kening

Tiba-tiba perasan dan terasa penat bila sentiasa mengerut kening. Haduh, sebenarnya tak elok tu, tapi macam spontan je benda ni, tak sedar pun ketika sedang melakukan kerja, saya MESTI ter-kerut kening. (macam pelik je ayat ni haha). Kena praktis untuk tidak melakukan itu lagi.


"Elak dari mengerut kening ketika Anda sedang merenung, sedang berfikir atau ketika sedang melihat pada sesuatu misalnya skrin komputer atau skrin projektor. Jangan biaskaan diri mengerut kening sebab pergerakan otot kening ketika dikerutkan akan membuat Anda tertekan. Hal ini akan menyebabkan minda Anda terlalu fokus. Bila sudah terlalu fokus, tak ada ketenangan sebab minda Anda dipengaruhi oleh kerisauan dan kekelamkabutan. Sebaiknya, saat membaca sesuatu, merenung atau memikirkan sesuatu, cuba relaks. Bawak diri bertenang."

60km/j

Ada jalan raya yang lurus dan lengang, tetapi had laju adalah 60km/j. Aku dah tau kat mana, memang akan jadi jalan berhantu pada aku sebab dah dua kali kena tembak kat situ. Gila. Macam tak masuk akal. Siapa nak memandu 60km/j kat situ? Entah-entah babi-babi lari berkeliaran keluar dari hutan tepi jalan tu pun mampu bergerak lebih laju dari kereta vintage biru aku tu kot?


Akhir kata,
budus!


Oh maaf, hati aku masih panas walaupun dalam pejabat ni macam dah negetif tiga darjah celcius!


Grrrrrr!



P/s: babai BB! :(

Safe House

Ahad hari tu tak da aktiviti lain, jadi terus ke GSC Pavilion nak tengok movie. Padahal tak plan pun nak tengok movie apa kan. Tengok skrin list movie dan masa tayangan yang sesuai time tu memang macam tak ada apa yang menarik minat pun. Tak kan nak tengok Hantu Dalam Kicap/Sos Botol? Gila. Selalu cerita kita ni trailer macam menarik SANGATTT, tapi bila tengok full movie boleh jadi kecewa sebab duit dah habis (tambah lagi duit beli popcorn GSC yang manis sedap tu!). Walaupun macam tu kita tetap kena sokong. Tapi duit wayang sokong la sendiri kan. Hehehe.

So tengok ada cerita Safe House. Aku pernah tengok sikit trailer cerita tu. Cerita pasal apa pun tak paham. Haha. So bincang punya bincang dengan Bik, dia kata ok. Kita tengok Safe House! Hehe. Layan.


“You wanna be the guy that lost Tobin Frost?”

Haha gila saiko!
Overall cerita ni memang best, walaupun awal-awal aku macam tak paham ni cerita pasal apa. Tapi nasib baik si Ryan Reynolds hensem belakon, jadi semangat tengok! Lalala. Denzel Washington? Tak payah kasi tau la, dia memang great actor. Thumbs up!!

Secara kasar cerita ni pasal si Tobin ni tau banyak rahsia rasuah dalam kerajaan. So CIA pun buru la dia ni. Masa dalam tahanan dalam Safe House tu tetiba kena attack dengan orang yang nak buru si Tobin ni. Si Matt ni pulak kira macam penjaga rumah rahsia tu la. So dia macam jadi tanggungjawab untuk lindungi Tobin ni, then dibawa ke sencond safe house. Dalam perjalanan tu macam-macam jadi. Watak Tobin serius cool gila sampai mati pun. Tak kalut langsung kot. Haha. Macam biasa, dah agak mesti ada dalang dalam pegawai kerajaan yang rasuah tu sendiri la kan, that's why they keep attack Tobin untuk ambik satu bukti yang ada dalam tangan Tobin. Ok la cerita macam ni, kasi berdebar-debar je. Lagi-lagi camera motion yang buat real time tengah tembak-tembak tu. Macam ko sekali main tembak-tembak dengan pakcik Tobin. Haha.

“Remember Rule #1: You are responsible for your house guest. I’m your house guest.” -Tobin Frost

Hye Matt Weston! Hewhewhew



Selamat menonton!




Kalendar 2013


Sekarang aku tengah search Kalendar 2013. Haha gila awal kan nak decide date kahwin. Bukan apa, senang sikit kot. Memang dah tanam niat nak start sikit-sikit untuk majlis. Tak nak serabut dah. So, start bulan depan dah kena berkira-kira preparation untuk wedding. Every month, kena setel untuk satu benda. InsyaAllah.

Tapi, sampai sekarang aku tak jumpa lagi Kalendar 2013 yang lengkap, kalendar yang ada detail minima pasal cuti-cuti awam je banyak la jumpa. Aku nak kalendar yang ada tarikh-tarikh cuti sekolah sekali. Tadi dah jumpa, gila semangat aku tengok, sekali baru perasan kalendar negara Afrika ke ape entah. Haha. Tu la plan nak buat majlis time cuti sekolah, so mudah untuk saudara mintak cuti kan.

Erm, anyone yang terjumpa link kalendar, sila kasi tau ye.
Thanks :)



p/s : Aku seorang programmer sejati. Sungguh!

Selamat Hari Lahir Kawan!


Today is Valentine's Day?
Serius, aku tak pernah nak ambik tau. Tak terpikir pun hari ni Valentine. Tengok main page google tadi baru tau. So tak payah la nak beria-ia nak wish kat orang tersayang. Kalau kamu google pasal sejarah valentine hari ni, memang kita sebagai Muslim tak payah nak sambut pun, bukan cara kita. Kan bagus tiap-tiap hari adalah hari kasih sayang, tak perlu pun tetapkan satu-satu tarikh. Konon special lah hari ni? Cit!


Yang paling aku ingat bulan Februari ni adalah bulan lahir kawan baik aku - Rasidah Md Ridzuan. Hari lahir dia semalam 13 Februari. Dia kawan baik, sahabat baik, saudara baik, semua lah yang baik untuk aku. Syukur ada dia dalam hidup aku, dari umur 9 tahun kenal dan rapat. Cuba kira dah berapa tahun dia jadi yang terbaik untuk aku? Hehe, lama dahhh.


Happy Brithday BFF, love you!

Taman Tasik Taiping :)





Credit to,
*please LIKE their page, any inquiries please do contact them.
Mereka sangat gila-gila, best! Trust me. ;)



We love it!
:)


Baru!

Aku sekarang sudah berada dalam komuniti yang baru, persekitaran pun mesti lah baru kan. Lagi-lagi orang-orang sekeliling pun baru jugak. Tentang persekitaran aku tak berapa kisah sangat, tapi sangat kisah dengan orang-orang yang baru kenal ni la. Strategi aku adalah dengan melihat perangai mereka ini, maka aku hanya melihat dan kurangkan berinteraksi. Saja, nak tengok mereka ini macam mana. Setakat ni semua ok, tapi biasalah masih tidak serasi. Baru lagi agaknya. Tak apa, aku tak kisah sangat kalau sampai lama nanti pun masih berkeadaan seperti ni.
Sebab,

tujuan penting aku ke sini adalah untuk,

mencari duit nak KAHWIN!


Hewhewhew

Eh?

Eh, haii!

:)