Pocong dan Plastik

Malam tadi malam seram. Patutnya malam Jumaat adalah malam romantik kan? (Untuk yang dah ada laki je la). Haha. Kenapa seram? Sebab malam Jumaat lah TV3 tayang cerita seram. Malam tadi layan cerita baru tu, Amukan Pocong dengan budak rumah. Baru je start, baru je tunjuk sedutan minggu lepas dah ada yang menjerit lari terus tutup muka dengan bantal. Haha.

Boleh tahan jugak cerita tu. Kalau dah cerita hantu melibatkan pocong memang seram. Tapi cerita pocong Indon banyak yang kelakar pulak dah. Haha.

Boleh pulak pocong dalam cerita tu digandingkan dengan hantu plastik (suka hati kasi nama hantu. Hehe). Tapi seram jugak, bila hantu plastik tu golek-golek, siap ada bunyi-bunyi plastik lagi. Cuba tiba-tiba malam korang duk sorang kat rumah ada bunyi-bunyi plastik tu? Cuba bayangkannnn. GIla Seram!

Tapi setakat episod dua dah ni tidak mengecewakan la. Ok la suspen nye, mekap hantu pun reallll. Macam mana la agaknya pelakon tu rasa kena balut ngan plastik, mesti berkuap panas je kan. Hehe.

Kena terus tengok ni untuk tau apa masalah pocong tu. Haha. Untuk lebih lanjut bolehlah google dia punya sinopsis ok!


Hambik kau!

No comments:

Post a Comment