My New Bestfriend

I have a new bestfriend,
Her/His name is Yeyel.

Ya memangggg, aku pun tak tahu jantina dia. Haha.


Anyway, welcome to my life, Yeyel.
Please be nice to me.
Don't break my heart.
I love you.


Kehkehkeh.




P/s: Bik sayam, jangan jeles! Hehe

Doa


Wahai Tuhanku, lapangkanlah bagiku, dadaku.
Dan mudahkanlah bagiku, tugasku.
Dan lepaskanlah simpulan dari lidahku.
Supaya mereka faham perkataanku.

-Surah Taahaa, ayat 25 hingga 28




Pocong dan Plastik

Malam tadi malam seram. Patutnya malam Jumaat adalah malam romantik kan? (Untuk yang dah ada laki je la). Haha. Kenapa seram? Sebab malam Jumaat lah TV3 tayang cerita seram. Malam tadi layan cerita baru tu, Amukan Pocong dengan budak rumah. Baru je start, baru je tunjuk sedutan minggu lepas dah ada yang menjerit lari terus tutup muka dengan bantal. Haha.

Boleh tahan jugak cerita tu. Kalau dah cerita hantu melibatkan pocong memang seram. Tapi cerita pocong Indon banyak yang kelakar pulak dah. Haha.

Boleh pulak pocong dalam cerita tu digandingkan dengan hantu plastik (suka hati kasi nama hantu. Hehe). Tapi seram jugak, bila hantu plastik tu golek-golek, siap ada bunyi-bunyi plastik lagi. Cuba tiba-tiba malam korang duk sorang kat rumah ada bunyi-bunyi plastik tu? Cuba bayangkannnn. GIla Seram!

Tapi setakat episod dua dah ni tidak mengecewakan la. Ok la suspen nye, mekap hantu pun reallll. Macam mana la agaknya pelakon tu rasa kena balut ngan plastik, mesti berkuap panas je kan. Hehe.

Kena terus tengok ni untuk tau apa masalah pocong tu. Haha. Untuk lebih lanjut bolehlah google dia punya sinopsis ok!


Hambik kau!

love, friends



Three things of life that are most valuable -
Love, self-confidence & friends


Credit to,

John Carter Si Hensem

Semalam, sempat jugak si bikbik perut besar tu paksa ajak pergi tengok wayang. Aku macam biasa la kalau tak ada filem yang dah target awal nak tengok, mesti rasa macam malas je. Lagi-lagi duit tak ada kan. (Itu yang sebenarnya, haha). Tapi semalam pergi jugak lah tengok cerita John Carter, 3D. Bagus, habis duit tahu? Serius tak tau cerita pasal apa tu, tengok gambar macam cerita orang zaman gajah besar gading panjang tu. Haha. So dalam kepala otak kata mesti tak best!


Nasib baiklah hero hensem, so teruskan tengok dan paham. Tapi dah separuh cerita pun aku tak paham lagi tahu tak? Gila lembab otak. Sampai dah nak habis baru paham, jadi harus eksaited. Tapi dah nak habis pun, tak guna juga. Sobss.


Secara keseluruhan, memang best hoi!! Patot la tengok kat FB ramai kata best. Aku tau cerita ni based on Novel A Princess of Mars oleh Edgar Rice Burroughs (baru tahu pun selepas tengok credit akhir movie, hehe). Sekali tadi google rupa-rupanya novel ni adalah novel yang diterbitkan seratus tahun dulu, iaitu pada tahun 1912. Terel betul orang dulu-dulu punya imaginasi kan? Sedap lak tu kasi nama Marikh, Bumi dan planet lain. Nama puak-puak pun sedap, Hehe. Ni percubaan pertama pengarah Andrew Stanton untuk mengarahkan filem bercorak live-action. Sebelum ini hanya dikenali dengan filem-filem animasi 3D seperti Finding Nemo dan WALL-E.

Jom baca sinopsis,
John Carter, seorang tentera berpangkat Kapten ketika Perang Saudara di Amerika pada penghujung dekat 1880-an telah kehilangan isteri dan anaknya dalam satu tragedi kebakaran. Kehilangan ini menyebabkan Carter berubah dan tidak mahu lagi terlibat dalam sebarang peperangan. Dia kini lebih gemar mencari kekayaan dan memburu emas.

Pencarian emas telah membawa Carter ke sebuah gua yang tanpa disedari, merupakan satu pintu khas yang boleh membawanya ke Marikh. Setibanya di Marikh, Carter mendapati dirinya mempunya kemampuan dan kekuatan luar biasa. Namun kerana masih belum dapat membiasakan diri, dia menjadi tawanan kaum Tharks.

Di luar pengetahuan Carter juga, dua komuniti terbesar di Marikh, Zodanga dan Helium sedang berperang. Puteri kerajaan Helium yang terlihat kemampuan luar biasa Carter, kemudiannya merancang untuk menggunakan Carter sebagai aset utamanya dalam memerangi peperangan ini.

Konflik yang berlaku menyebabkan Carter berbelah bahagi sama ada ingin mencari jalang pulang ke Bumi atau membantu Helium memerangi Zodanga kerana pada masa yang sama, dai telah jatuh hati dengan Puteri kerajaan Helium.


Info menarik - Kegagahan dan keperwiraan Carter adalah berpunca dari graviti, cuaca dan keadaan Marikh yang berlainan dengan Bumi. Di Marikh, Carter mempunyai kekuatana luar biasa (dia mampu membunuh seekor makhluk asing dengan satu tumbukan) serta kecergasan dan lompatan luar biasa (boleh melompat lebih tinggi bangunan 10 tingkat).

*Si hensem sebelum nak melompat la ni. Hehh

"John Carter" dibarisi oleh Taylor Kitsch, Mark Strong, Lynn Collins, Willem Dafoe dan Thomas Haden Church. (Aku ingat ke Jared Leto, hehe mata dah rabun pakai spek 3D. :P)


P/s : Rupa-rupanya makhluk asing tak terel mana pun. Haha. Owh Seefood tak tengok lagi, tak ada sesiapa nak teman ke? Waaa. Lepas ni target nak tengok Mirror Mirror pulak, feeling Snow White giteww. Hehe.