Tuan Rumah

Aku nak tanya.

Kalau kau pergi ke rumah orang yang baru kenal (mungkin kau terpaksa menjadi pasangan teman kau), apa sepatutnya Tuan rumah atau kau akan lakukan?

Pilih salah satu.

a) Tuan rumah akan menjemput kau masuk dan kenalkan diri, salam bersalaman, lalu menjemput duduk dan menjemput makan dan borak sikit-sikit.

atau,

b) Tuan rumah buat tak tahu, dan kau yang kena buat-buat friendly, pergi introduce diri kau. Itu untuk orang yang memang jenis ramah tamah la kan.

atau,

c) Tuan rumah buat tak tahu dan kau pun sama buat tak tahu. Tak bersalaman, tak kenalkan diri. Dan keadaan akan jadi awkward untuk kau sebagai tetamu. Sampai habis majlis dan kau pun terus blah.



Situasi sebenar: baru-baru ni aku telah menghadiri satu majlis sebab terpaksa menemani teman lelaki, eh tunang aku. Hehe. Tetapi kejadian c telah berlaku. Aku tak tahu macam mana, adakah aku yang terlampau pemalu atau sebenarnya memang tugas tuan rumah untuk tidak menjadikan aku rasa awkward di situ.

Tapi aku rasa aku yang terlebih pemalu. Tak pandai nak sesuaikan diri di majlis.
Tapi ada satu ketika aku nak jadi ramah tamah, tapi terus spoil sebab aku tiba-tiba terus rasa menyampah tengok tuan rumah dengan muka poyo, berlagak, macam bagus. Opsss! Dalam hati aku kata, 'Eh, pa hal kau nak buat muka berlagak tu? Bukan patut kau ke kena layan aku yang tetamu ni?' Terus batal niat nak jadi ramah tamah. Hahaha. Adakah itu hanya alasan aku? Aku ke yang sombong? Entah.

Tak apa lah, aku akan cuba perbaiki communication skill dengan orang yang baru kenal. Penting jugak ni sebab nanti lepas kahwin kena berkomunikasi dengan keluarga mertua pulak. Hehhhh.

2 comments: