Syukur

Kita tak tau apa yang telah Allah tentukan untuk kita,
apa rezeki kita akan datang,
apa nasib kita akan datang,
siapa jodoh kita akan datang,
semua kita tak tahu.
Hanya berdoa yang terbaik untuk kita.
Aminnn.



Esok aku akan memulakan hidup baru, suasana baru. Tapi untuk permulaan ni aku rasa macam masih samar-samar, banyak masalah belum selesai. Masih kelam-kabut. Aku harap jalan yang aku pilih ni adalah betul, sesuai untuk aku. Untuk masa depan aku, walaupun aku harapkan yang lebih baik daripada ini. Tapi aku hanya mampu berusaha. Apa-apa rezeki Allah bagi aku hanya mampu ucap Alhamdulillah. Syukur.



Terima Kasih

Alhamdullillah

Terima Kasih Ya Allah


Ada rasa lega sedikit, semoga aku tabah.
Amin.




Tolong Aku

Permulaan tahun baru aku untuk 2012 ni agak tekanan la. Macam-macam masalah datang. Sekarang nak masuk bulan Februari ni lagi lah gila. Aku kadang-kadang rasa give up! Tak nak dah buat apa-apa, rasa nak balik kampung duduk dengan mak lagi best. Haha sampai macam tu sekali kan.

Bila problem tengah menggunung mula la rasa tak ada siapa yang ambik peduli. Kenapa entah, padahal ada jugak orang tersayang di sisi, tapi rasa over bad thinking sampai ke limit! Gila. Nanti betul-betul orang tak ambik peduli baru kau tahu kan. Sudah! Stop it penghasut (setan!).

Aku harap benda tak best ni kejap je la. Semoga kesenangan aku akan tiba tak lama lagi. Kadang-kadang terfikir mungkin Tuhan nak duga aku, tak pun balasan aku kadang-kadang terlupakan Dia. MasyaAllah.


Ya Allah, tolong aku tolonggg.

Tidak Sedar


Ada manusia yang kononnya pandai, dan perasan diri adalah seperti malaikat. Lantas suka menegur orang lain yang membuat salah dengan cara yang tidak betul. Padahal orang-orang yang paling dekat dengannya itu adalah seperti *^%%$^&!

Kesian, dia tidak sedar. Dia ditipu.

Sila bangun, celikkan mata. Lihat orang kesayangan disekeliling kau.
Masih buta dan tidak sedar?



Semoga Allah merahmati kita semua.
Amin

MySimpleEngagementDay - Door Gifts & TQ Tags

Kenduri hari tu kasi doorgift yang murah-murah saja. Biasa lah budget ciput kan. Mati la kalau nak kasi yang class saja. Mana ada duit weyh! Janji kasi, tanda ingatan orang sanggup datang kenduri rumah kita ni.

Tapi bagus jugak kasi barang yang ciput-ciput ni, tak ada la saudara mara yang buruk perangai ambik banyak tak peduli orang belakang dah. Sampaikan ada aksi siap dah pegang door gift tu nak ambik la kan, lepas tu letak balik sambil kata 'eh, tak nak la ambik, tak lawa!' See? Buruk perangai kan? Kalau yang lawa, siap angkut banyak kasi sorok bawah katil. Cis.

Walau apa pun, aku puas hati jugak. Ini door gift semua main campur-campur. Kejap beli ini sikit, lepas tu keluar pergi kedai jumpa yang lain datang idea lain, so tambah beli lagi. Itulah perangai mak saya. Semua ni idea dia la. Dia memang suka bab-bab kenduri ni. Hehe. I love U mama!


Mula-mula beli souvenir ni, time tu kat Ayer Itam, Johor lepas habis konvokesyen. Macam tak tahu Ayer Itam kan berlambak benda-benda macam ni, dah la murah. So, rembat la 100 bijik. Kasi sumbat dalam bonet kereta kecik.
So proses ikat riben dan bunga. Letak jugak TQ tags. Done!




Ingat dah la kan 100 bijik tu kasi kat orang tahlil dan famili si tunang, sekali keluar ke mall tengok ada sapu tangan murah, dah la murah tebal dan sweet pulak tu. So my mama kata 'eh, beli la ni, kita kasi kat kawan-kawan mak'. Ha, oke. Beli lah mak. Dapat beli dalam 50 helai.
Balik rumah kasi lipat-lipat jadi macam ni, dan done!




