Safe House

Ahad hari tu tak da aktiviti lain, jadi terus ke GSC Pavilion nak tengok movie. Padahal tak plan pun nak tengok movie apa kan. Tengok skrin list movie dan masa tayangan yang sesuai time tu memang macam tak ada apa yang menarik minat pun. Tak kan nak tengok Hantu Dalam Kicap/Sos Botol? Gila. Selalu cerita kita ni trailer macam menarik SANGATTT, tapi bila tengok full movie boleh jadi kecewa sebab duit dah habis (tambah lagi duit beli popcorn GSC yang manis sedap tu!). Walaupun macam tu kita tetap kena sokong. Tapi duit wayang sokong la sendiri kan. Hehehe.

So tengok ada cerita Safe House. Aku pernah tengok sikit trailer cerita tu. Cerita pasal apa pun tak paham. Haha. So bincang punya bincang dengan Bik, dia kata ok. Kita tengok Safe House! Hehe. Layan.


“You wanna be the guy that lost Tobin Frost?”

Haha gila saiko!
Overall cerita ni memang best, walaupun awal-awal aku macam tak paham ni cerita pasal apa. Tapi nasib baik si Ryan Reynolds hensem belakon, jadi semangat tengok! Lalala. Denzel Washington? Tak payah kasi tau la, dia memang great actor. Thumbs up!!

Secara kasar cerita ni pasal si Tobin ni tau banyak rahsia rasuah dalam kerajaan. So CIA pun buru la dia ni. Masa dalam tahanan dalam Safe House tu tetiba kena attack dengan orang yang nak buru si Tobin ni. Si Matt ni pulak kira macam penjaga rumah rahsia tu la. So dia macam jadi tanggungjawab untuk lindungi Tobin ni, then dibawa ke sencond safe house. Dalam perjalanan tu macam-macam jadi. Watak Tobin serius cool gila sampai mati pun. Tak kalut langsung kot. Haha. Macam biasa, dah agak mesti ada dalang dalam pegawai kerajaan yang rasuah tu sendiri la kan, that's why they keep attack Tobin untuk ambik satu bukti yang ada dalam tangan Tobin. Ok la cerita macam ni, kasi berdebar-debar je. Lagi-lagi camera motion yang buat real time tengah tembak-tembak tu. Macam ko sekali main tembak-tembak dengan pakcik Tobin. Haha.

“Remember Rule #1: You are responsible for your house guest. I’m your house guest.” -Tobin Frost

Hye Matt Weston! Hewhewhew



Selamat menonton!




No comments:

Post a Comment