agama suruh kahwin bukan semata-mata untuk penuhi nafsu syahwat saja.

5. Kalau pasangan dah ada anak, sama-samalah menjaga anak. Benih dari awak juga.. Ada suami, isteri sedang makan disuruh cebok kencing n berak anak sedangkan suami duduk tersandar kekenyangan macam maharaja.

6. Jangan sekali-kali duduk tersandar depan TV atau relax-relax sedangkan isteri bila balik dari kerja, buka saja kasut terus masuk dapur, memasak, mengemas, membasuh, kejar anak dsbnya. Berbulu mata dan sayu hati isteri bila kami tak cukup tangan nak menguruskan rumahtangga sedangkan suami lepas tangan.

7. Sekiranya suami makan dahulu, tinggalkan sedikit lauk utk isteri. Jangan bedal semua sampai turn isteri yang tinggal cuma ekor ikan sekerat, janggut sotong dan ekor taugeh.

8. Kalau nak ajak member bertandang ke rumah, beritau isteri dulu, kalau boleh sehari-dua in advance. Jadi bolehlah dia memasak yang best-best dan mengemas rumah cantik-cantik. Bayangkan perasaan isteri kalau tetamu datang terpacak sedangkan kain-baju masih berlonggok belum sempat dilipat, permainan anak masih berselerak dan isteri cuma masak mi maggi saja.

9. Jangan sekali-kali menyakat isteri tentang saiz badannya yang semakin sihat atau semakin melidi. Tengok body sendiri dalam cermin dulu.

10. Jangan kentut depan isteri. Masa bercinta dulu kenapa boleh control kentut?

11. Hormatilah ibu-bapa dan kaum keluarga isteri walaupun anda cuma main wayang, bodek mereka masa nak mengurat isteri anda dulu. Jangan sekali mencaci mereka walaupun secara bergurau.

12. Jangan kedekut dengan isteri serta keperluan rumahtangga.

13. Jagalah maruah anda sebagai suami dan lelaki. Selagi boleh, jangan bebankan isteri dengan masaalah kewangan anda. Selalunya perempuan ni, semakin suami “degil” tak nak minta pertolongan, selagi itulah dia rela nak tolong.

14. Jangan bersepah dan bersikap pengotor. Dah buka baju, letakkan dalam bakul baju kotor, dah guna cungkil gigi, buanglah dalam bakul sampah, bila dah guna ubat gigi bubuh balik penutupnya, dah ambil sesuatu barang simpan balik ditempat asal, dah berak flush. Susah sangat ke nak buat macam tu? Semua nak kena ajar ke?

15. Rajin-rajinlah bertanya isteri kalau dia perlukan bantuan anda dengan kerja rumah/menjaga anak. Tapi jangan tanya dua tahun sekali. Jangan tunjuk rajin bila ada tetamu di rumah saja.

16. Hormatilah isteri anda sebagaimana anda mahu dihormati. Isteri pun manusia. Allah berikan banyak keistimewaan kepada para isteri tapi diputar-belitkan tafsirannya oleh orang lelaki untuk kepentingan diri sendiri.

17.. Jangan main kayu tiga dengan perempuan lain. Main lain lagi tak boleh. Kalau isteri awak yang buat, tentu awak tak boleh tolerate, jadi mengapa isteri awak kena tolerate kalau awak buat?

18. Kalau tak menyukai sikap atau perbuatan isteri, tegurlah secara baik, jangan asyik nak menengking aja. Kalau awak sakit nak mati nanti, siapa yang kena jaga awak? Bai jual roti? Apek jual sayur? Jiran sebelah rumah awak?

19. Kalau isteri nampak tak sihat, cepat-cepatlah bawa jumpa doktor. Tunjuklah anda mengambil berat tentang dirinya.

20. Berbincanglah dengan isteri sebelum sesuatu keputusan dibuat. Walaupun suami megah ada kuasa veto, tak jadi bapok kalau pendapat isteri diambil kira. Pokok pangkalnya ialah timbangrasa dan saling menghargai. Cubalah ketepikan ego yang keterlaluan. Bukannya laku bila dah mati nanti.

