The Avengers! Go!

Minggu lepas ada balik kampung, cuti 4 hari sebab sambung cuti Hari Pekerja. Memang syiok la kan kalau balik kampung, tapi tak ada aktiviti sangat pun. Macam biasa, mesti dan wajip bawak mak pergi kenduri. Bosan. Haha.

Tapi ada jugak masa pergi tengok wayang kat Big Cinema Taiping nun. Dah plan dengan Bikbik dan adik-adiknya nak tengok The Avangers. Mendapat la kau tak beli online, for sure time tayangan yang kita nak tu dah penuh. So beli on the spot, dan dapatlah duduk at the second row. Menarik kan? Mendongak lah kitorang kat situ. Nasib baik cerita best!


Best sebab cerita ni semua watak Marvel ada. Lagi-lagi pakwa jarah jauh I, alah si Kapten Amareka tu lah. Hensemmm kan? Badan dah la berketol. Eh?

*ketul kan? Gulp!



Tapi memang pandai dorang buat cerita ni, setiap watak tu ada peranan sendiri walaupun kadang-kadang terlepas cakap jugak lah "apa kelebihan superhero tu?", "eh, superhero tu lagi terel la, tak perlu geng lain kot". Padahal lepas kau tengok habis baru kau akan berfikir, setiap superhero tu ada kelebihan sendiri dan akan sama-sama membantu untuk mengalahkan orang jahat si Loki muka saiko tuh. Hehe.


So pergi tengok!
Aku nak kasi rating 9.99 (setelah dibundarkan ke dua titik perpuluhan) per dengan 10. Boleh?

2 comments: