Hantaran Kahwin

"Sayang Bik lagi tak?" Tiba-tiba dia bersuara.
Aku dengan selamba menjawab "Tak pun."

"Sayang Yeyel lebih dari Bik ek?" Dia bertanya lagi.
"A ah." Jawap aku ringkas.


Aku dapat rasa nada kecewanya, walaupun aku tak pandang muka dia ketika itu.


Tiba-tiba,
"Bi sayang Yeyel sebab Yeyel lagi mahal dari hantaran kahwin Bi." Aku berkata.
"Hahahahahahaha." Dia gelak besar.


Drama betul.


p/s: Bik selalu kata aku pun
ngen juga. Ya kah? Eh Eh?

Battleship & Snow White

Minggu ni masih plan nak tengok filem apa. Apa yang terbaru entah. Weekend lepas dua hari tengok wayang dua filem kegemaran, filem yang dah memang dah target nak tengok. Bestnya! (Style gedik sambil guyang bontoit.Haha)

1) Minggu lepas telah booking cerita Battleship. Memandangkan cerita ni best (melalui pemerhatian trailer sebelum tu), maka bersependapat dengan Bikbik untuk menonton di wayang yang memuaskan hati. So tetiba teringat Imax, lama dah tak masuk. Dulu ingat lagi tengok cerita Batman sampai aku tertidur. Haha. Sekarang ni dah jadi GSC Maxx. Hall besar, sound mantap. Sebab sangat luas, kepala akan kekiri dan kekanan tengok hero berlari-lari. Kehkeh. Sampaikan Bikbik kata, "Hish besarlah skrin ni, mata nak baca subtitle, nak tengok gambar lagi. Hehe". Oh si gedikku!


Battleship, i would say that this is the best movie so far 2012. Memang layan la. Dah la hero tu pelakon John Carter. Dia tu selalu dapat watak yang bergandingan dengan Alien ek. Nasib baik hensem, dengan pakai baju putih Navy lagi. Gilalah! Ini cerita pasal peperangan dengan Alien yang datang ke Bumi. Walaupun macam common kan, tapi yang ni Alien yang spesis handal dan maju! Janggut pun keras macam duri landak kau tahu. Hebat. Haha. So kita pun akan teruja nak tahu macam mana manusia akan hapuskan mereka. Aku tak reti nak cerita lebih, so aku ambik sinopsis saja la. Sumber: http://wowberita.org/battleship-2012-full-movie-download
Filem Battleship ini diapdatasikan daripada permainan board Hasbro iaitu Battleship sendiri. Ia diarahkan oleh Peter Berg, yang telah menghasilkan filem Hancock. Yang menariknya, nama Malaysia disebut dalam filem ini kerana mempunyai tentera laut setanding US dan Jepun. Dibintangi oleh Taylor Kitsch, Liam Nesson dan juga Rihanna. Bertempat di kepulauan Hawaiian, sebuah latihan laut bersama beberapa negara di dunia telah dilakukan untuk mendapatkan kerjasama serta mempereratkan hubungan di antara negara. Di antara yang turut serta adalah NAVY dari US, dan juga negara Jepun.

Lt. Alex Hopper (lakonan Taylor Kitsch) yang telah ditugaskan kepada kapal perang USS John Paul Jones adalah adik kepada Stone Hopper (lakonan Alexander Skarsgard), Stone Hopper adalah commanding officer kepada kapal USS Sampson. Alex Hopper telah jatuh hati kepada Samantha Shane (lakonan Brooklyn Decker) yang juga merupakan anak kepada Vice Admiral Shane (lakonan Liam Neeson). Pada awal cerita, ada disebut bagaimana alien telah dihubungi dengan adanya alat perhubungan dan satelit yang dipancarkan dari sebuah pulau. NASA telah membuat kesimpulan bahawa adanya sebuah planet yang sama jarak seperti matahari dan bumi, yakni adanya hidupan di sana yang boleh kita kenali. Pancaran satelit itu telah dipancarkan setiap 17 jam dan menunggu maklum balas alien tersebut. Hinggalah pada satu keadaan, 5 kapal angkasa alien telah mendarat laju ke arah tempat latihan budak-budak NAVY itu tadi. Sedar-sedar Alex Hopper dah ada dalam lingkungan kapal angkasa alien tu, dan perlu memimpin kapalnya untuk selamatkan dunia.

