The Arsenal - Tour 2012


Bagi peminat tegar Kelab Arsenal, anda pasti menantikan ini,

Ya, beberapa hari lagi atau mungkin beberapa jam lagi akan launch penjualan tiket mereka ke Malaysia untuk Asia Tour 2012. Dua tahun berturut-turut mereka ke sini, tahun lepas 2011 sudah datang. Zaman dulu ada pernah datang, tahun berapa entah aku tak ambik tau. Haha. Mungkin Wenger melihat sambutan peminat di sini dah macam tak tentu arah dan macam naik gila meroyan sawan dan menjerit-jerit sampai hilang suara. Macam mana tak menjerit-jerit sawan weh, Pak Cik Wenger ada di depan mata, sambil melambai-lambai tangan. Epik sungguh, boleh mengalirkan air mata akibat terlalu gembira!

Dengan itu, aku pon secara rasmi akan menjadi pen-runner pembelian tiket untuk golongan gelandangan, eh!? Hahaha. So, me as the good pen-runner have to keep eyeing at the ProEvents Facebook Page. 


Siapa tak nak pergi kalau dah rasa bahang merah Arsenal di Stadium tahun lepas.

Namun hanya kekangan kewangan saja dapat membantutkan angan untuk tahun ini. Hopefully duit cukup dalam tabung. Waaaa.

No comments:

Post a Comment