Kisah Durian Batu Kurau, Taiping, Ipoh, Slim River

Assalamualaikum,
Feeling baik hari ni, haha tak boleh blah. Rasa macam lama tak update belog kan.

Minggu lepas ada balik Taiping. Syok sebab aku ambik cuti Isnin tu. Tapi macam biasa tak boleh rehat sangat kat rumah pun. Mesti ada aktiviti lain.

Sabtu,
Pergi Kamunting, rumah Makcik sebab tengok Pakcik sakit. Kesian. Lepas tu pergi Tesco beli barang rumah kat Mak. Lepas tu terus balik Kampung. Tau-tau la kan sekarang musim durian. Kampung pun di Batu Kurau, memang femes amos la dengan duriannya. Tapi aku tak makan durian, misi aku cari manggis tapi tidak ado! Kecewa.

Sempat pulak Makcik aku tu tanak pulut nak makan dengan durian. Ini namanya Pulut Durian.
Ahad,
Tengah hari bertolak pergi ke Slim River. Kawan Mak kenduri kahwin anaknya, dan anaknya itu adalah kawan aku masa kecik dulu, Birthdate kitorang sama, aku ingat lagi. Haha. Selamat Pengantin Baru Dr Syahid. Lepas kenduri terus gerak Ipoh hantar barang Adik dan melawat Mydin Meru yang baru dan besar. Malam tu pulak, tiba-tiba terasa rajin dan nak makan Red Velvet. Gila mengidam, dan terus buat untuk kali pertama. Jadi dan sedap! Weuhuu~
Nasik minyak kenduri adalah best!
Sampai Ipoh dah!
Typical rumah sewa budak PUO di Taman Cempaka. Haha. Teringat kenangan lama.
Isnin,
Pagi-pagi dah bawak Mak pergi pasar dan kedai. Lepas tu settle kan hal lesen yang dah expired. Kena RM47 hoi. Sebab ada pelarasan ikut birhdate tu kan. Tak pa la, nanti expired tahun 2014. Senang hati. Lepas tu kasi basuh Yeyel yang dah legam. Petang gerak balik, dan tiba-tiba hujan. Kesian Yeyel comot balik. Hehe, tak apalah. Hujan adalah best.
The Taiping! Ini on the way to pekan Taiping, tengah tunggu lampu hijau aku snap sebab teruja ada signboard  jalan baru yang besar itu. Haha.
Kasi Yeyel mandi


Entah bila nak cuti balik kampung yang boleh betul-betul rehat kat rumah entah. Mesti ada aktiviti jenjalan punya. Duit pun jalannnnnnnn.

p/s : aku tak makan durian tapi aku makan tempoyak, cucuq durian, dan paling favorite adalah makan nasik panas ada gulai tempoyak Mak buat beserta sambal tempoyak pedas cicah ulam petai. Perghh!

No comments:

Post a Comment