Nak tahu ending boleh pergi tengok sendiri. Memang best!

2) Ahad keesokan harinya pulak pergi lepak The Curve. So alang-alang tengok cerita Mirror Mirror. Slot pun dah kurang sebab dah lama kot filem ni keluar kan. Agak seronok jugak lah, macam biasa Julia Roberts memang best lah. Susah nak tengok dia belakon watak jahat kan. Watak Snow White of coz la kena yang kiut miuttt. Suka aku. Hero pulak aku tak berapa berkenan, buh la John Carter jadi putera raja, barulah Macho! Hewhewhew. Ini sinopsis, Sumber: http://www.kakiwayang.com/filem-2012/mirror-mirror-sisi-lain-cerita-snow-white.html
Filem ini mengisahkan mengenai Snow White (Lily Collins) yang telah kehilangan maknya sejak lahir, dan dipelihara oleh bapanya seorang raja. Beliau telah menjaga anaknya dengan penuh kasih sayang, dan telah berkahwin semasa Snow White masih kecil dengan Evil Queen (Julia Roberts). Pada suatu hari, raja telah keluar dan meninggalkan Snow White pisau kegemarannya, dan tidak lagi kembali ke istana. Permaisuri jahat tersebut tidak mengambil berat tentang Snow White, dan bercadang untuk berkahwin lain untuk menyelesaikan masalah kewangan yang dihadapinya. Beliau telah mengadakan satu majlis tari menari untuk menarik perhatian putera tersebut. Namun, di majlis tersebut putera telah jatuh hati pada Snow White dan menari bersama. Permaisuri telah berang dan menyuruh pembantunya bawa Snow White ke dalam hutan, dan membunuhnya. Apakah yang berlaku seterusnya?
Hehe, tapi ni cerita lain dari cerita Fairy Tales tu. Kali ni Snow White terel dan bijak. Tak de la asyik kena buli saja kan. Tapi memang best lah. So pergila tengok. Siap last sekali Snow White nyanyi, menari-nari macam hindustan kot. I believe, I believe, I believeee in Looovee, Looveeeee! Hehe. Pergi tengok cepat!

Basikal

Sekarang ke mana-mana nampak bebudak bawak basikal Fixie.
Mat rempit pun dah jual motor sebab nak beli Fixie. Memang trendlah. Aku sampai sekarang tak dapat tentukan dengan detail macam mana basikal tu, sebab tengok dari jauh je. Tak tau beza basikal tu dengan yang lain. Oldskool aku ni ek? Eh?

Dengar cerita basikal ni mahal ye? Mau cecah ribuan ringgit. Kaya betul parents bebudak sekarang yang senang je bagi kat anak dorang.

Dulu aku nak basikal Rally pun tak lepas. Tau kan basikal tu? Basikal biasa ada raga, ada loceng, ada lampu bulat kat depan, ada tempat duduk belakang. Parents aku kurang duit. Jadi dorang suruh dapat nombor satu dalam periksa baru boleh kasi. Aku pun bermati-matian lah belajar, kasi dapat nombor satu.

Masa yang ditunggu telah tiba. Hujung tahun parents aku belikan basikal Rally warna merah kat aku. Yeay! Tapi yang peliknya Abang aku pun turut sama dapat basikal BMX!

Ait?


Nostalgia darjah tiga, 1994.



Dua tahun lepas tu aku dapat basikal Mountain Bike warna biru pulak sebab cemerlang dalam UPSR. Masa tu terasa diri sangat ohsem!
Hehhh.





Tolong Jauhi

Aku suka memerhatikan persekitaran, memerhatikan gelagat orang.
Jadi, minggu ni aku ada buat rumusan daripada pemerhatian aku.


1) Ada sesetengah orang yang suka memandang luaran orang lain. Kalau dirasanya orang itu kurang cantik, dia akan kata 'eh tak sesuai la baju tu dia pakai!'. Eh, kau cantik sangat ke?

2) Ada sesetengah orang yang tak boleh tengok orang lebih daripada dia. Contoh kau beli peti ais, orang tu pun akan korek-korek tanya 'berapa harga kau beli? dekat mana? jenama apa? ada rebate apa-apa? Tak ada? Rugilah kau beli tu. Baik beli jenama lain.' Oh si iri hati!

3) Ada sesetengah orang yang suka menyusahkan orang lain. Kau ada jalan A dan B, tapi kau pilih A dan jalan itu melibatkan orang lain juga. Kalau kau sesat guna jalan tu kau pasti perlu minta tolong orang lain. Tak fikir ke kalau orang tu sedang susah jugak? Padahal kau ada jalan B yang mungkin sedikit (sangat sedikit ok!) risiko, kau tak nak pilih. Kau masih nak senang lenang dengan bantuan orang lain. Alahai kesian!

4) Ada sesetengah orang yang suka jadi batu api. Belakang-belakang kau pergi kutuk orang tu, lepas tu kau pergi bocorkan hasil kutukan tersebut kepada orang yang dikutuk itu. Orang macam ni boleh lah baling batu besar kat kepala dia.

5) Ada sesetengah orang yang suka membesar-besarkan apa yang dia buat. Konon dia sorang saja lah yang boleh diharap. Padahal orang lain pun buat juga, dia tak nampak, tak tahu. Sewel ke?

6) Ada sesetengah orang yang suka tegur kesalahan orang lain. Diri sendiri yang buat kesalahan yang sama dia tak sedar. Gila kuasa!

7) Ada sesetengah orang yang suka memandang rendah orang lain. Kau nampak budak tu macam pasif saja, kau mula buli dia. Satu hari nanti kau akan menyesal. Tunggu sajalah.



Owh, banyak juga ye?

Aku pun ada juga perasan diri aku ada tergolong dari sesetengah perangai tersebut. Manusia mana yang perfect kan? Mesti ada jugak sifat buruk tu, bezanya sama ada kau sedar atau tak saja. Kalau sedar, boleh muhasabah diri mohon tukar jadi yang lebih baik.


رَبَّنَا لاَ تُزِغْ قُلُوبَنَا بَعْدَ إِذْ هَدَيْتَنَا وَهَبْ لَنَا مِنْ لَدُنْكَ رَحْمَةً إِنَّكَ أَنْتَ الْوَهَّابُ

"Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau memesongkan hati kami sesudah Engkau beri petunjuk kepada kami, dan kurniakanlah kepada kami limpah rahmat dari sisiMu; sesungguhnya Engkau jualah Tuhan Yang melimpah-limpah pemberianNya"
(A-li 'Imran : 8)

Ke sana lagi. Ikea!

What is the best thing about Ikea?
.
.
Sebulat suara telah menyatakan ini (Rujuk gambar rajah dibawah)!

Pergi banyak kali pun tak apa,
Terpaksa jalan tengok barang keliling satu Ikea tapi tak beli pun tak apa,
Sanggup semua tu.
Syabas! Haha.

*Pencuri makan & pencuri hatiku. Ewah!


Dan suka juga tengok ruang-ruang rumah yang telah diubahsuai. Selalu kata 'kalau ada rumah nanti buat macam ni, buat macam tu, nak?'
Hehehe berangan lebih.

*Contoh 1

*Siap lepak tidur lagi

*Tolong mak masak

*Melawat bilik anak. Hehhh.


Owh, tapi hari tu terbeli jugak la barang-barang kegunaan yang murah-murah.
Oke lah, sebab kiut! Hehhhh~

Eco Park Bukit Merah

Ini cerita aktiviti aku balik kampung bulan lepas. Gila lama baru nak update kan. Sebab tengok balik gambar dalam kamera baru teringat pasal nak update ni. Ni sebelum si Amani berangkat ke Kuantan, ikut mummy dia pergi sambung study. Kira macam last hangout la, nanti raya baru jumpa balik kot. Waaa rindu dak kecik tu laaa.

Abang aku kata 'jom pergi zoo!'. Aku pun kata ok la, lama kot tak masuk zoo taiping tu kan. Sekali dia drive terus pergi Bukit Merah. Haiyo, zoo mana nak pergi ni. Rupanya nak ke Eco Park Bukit Merah la. Haha. Ok jugak sebab aku pun tak pernah masuk.