21. Dalami agama dan bimbinglah anak isteri dengan ikhlas seperti yang dituntut agama. Ingat, kalau seorang suami masuk syurga, besar kemungkinan isteri pun masuk syurga. Kalau suami masuk neraka belum tentu isteri juga masuk neraka. Kalau isteri masuk neraka, besar kemungkinan suami juga masuk NERAKA tapi kalau isteri masuk syurga belum tentu suami pun masuk syurga.Ini bukan rekaan saya tapi saya dengar dari seorang ustaz.

22. Berusahalah dengan ikhlas untuk mempertahankan keharmonian rumahtangga. Jangan buat apa yang isteri tak suka. Percayalah, kalau suami buat baik sekali dengan isteri, isteri balas sepuluh kali

23. Jangan buat donno kalau isteri merajuk atau berkecil hati. Kalau perlu minta maaf, minta maaf, kalau perlu dipujuk, pujuk. Hati orang pompuan ni sensitif. Kalau kami rasa suami tak ambil kisah, perasaan bagai dihiris-hiris. Perkara yang dipandang remeh oleh suami boleh menjadi kanser kepada isteri. Kepada para suami khususnya dan kaum lelaki amnya, janganlah dianggap masalah hati dan perasaan orang perempuan ni enteng sahaja.


Allah s.w.t. berfirman, “Dan ketahuilah bahawasanya Allah mengetahui apa yang didalam hatimu, sebab itu berhati-hatilah dengan Tuhan”


Source : Copy from Facebook

Kita dan Bola

Sejak musim bola sedang berlangsung ni, jangan haraplah aku boleh pegang remote Asterok pada hari weekend. Laki aku punya semangat dia lain, mengalahkan pemain bola pro. Padahal dia kejar bola pon tertonggek-tonggek. Bahahaha. 


Aku kadang-kadang join la jugak tengok bola, tapi selalunya terkandas lepas separuh masa pertama, sebab lepas tu aku kompem terus zzzzz. Tak tahannnn! Layan katil lagi syiok. Keesokan hari bangun dari tidur dan sebelum pergi kencing pagi haruslah aku scroll dulu timeline tengok berapa skor game malam tadi tu. Kahkah.

Pernah satu game tu, aku tengok sambil jerit-jerit, lepas tu kena sound sebab dia tensen team kesayangan ketinggalan goal. Aku pun apa lagi terus sentap gituew, masuk bilik dan tidoq, buat-buat merajuk malas layan! Biasalah pompuan kan haruslah sentap. Barulah comel.


 
*Sayam, Bik potong rambut ni ada tak macam Olivier Giroud?
**Oh yeahhh? (tangan dibahu, mata juling-juling). Haha. Malas layan orang perasan.


Kesimpulannya, laki dan bola berpisah tiada.
Hahahahaha.

Semoga Arsene Wenger diberikan kesihatan.
COYG!



Style rambut untuk muka bulat

OMG!
Aku rasa sangat rimas lah pulak dengan rambut panjang ni. Kalau pakai tudung tak pe lah senang nak manage, sebab ikat kemas-kemas je kan. So tak rasa rimas. 
Kalau rambut pendek, lepas tu pakai tudung aku rimas pulak sebab mesti ada terkeluar sikit rambut tu.
Tu kalau aku lah...

Sekarang rambut aku dah panjang gila, hampir cecah pinggang. Rambut gugur tak payah nak cakap la, dah macam orang kena penyakit kronik. Kadang-kadang terpikir gak aku ni ada penyakit kronik ke. Ekekeke, drama lebih.

Kalau lepas basuh rambut, memang banyak la rambut berguguran. Tu belom sikat lagi. Dah la sekarang rambut pun macam kusut. Tunggu masa je sikat tu nak patah :'(

Aku try pakai syampu rambut anti keguguran pun tak jadi juga. Huhu.

So solution aku adalah - potong rambut!

Konon-konon nak jadi macam dia ni la, nak buat rambut macam dia ni, agak-agak boleh kot jadi muka macam dia (nama pun nak lebih kurang nih);




Perasan lebih, padahal 80 kali ganda dah tentu dia tu lagi cuns. Muahaha.

Ciao!



Wanita

Berhati-hatilah jika kau membuat seorang wanita menangis, kerana malaikat menghitung air matanya.

