Eco Park Bukit Merah

Ini cerita aktiviti aku balik kampung bulan lepas. Gila lama baru nak update kan. Sebab tengok balik gambar dalam kamera baru teringat pasal nak update ni. Ni sebelum si Amani berangkat ke Kuantan, ikut mummy dia pergi sambung study. Kira macam last hangout la, nanti raya baru jumpa balik kot. Waaa rindu dak kecik tu laaa.

Abang aku kata 'jom pergi zoo!'. Aku pun kata ok la, lama kot tak masuk zoo taiping tu kan. Sekali dia drive terus pergi Bukit Merah. Haiyo, zoo mana nak pergi ni. Rupanya nak ke Eco Park Bukit Merah la. Haha. Ok jugak sebab aku pun tak pernah masuk.

*Rombongan Cik Midah

Tak ada la besar sangat tempat ni, tapi bestla sebab boleh tengok binatang dekat-dekat, siap boleh pegang, bagi makan sekali. So aku tempek gambar je la ye. Malas nak taip. Hehhh.

*Binatang ni memang sangat dekat! Macam nak lompat kat kita je. Gila.
*Namanya Binturong ye adik-adik
*Konsep tempat ni dalam sangkar dan boleh jalan atas papan tanpa perlu pijak tanah sambil tengok binatang. Nice kan?
*Ini budak penakut. Terus tak nak jalan sendiri suruh orang dukung saja.
*Merak yang garang.
*Dan Merak ni macam mana boleh terlepas entah.
*Terus follow belakang sebab nak makanan. Macam stalker!
*Adik aku bakal pekerja Zoo. Minat sangat binatang.
*Aku kasi makan pun penakut. Hehehe.


Segala detail boleh cek kat laman sesawang Bukit Merah (Klik SINI).
Apa salahnya sekali sekala tengok makhluk lain ciptaan Allah kan? Seronok tahu. :)

No comments:

Post a Comment