Hati terasa. Alahai.

Ada orang yang tak boleh menerima fakta. Bila kita bercakap, memberi pendapat, tiba-tiba tak sengaja terkena batang hidung dia, mula lah dia tarik muka. Padahal kita bercakap benda general, budak kecik pun tahu. Lepas tu akan timbullah situasi rendah diri, dalam hati dia akan berkata 'mentang-mentanglah kau itu, kau ini, bla bla bla'.

Alahai, tolong jadi positif. Kalau kau terasa kau kena fikir balik mana tahap kau berada sekarang. Kalau kau kat bawah, silalah naik ke atas sedaya upaya. Jangan bagi hati kau terasa lagi. Biasalah manusia, mulut akan sentiasa berkata-kata, tak kisahlah pedas ke manis ke. Kau kena faham tu. Benda tu semua sebenarnya adalah motivasi percuma untuk kau sukses. Sirius!

Jangan kalah dengan kata orang. Tolong!

Oh, jangan cepat tarik muka juga. Tak cantik.

Hehhh :)

No comments:

Post a Comment