The Mom

*Credit FB Miki Holic. (Kadang-kadang bernas juga ayat dia ni.Haha)


Memang lagi bagus kalau anggap every single day adalah hari istimewa untuk Ibu kita kan. Bila fikirkan balik, Ya Allah besarnya pengorbanan Ibu kita tu.

Banyak tugas Ibu buat dan tak pernah sesekali pun merungut. Ibu lahirkan kita, susukan kita, jaga kita, dodoikan kita, masakkan untuk kita, suapkan makan kita, basuhkan berak kita masa kecik dulu, didik kita, cubit kita kalau nakal, marah kita kalau degil, nasihatkan kita kalau malas belajar, dan macam macam macammmm lagiiii. Tugas Ibu banyak sangat sampai tak tertaip dah! Terel sungguh Ibu kita. Nanti boleh berdiri tegak depan Ibu sendiri dan angkat tangan Saluteee!!! Boleh?


Tapi Ibu selalu tipu,

'Korang makanlah sampai habis nasik tu, Ibu dah kenyang dah', -padahal Ibu tak makan lagi.

'Tak apa, tak payah bagi duit kat Ibu, pakai lah duit tu. Duit belanja Ibu ada lagi' -padahal duit belanja Ibu dah tinggal sikit.

'Ibu sihat saja, tak perlu risau. Huk hukkk(batuk)' -padahal Ibu sakit tapi tak nak mengaku.


Mulianya hati Ibu. Ya Allah, tolong lindungi mereka, ampunkan dosa mereka, rahmatilah hidup mereka. Aminn.

Tugas kita sekarang- tolonglah jaga hatinya, gelak tawalah dengannya, peluk dan cumlah dia, doakan semua yang terbaik untuknya, sebab kita tak tahu bila kita akan berpisah dengan Ibu kita untuk selama-lamanya.

Boleh kan? InsyaAllah.

*My Bestesttt Mom everrr with her only Cucu (akan datang lagi ramai cucu kot. InsyaAllah. Hehe)


Tiba-tiba : Tak sabar nak rasa jadi Ibu pulak. Nak jadi SuperMom macam mak saya. Hehhh. Saya sayang Mak saya!

No comments:

Post a Comment