2 4 6

Yesterday 24.6. (read: twenty-fourth of June)
Such a nice number right? Boleh beli buat nombor plat kereta anda. Hehhh.

And yes, yesterday was my 27th birthday. Gila, nak taip 27 pun rasa macam eh betul ke 27? Macam rasa nak on calculator buat kiraan 2012-1985=27. Paranoid! Haha.

My mom dah wish awal, siap tanya balik 'hang berapa dah ek, 26 ke?' Hello Mama, dapat sindrom susah nak kira umur saya juga kah? Hahaha. Anyway, thanks Mak sebab lahirkan anakmu ini, 27 tahun yang lepas. Kesian Mak lepas sakit beranakkan saya, kena jaga saya pula. Kena sekolahkan saya pula. Thanks Mama, I am your successful product, hope so! (I wish Mama is bangga dengan saya setakat ini.) Ewah.

Thanks kawan-kawan online dan offline yang telah wish. Saya aminnnnn kan semuanya. Itulah bestnya time birthday kan, orang akan wish dan doakan kita. Aminnnnn. 

Oh, dan terima kasihlah kat Si Tunang perot-gemok tu tak wish proper pon. He just called me tepat 12am and just gelak-gelak buat lawak gila. He said, tak payahlah wish, paham dah kan die call tu, lepas tu gelak lagi, lepas tu suruh saya call balik sebab tahu saya dapat free call dari Maxis. Cis. Lepas habis call, BBM pulak, ingat nak wish proper, tapi tak jugak. Chat- chat and dia send pic ni;
I thought '3 jam' is my birthday present (konon dia nak kasi jam la kat I kan), sekali rupanya 3 jam is his OT! Waaa. Tak pa la, kalau OT tu untuk kumpul duit kawen kan. Hehhh.
Dan baru perasan, bila dah meningkat tua ni dan bila dah kenal dia 7 tahun, semua romantik akan hilang dan pudar. Sobs. Yang bertambah adalah perangai aku yang over sensitif (Sangat sangattt sensitif!). Hahaha. Suppose to be bahagia lah kan on my birthday, tapi tak pun. Siap menangis, merajuk sebab tak ada orang disisi. Bosan kot, ingat nak call orang sembang-sembang tapi semua sibuk. Paling menyampah Si Tunang perot-gemuk tu pun sibuk jugak tetapi dia adalah sibuk tidurrr! Grrrr. Tak apalah, nasib baik I still love him. Thanks anyway, Sayang. I nak hadiah please, almost two years I didn't receive any from you. Eh, ter-mengungkit pulak. Kahkah.

Happy Birthday to me, I hope at this age, Allah akan makbulkan semua doa dan impian saya. Aminn. Thanks Allah for this wonderful journey of the '27th year of Ema's life'. 

My 2 4 6 home-screen. Kehkeh.

Misi terlaksana! RVP will stay. :p


16 June hari tu sanggup keluar pagi-pagi ke KL semata-mata nak carik tiket Arsenal Tour. So sampai sana dalam pukul sebelas macam tu, terus jalan ke Nike Pavilion. Jalan laju-laju sebab takut Training pass Arsenal habis. Bik tu tak habis-habis kata berdebar berdebarrr. Macam apa je si gedik tu. Hehe.

Dah sampai Nike tu macam biasa Bik akan suruh aku yang tanyakan. Selalu! Apa-apa pon mesti nak aku yang cakap. Dia kata dia pemalu. Ngen la sangat, kalau pemalu tak ada la depan-depan orang buat perangai gedik-gedik kan? Menyampahhh oke. Haha. Kadang-kadang kalau beli tiket wayang pun dia malu, beli makanan pun malu, semua benda dia malu kalau aku ada. Mesti nak suruh aku yang bercakap, bertanya. Tapi kalau aku tak ada boleh pulak dia buat semua tu. Manja sangattt. 
Oh, berbalik pada cerita tadi. Dah sampai Nike Pavilion aku pun tanya ada ke tiket Arsenal, dan budak kedai tu kata tak ada. Tak sampai lagi ke apa entah. Boleh pulak macam tu. Besar kot Nike Pavilion tu kan. Ok la tak apa, kitorang terus plan nak jalan je ke Nike KLCC pulak. Aku kata mesti ada punya sebab tahun lepas aku beli kat Nike KLCC tu. 

On the way tu kitorang lalu guna jalan jejantas ke KLCC and Bik kembali kata berdebarr berdebarr.. He keeps saying that untill we reach only a few steps into the Nike store. Oh my Gedik! Kadang-kadang malas layan, buat bodoh je. Haha aku derhaka sangat.
Si gedik menonggek pakai baju France. Booo. Hehhh.
Terus sampai kaunter dan terus tanya. Thank god, ada pun tiket tu. Kitorang dah plan nak beli yang murah sikit sebab kureng sen. Haha. Lagipun tak se-excited macam tahun lepas sanggup beli yang beratus ratus tu. Tahun ni tak kisah, janji ada training pass sebab dapat tengok dorang training adalah sangat best oke!! Ok, aku excited dah! 
Arsenal Tour 2012 tickets with Training passes!

Oh, after got the passes, I terus hang it here kasi Yeyel tolong jaga. Hehe.



See you guys soon - 23rd & 24th July 2012, at Stadium Putra Bukit Jalil. 

Snow White dan Hantu

Ini cerita minggu lepas dan lepas lagi. Haha punya pemalas, lama gila baru nak update kan. Minggu tu pergi Mid Valley saja la, sebab nak tengok Snow White and The Huntsman tu. Walaupun pelakon Bella Swan tu aku tak berapa minat sangat, tapi tengok jugak lah sebab ada Charlize Theron yang sangattt cantik dan juga my Thor yang gagah perkasa. Hahaha gila.
Jalan cerita ni biasa la pasal Snow White, dan mesti ada Queen yang jahat, sebijik epal dan lelaki hensem. Haha. Tapi cerita ni versi dark side. Grafik sangat ok! Jalan cerita ok juga, ada garapan (wahh ayatt!) dari cerita asal Snow White sikit, tapi rasanya ending macam tak tragik sangatlah. Dan tak ada drama sangat antara Huntsman tu dengan Putera tu berebutkan Snow White (aku rasa perlu). Dan Kristen Stewart memang pakar buat emosi muka blur dan kesian. Wakaka. Watak paling best adalah watak Queen, sangat hebat, jahat dan cantikkk lah Charlize Theron, patut tak sesuai letak Kristen Stewart nak tandingi kecantikan dia tu. Bila Queen tu jadi tua pun cantik jugak, macam mana tu? Haha.


Oh, sebelum kitorang nak masuk panggung, kat luar tu ada hantu berdiri tegak muka seram gila sambil bunyikan gendang mainan tu. Bunyi 'tok tok tok' sambil mata dia pandang orang, serius seram! Pandai amoi tu berlakon.
Ini promo cerita apa entah, tak sempat tengok tajuk sebab asek perhatikan hantu tu saja. Dan aku rasa memang cerita tu seram. Nanti nak tengok lah!


Ini aktiviti sebelum masuk wayang. Bik saya ni memang gila perasan die adalah patung dalam Nike pakai jersey baru Arsenal. Padahal tak layak, tahan nafas kasi perut tu kempis bolehlah. Kalau takk, memang jadi patung perut besaa. Haha.


Rezeki hari tu. Nyammm!

Dan shades saya cari di Cotton On hanya rm5 sahaja. Tak percaya? Pergi cari sendiri. ;p

#TwtUpKami dan bihun goreng ayam

Hari Sabtu petang hari tu ada pergi Bukit Jalil sebab ada event #TwtUpKami. Saja la pegi sebab tahu ada booth Tune Talk. Nak cari nombor baru lagi satu untuk henset lama tu. So dah alang-alang dekat je pun an, ajak la officemate. Kebetulan dia pun tweet kata tengah bosan. Siap pakai gps Yeyel lagi sebab tak tau jalan. Padahal senang je kalau kuar mex highway tu. Haha. Kesian.

Sampai pun dah petang. Sampai-sampai je tengok ada segerombolan orang kat area futsal. Rupanya Dato Sri Najib datang. Ada lepas tu wat sesi sembang-sembang dengan Dato Sri. Aku tak dengar sangat pun sebab jalan-jalan sambil cari booth Tune Talk, dan terus pilih nombor dan beli sim. Setel. Lepas tu jalan-jalan tengok booth lain je la. Ok la event ni walaupun tak la besar mana sangat kan, tapi well-managed. Good Job.

Dan dalam pukul 6 pun kami pulang. Tiba-tiba Si Tunang mesej kata nak lepak pulak. Tak ada kerja malam tu pergi balik sana sebab nak layan showcase akustik dorang pulak. Pergi je la sebab free kan. Hokeyy laa, memang santai dengan angin sepoi-sepoi. Yang paling layan sebab band faberet ada, Oh Chentaku dan Hujan. Bunkface pon ada. Oag ada kot, tapi tak tunggu habis sebab dah hujan.


Lepas tu terus gerak KL pergi cari port tengok Euro. Macam biasa, port best adalah di Pelita Nasik Kandar. Huahuahua. Kesimpulannya, adalah seronok! 


*Sambil tengok bola ditemani bihun goreng ayam dan limau diketepikan.




dua perkara


Weekend aku baru-baru ni ada yang tak best dan ada yang best. 


Yang tak best,
Aku dah mula membencikan beberapa orang sebab orang tu carik pasal dengan aku. Ya Allah, kenapa la aku jadi macam tu kan, patutnya kena bersabar je la. Tapi aku tak boleh, mesti ada rasa bengang tu. Oleh itu, aku dengan sedaya upaya dah tak nak ambik tahu dan jalani hidup macam biasa saja. Lantaklah selagi aku tak kacau hidup orang.

Yang best,
Masa terisi dengan kegembiraan selepas aku rasa tekanan. Terima Kasih.



Nanti aku update pasal aktiviti aku minggu lepas. :)

The Arsenal - Tour 2012


Bagi peminat tegar Kelab Arsenal, anda pasti menantikan ini,

Ya, beberapa hari lagi atau mungkin beberapa jam lagi akan launch penjualan tiket mereka ke Malaysia untuk Asia Tour 2012. Dua tahun berturut-turut mereka ke sini, tahun lepas 2011 sudah datang. Zaman dulu ada pernah datang, tahun berapa entah aku tak ambik tau. Haha. Mungkin Wenger melihat sambutan peminat di sini dah macam tak tentu arah dan macam naik gila meroyan sawan dan menjerit-jerit sampai hilang suara. Macam mana tak menjerit-jerit sawan weh, Pak Cik Wenger ada di depan mata, sambil melambai-lambai tangan. Epik sungguh, boleh mengalirkan air mata akibat terlalu gembira!

Dengan itu, aku pon secara rasmi akan menjadi pen-runner pembelian tiket untuk golongan gelandangan, eh!? Hahaha. So, me as the good pen-runner have to keep eyeing at the ProEvents Facebook Page. 


Siapa tak nak pergi kalau dah rasa bahang merah Arsenal di Stadium tahun lepas.

Namun hanya kekangan kewangan saja dapat membantutkan angan untuk tahun ini. Hopefully duit cukup dalam tabung. Waaaa.