*Rombongan Cik Midah

Tak ada la besar sangat tempat ni, tapi bestla sebab boleh tengok binatang dekat-dekat, siap boleh pegang, bagi makan sekali. So aku tempek gambar je la ye. Malas nak taip. Hehhh.

*Binatang ni memang sangat dekat! Macam nak lompat kat kita je. Gila.
*Namanya Binturong ye adik-adik
*Konsep tempat ni dalam sangkar dan boleh jalan atas papan tanpa perlu pijak tanah sambil tengok binatang. Nice kan?
*Ini budak penakut. Terus tak nak jalan sendiri suruh orang dukung saja.
*Merak yang garang.
*Dan Merak ni macam mana boleh terlepas entah.
*Terus follow belakang sebab nak makanan. Macam stalker!
*Adik aku bakal pekerja Zoo. Minat sangat binatang.
*Aku kasi makan pun penakut. Hehehe.


Segala detail boleh cek kat laman sesawang Bukit Merah (Klik SINI).
Apa salahnya sekali sekala tengok makhluk lain ciptaan Allah kan? Seronok tahu. :)

Hati terasa. Alahai.

Ada orang yang tak boleh menerima fakta. Bila kita bercakap, memberi pendapat, tiba-tiba tak sengaja terkena batang hidung dia, mula lah dia tarik muka. Padahal kita bercakap benda general, budak kecik pun tahu. Lepas tu akan timbullah situasi rendah diri, dalam hati dia akan berkata 'mentang-mentanglah kau itu, kau ini, bla bla bla'.

Alahai, tolong jadi positif. Kalau kau terasa kau kena fikir balik mana tahap kau berada sekarang. Kalau kau kat bawah, silalah naik ke atas sedaya upaya. Jangan bagi hati kau terasa lagi. Biasalah manusia, mulut akan sentiasa berkata-kata, tak kisahlah pedas ke manis ke. Kau kena faham tu. Benda tu semua sebenarnya adalah motivasi percuma untuk kau sukses. Sirius!

Jangan kalah dengan kata orang. Tolong!

Oh, jangan cepat tarik muka juga. Tak cantik.

Hehhh :)

Rasa serik tapi nak lagi.

Dulu masa kecik-kecik selalu tengok abah tampal koyok. Dia pakai koyok yang brand ape ntah, warna cekelat ade lubang-lubang tu. Kadang-kadang dia tampal kat belakang, kat bahu, macam-macam tempat la. Aku pun selalu jugak jadi assistant tolong gunting koyok ikut besar mana abah nak. Hehe. Masa tu aku selalu pikir, apa la rasa tampal benda tu. Mesti sakit, pedassss macam kena cili. Bongok gila masa kecik. Haha.

Malam tadi, tiba-tiba lenguh belakang (memang tempat peberet setan bertenggek belakang badan sebelah kiri aku ni kot). Selalu lenguh. Menyampah. Atau mungkin sebab faktor umur? Atau salah cara duduk? Entah.

Lepas tu teringat pasal koyok tu la. Nak try la tampal. Mintak la sekeping kat si Ina. Sekarang Panadol pun da ada koyok tau. Haha. Sekali tampal, wahh sedap. Berangin, sejukkkk. Memang layan, sampai mata nak tertutup, mengantuk.

Keesokannya, sebelum memulakan sesi mandi haruslah buang koyok tu kan, nanti air mandi tak sampai ke kulit pulak. Ewahh :p

Sekali baru aku start tarik sikit... Waaaa!!!! Sakittt hoii!! Tarik sikit-sikit lagi memang ternyata sakittt. Patutla si Ina kata malam tadi kena tarik laju-laju. Tapi aku rasa sama je sakit nya. Waaaa!! Last-last aku tarik slow-slow jugak, tahan air mata je la.. Lepas habis tarik, memang banyak la bulu roma aku melekat kat situ. Ye, aku memang seorang berbulu roma. Kahkah.

Waaa rasa serik dah nak pakai koyook dah, tapi nak pakai lagiiiii. Hurmmm.


*Menatang ni la yang telah mencurik bulu aku. Tapi sedap. Hehhh.


P/s: Rasa diri dah tua.