Battleship & Snow White

Minggu ni masih plan nak tengok filem apa. Apa yang terbaru entah. Weekend lepas dua hari tengok wayang dua filem kegemaran, filem yang dah memang dah target nak tengok. Bestnya! (Style gedik sambil guyang bontoit.Haha)

1) Minggu lepas telah booking cerita Battleship. Memandangkan cerita ni best (melalui pemerhatian trailer sebelum tu), maka bersependapat dengan Bikbik untuk menonton di wayang yang memuaskan hati. So tetiba teringat Imax, lama dah tak masuk. Dulu ingat lagi tengok cerita Batman sampai aku tertidur. Haha. Sekarang ni dah jadi GSC Maxx. Hall besar, sound mantap. Sebab sangat luas, kepala akan kekiri dan kekanan tengok hero berlari-lari. Kehkeh. Sampaikan Bikbik kata, "Hish besarlah skrin ni, mata nak baca subtitle, nak tengok gambar lagi. Hehe". Oh si gedikku!


Battleship, i would say that this is the best movie so far 2012. Memang layan la. Dah la hero tu pelakon John Carter. Dia tu selalu dapat watak yang bergandingan dengan Alien ek. Nasib baik hensem, dengan pakai baju putih Navy lagi. Gilalah! Ini cerita pasal peperangan dengan Alien yang datang ke Bumi. Walaupun macam common kan, tapi yang ni Alien yang spesis handal dan maju! Janggut pun keras macam duri landak kau tahu. Hebat. Haha. So kita pun akan teruja nak tahu macam mana manusia akan hapuskan mereka. Aku tak reti nak cerita lebih, so aku ambik sinopsis saja la. Sumber: http://wowberita.org/battleship-2012-full-movie-download
Filem Battleship ini diapdatasikan daripada permainan board Hasbro iaitu Battleship sendiri. Ia diarahkan oleh Peter Berg, yang telah menghasilkan filem Hancock. Yang menariknya, nama Malaysia disebut dalam filem ini kerana mempunyai tentera laut setanding US dan Jepun. Dibintangi oleh Taylor Kitsch, Liam Nesson dan juga Rihanna. Bertempat di kepulauan Hawaiian, sebuah latihan laut bersama beberapa negara di dunia telah dilakukan untuk mendapatkan kerjasama serta mempereratkan hubungan di antara negara. Di antara yang turut serta adalah NAVY dari US, dan juga negara Jepun.

Lt. Alex Hopper (lakonan Taylor Kitsch) yang telah ditugaskan kepada kapal perang USS John Paul Jones adalah adik kepada Stone Hopper (lakonan Alexander Skarsgard), Stone Hopper adalah commanding officer kepada kapal USS Sampson. Alex Hopper telah jatuh hati kepada Samantha Shane (lakonan Brooklyn Decker) yang juga merupakan anak kepada Vice Admiral Shane (lakonan Liam Neeson). Pada awal cerita, ada disebut bagaimana alien telah dihubungi dengan adanya alat perhubungan dan satelit yang dipancarkan dari sebuah pulau. NASA telah membuat kesimpulan bahawa adanya sebuah planet yang sama jarak seperti matahari dan bumi, yakni adanya hidupan di sana yang boleh kita kenali. Pancaran satelit itu telah dipancarkan setiap 17 jam dan menunggu maklum balas alien tersebut. Hinggalah pada satu keadaan, 5 kapal angkasa alien telah mendarat laju ke arah tempat latihan budak-budak NAVY itu tadi. Sedar-sedar Alex Hopper dah ada dalam lingkungan kapal angkasa alien tu, dan perlu memimpin kapalnya untuk selamatkan dunia.

Nak tahu ending boleh pergi tengok sendiri. Memang best!

2) Ahad keesokan harinya pulak pergi lepak The Curve. So alang-alang tengok cerita Mirror Mirror. Slot pun dah kurang sebab dah lama kot filem ni keluar kan. Agak seronok jugak lah, macam biasa Julia Roberts memang best lah. Susah nak tengok dia belakon watak jahat kan. Watak Snow White of coz la kena yang kiut miuttt. Suka aku. Hero pulak aku tak berapa berkenan, buh la John Carter jadi putera raja, barulah Macho! Hewhewhew. Ini sinopsis, Sumber: http://www.kakiwayang.com/filem-2012/mirror-mirror-sisi-lain-cerita-snow-white.html
Filem ini mengisahkan mengenai Snow White (Lily Collins) yang telah kehilangan maknya sejak lahir, dan dipelihara oleh bapanya seorang raja. Beliau telah menjaga anaknya dengan penuh kasih sayang, dan telah berkahwin semasa Snow White masih kecil dengan Evil Queen (Julia Roberts). Pada suatu hari, raja telah keluar dan meninggalkan Snow White pisau kegemarannya, dan tidak lagi kembali ke istana. Permaisuri jahat tersebut tidak mengambil berat tentang Snow White, dan bercadang untuk berkahwin lain untuk menyelesaikan masalah kewangan yang dihadapinya. Beliau telah mengadakan satu majlis tari menari untuk menarik perhatian putera tersebut. Namun, di majlis tersebut putera telah jatuh hati pada Snow White dan menari bersama. Permaisuri telah berang dan menyuruh pembantunya bawa Snow White ke dalam hutan, dan membunuhnya. Apakah yang berlaku seterusnya?
Hehe, tapi ni cerita lain dari cerita Fairy Tales tu. Kali ni Snow White terel dan bijak. Tak de la asyik kena buli saja kan. Tapi memang best lah. So pergila tengok. Siap last sekali Snow White nyanyi, menari-nari macam hindustan kot. I believe, I believe, I believeee in Looovee, Looveeeee! Hehe. Pergi tengok cepat!

2 comments:

  1. aku pun tgk battleship dgn apa cite thailand tue..hehehe....

    Battelship best kan kan kan

    nk tgk snow white full aje... ;))

    ReplyDelete
    Replies
    1. Battleship sangatlah best sampai Gila! haha

      Delete