Wanita diciptakan dari tulang-tulang rusuk lelaki. Bukan dari kakinya untuk dipijak, bukan dari kepalanya untuk ditinggikannya, tapi dari sisinya utk bersama dengannya, dibawah lengannya untuk dilindunginya dan disebelah hatinya utk dicintainya..


* Ya Allah...
Muliakanlah orang yang membaca status ini
Lapangkanlah hatinya

Bahagiakanlah keluarganya
Luaskan rezekinya seluas lautan

Mudahkan segala urusannya
Kabulkan cita-citanya

Jauhkan dari segala Musibah
Jauhkan dari segala Penyakit, Fitnah, Prasangka Keji, Berkata Kasar dan perkara mungkar


Gred A

Barang tu tak original, walaupun dikatanya gred super AAAAA, hampir klon pada yang original?
Tetapi ia tetap, pada standard tak original-nya.
Itulah ada peribahasa - Alah membeli, menang memakai


Faham?



Cuns!

Jadual Tugas Darjah 5 Merah

Sudah hampir 6 bulan berumah tangga, dan sudah hampir 4 bulan tinggal bersama suami. Setakat ni semua ok sejak tinggal di rumah sewa kecil kami, cuma pernah terjadi tragedi kami ter-lock dari luar dan terpaksa menjahanamkan tombol pintu untuk kepentingan bersama. Muehehe. Tapi tak mengapa, dapat merasa tombol pintu Fred Perry baharu - bak kata suamiku. (sebab tombol dia pilih tu ada logo padi-padi macam logo Fred Perry. (Lakiku berimaginasi tinggi). 

Untuk keselesaan rumah tangga, kami sering bersama-sama membantu dalam kerja harian di rumah. Oleh itu, aku rasakan dah macam ikut jadual tugas macam di bilik darjah masa kita sekolah rendah dulu. Hewhew.
 
Aku
1) Memasak (setiap hari, hari pelepasan hanya bila suami cakap 'Bi, jum makan luar' atau 'Bi, tak payah la masak, beli je lah' sahaja) 
2) Kemas dapur dan peti ais. 
3) Sapu sampah dan mop sikit (sikit je, sebab aku tak suka sapu sampah dan mop. Haha) 
4) Mesin baju kadang-kadang. (hehehehe) 
5) Lipat baju

Suami
1) Vacuum lantai (dia obses dengan yang ini sebab dia baru beli vacuum murah. Hewhew) 
2) Mop Lantai. 
3) Mesin baju (ini pun dia obses, selalu update kat aku lepas setting mesin basuh, 'Yam, air untuk basuh baju kita hari ni adalah bersaiz M' :') ) 
4) Basuh pinggan dan kuali selepas makan.
5) Cuci toilet sendiri. (Kitorang toilet asing-asing. Hehe)

Dan ada lagi tugas lain juga, sama-sama buat. Alhamdulillah dapat suami boleh tolong buat kerja. Kalau nak harap aku semua memang tak sempat la, ditambah dengan aku yang ada penyakit malas. Hehehe.

Rutin sekarang, pagi-pagi bangun masak breakfast untuk suami. Lepas habis kerja, sampai rumah terus masak dinner pulak sambil tunggu suami balik kerja. Masih belajar tajamkan skill memasak. Nasib baik sekarang zaman google, aku google je senang.



Aww! Sepsinya! ;p


Telepon

Mak saya bagi tau - 
"Hari tu ada orang AS**O telepon rumah, promote suruh tukar decoder."

Lepas tu saya pesan kat Mak -
"Kalau dorang telepon lagi Mak bagitau dorang macam ni - 'SEBELUM KORANG SURUH MAKCIK TUKAR DECODER BARU, SILA TUKAR TV MAKCIK YANG KALER RGB DAH HILANG GREEN NYA, BESAR LEBAR GEDABAK PULAK TU. BOLEH? LEPAS TU BARU MAKCIK SETUJU NAK TUKAR DECODER'. Mak tolong hafal ayat ni ok?"


p/s : Strategi betul lah!



Isnin

Hari Isnin, 
Ada pulak projek baru,

I don't know where to start!

