The Super Spiderman and My Spendaman :p

Minggu lepas pergi lepak KL. Ingat tak nak hangout sebab malas, tapi Bik Gumok ajak jugak. Kata rindu la apa la, padahal last jumpa hari Isnin ritu balik dari kampung sekali. Konon romantik la kata rindu rindu tu? Tak rasa apa ponn. Haha.

Ok la keluar, aku pun memang tiba-tiba teringat misi cari jersey Arsenal. Semangat tau, bila lagi nak pegi cari kan, weekend ni dah start puasa. Hari Isnin dah start training dan Selasa adalah game! Weuhuu!

Tapi sekarang ni dah buntu la nak lepak mana, macam bosan. Selalu terfikir lama-lama dengan Bik nak pergi mana. Last-last tak ada choice terus drive ke Pavilion saja. Haha bosan kot. Tapi redah saja la, boleh usha-usha tengok orang, nak tengok barang dah kurang sen. Haha. Lagipun memang plan nak tengok wayang jugak. GSC Pavilion memang pilihan terbaik, so hari tu tengok Spendaman Spiderman.

Aku kurang follow la cerita Spiderman yang terdahulu. Jadi kurang tahu la sikit. Tapi Spiderman kali ni aku macam excited sebab ada tengok trailer macam best dan pelakon Spiderman adalah hensem (Andrew Garfield) dan heroin cute ( Emma Stone. Eh, kebetulan nama sama, cute pun sama. Wakaka)

Tak payah la aku attach sinopsis kat sini, rasanya semua orang minat dan tahu pasal cerita ni. Tak banyak beza sangat pun, cuma cara garapan saja yang berbeza. Wahh gitteww! Haha.

The Amazing Spiderman
Tengok gambar baris bawah, Bik berimaginasi menjadi Spendaman! Eh.
Hahaha lawak gila! Alahai Milo Dinasorrr.

No comments:

Post a Comment