Baru 5 minit lepas semangat bekerja berkobar-kobar.
Bila dah bukak sistem, coding, database --
Jadi kosong, otak kosong,

Malas!


Otak sekarang pikir nak tidur sahaja.
Muehehehe.



Puasa 1434H

Assalamualaikum..

:)

Wah, tetiba bulan puasa ni baik pulak bunyinya kan? Haha. 
Rasanya tak terlambat nak ucap Selamat Berpuasa. Hari ni dah 6 Ramadhan, baru je lagi. Tapi semalam pergi mall dah kedengaran lagu-lagu raya. Tak patut betul.

So, kepada geng-geng yang dah berlaki, amacam dengan puasa? Aku rasa ni la pengalaman paling pelik pernah aku lalui. Ewah! Ni first time berpuasa dengan suami, memang mula-mula rasa kalut je. Balik kerja terus pegang periuk masak nasik! Gila, sebelum ni tak pernah pun begitu. Haha. Kat rumah mak pun mesti mak yang siapkan semua tu, masak pun mak yang buat! Tapi sekarang, baru nak ambik tau macam mana cara nak rasa masakan ketika puasa. Memang menakjubkan! Hehehe.



p/s : Masih memikirkan menu berbuka puasa untuk hari ni. Hmmm


28th. Alhamdulillah.

Today is my 28th birthday. Thanks Allah for everything!
Pada usia ini, aku dah ada hidup yang sederhana, which is sangat selesa untuk aku. Syukur Alhamdulillah.

Aku ada keluarga yang sangat best, memahami dan sentiasa menyokong aku.
Aku ada kerjaya yang boleh aku bantu suami (walaupun sedikit).
Aku ada keluarga mertua yang sangat happening dan baik.
Aku ada suami yang setiap hari buat aku tersenyum, ketawa (everyday, without fail! Hehe) dan disayangi.
Aku ada bestfriends yang sudi berkawan dengan aku.

That's it!
Aku hanya perlu family, friends dan sedikit wang untuk aku hidup gembira!

Terima Kasih Ya Allah.


*Allah telah atur hidup aku dengan kemas sekali. Masam, manis, pahit, masin semua ada. Semoga Allah beri lebih kemanisan pada masa akan datang. (Ahli family baru barangkali? Hehe). Aminnn.

p/s : Terima Kasih kepada yang ucap. Terima Kasih banyak-banyak! :)

Kerja

Sebanarnya dulu;

aku pernah bercita-cita nak kerja sebagai Jurutol. Sebab aku rasa kerja tu best, senang, hanya bagi tiket tol ataupun terima bayaran pengguna lebuhraya sahaja.
Lagi-lagi, boleh cuci mata. Hehhh~

Sekarang, bila ada tekanan dengan kerja aku sekarang, aku rasa nak bertekad berhenti kerja sekarang (sebagai pengarang 'bahasa alien') ni. Rasa memang nak apply kerja jurutol!


Tapi bila fikir balik;

Sebenarnya, semua kerja ada tekanan dan cabaran.
Kerja yang orang anggap paling simple di dunia ni pun ada tekanan dan cabaran.

Dah ini rezeki kita, kita kena berusaha untuk yang lebih baik.


Semoga Allah murahkan rezeki kita semua. Aamiin.

Tahun baru sekali lagi


Semalam Tahun Baru 2013
Sudah masuk tahun 2013, rasa macam cepat saja masa berlalu, rasa macam baru je 2012 kan.
Jam gigih berdetik.
Gituuu!

Kalau tanya bab azam, setakat ni azam ada satu je. Azam terbesar adalah -
Saya nak nikah dengan jayanya! 
Azam-azam lain belum lagi terfikir. Haha.

Semalam 1 Januari adalah ulang tahun genap setahun kami bertunang. 
Cepat, sangat cepat!

Tengok status si gedik tu adalah semangat sangat nak jadi laki orang.


Yang aku ni macam dah tensen, pening pikir pasal kahwin. Lagi-lagi pasal borang kahwin dan segala dokumen yang aku tak berapa faham. Hahaha teruk!



Si gedik terlebih Yippiee ye...Sabar je la.



SELAMAT MENJALANI TAHUN 2013. 
Semoga selamatlah semuanya. Amin.