Lepas tu dah tinggal berapa minggu nak kenduri tu, mak pergi Ipoh pulak hantar adik. Sekali boleh pulak singgah kedai-kedai pengantin ni. Dah dapat rembat lagi 50 bijik benda ni. Beli lah mak. Hehe.
Ini pun kasi hias riben dan TQ Tag. Untuk letak telur dalam tu. Ini untuk orang yang masuk bilik salam dengan pengantin saya. Kehkeh.





Haha banyak jenis kan? Pening kepala.




Untuk door gift semua letak dalam paper bag ni. Pun murah. Memang aku cut cost habis-habisan. Punya tak nak membazir kan, so duit lebih buat kenduri kasi orang makan sedap-sedap. Betul tak?


Oh lupa, ada tambah buah lai, kuih-muih dan choc cupcake letak dalam goodie bags ni. Buah lai tu beli banyak so memang kasi kat tetamu lain jugak. Aku beli plastik bunga-bunga kiut kat Daiso saja, so letak buah tu dalam tu. Senang.

Ini budak sebuk je. Hehe. Nasib baik kiuttt.



TQ tags lak aku design sendiri. Design 10 minit punya kerja, lat minit so jadi macam tu. Gila simple kan. Lantak. Haha.

*Hehe Kak Midah is my mom. Satu Taman panggil nama tu, kena la taruk nama mak, nanti orang tengok balik souvenir tu tau la kan. 'Owh, ni dapat dari rumah Kak Midah lorong 20 tu, makan dah la sedap, kenyang peruttt besarrr.'
Haha.



Itu sebablah saya panggil ini 'My Simple Engagement Day'.
Sangat simple.
Oke, tu je.
Ta-ta

MySimpleEngagementDay - Hantaran

Eh, baru sekarang rasa nak update pasal My Simple Engagement Day. Boleh tak? Ke dah basi? Haha. Peduli apa kan, ni blog aku, so suka hati. Hanya untuk simpan memori untuk diri sendiri saja. Hewhew :D

Rasa-rasa nak reveal pasal hantaran dulu la. Hantaran yang agak simple, budget sedang-sedang saja sebab suruh kakak sepupu yang tolong buatkan. Aku macam tak ada masa nak setel benda ni la. Tapi kalau aku yang buat mesti macam lagi simple dan murah. Memang dasar kedekot (sebenarnya tak ada duit, haha) nak buat macam mana. :') Ni memang aku kasi duit, memang kakak sepupu yang setelkan semua. Dari beli barang, gubah semua dia yang buat. Aku minat nak buat tapi memang tak ada masa. Kerja kerja kerja. Damn! Nanti time kahwin hopefully akan ada masa buat sendiri. Yeay!

Tema majlis aku ni macam campur kot. Haha. Baju warna peach, hantaran konon nak peach jugak tapi dapat warna macam kuning cair. Bolehlah. Kira macam warna soft, pastel la gitu. Aku suka. Lantak la orang nak kata nampak dull ke apa kan. Suka hatilah.

Jumlah hantaran? Entah tak kira. Tapi yang betul aku sediakan macam dalam sebelas kot. Yang lain orang bagi. Berpuluh jugak la. Alhamdulillah. Dah orang bagi kita masukkan sekali dalam hantaran. Berkat. Syukur.


Some of the hantarans. Very the lembut.


Hantaran untuk tunang kami bagi barang yang biasa-biasa je dulu sebab nanti kawen akan bagi hantaran lagi. Time kawen baru bagi barang yang extreme gila (Ya lah tu. Haha).


Ini sejadah. Moga-moga rajin solat. Amin. Sejuk perut ibu mengandung.

Ini tuala. Moga-moga rajin mandi.

Ini kain baju melayu untuk raya. Bolehlah pergi tempah sekarang. Awal gila. Haha.

Biskut yang paling femes!

Coklat

Biskut raya

Kuih raya.

Cupcake buatan Mak dan apam polkadot Makcik Jiran kasi.

Epal merah sejenis

Ini campur orang kasi. Kasi angkut sekali.


Oke, tu je la. Biasa-biasa je. Letak sikit je sini, kang letak semua mau penuh entri ni kan. :). Oh, bunga tu nampak macam fresh flowers kan, padahal ianya bukan! Itu fakta, jadi harus percaya.

Ta-ta!
:)


HB


Sekarang trend orang wish birthday just type HB saja kan? Cuba kalau verbal, kena cakap H-B ke? Haha. Pemalas betul nak taip penuh Happy Birthday kan? Lepas ni kalau nak wish Congratulations just type C saja. Boleh? :p

Saja buat entri pasal birthday pagi ni sebab hari ni birthday tunang saya, Muhammad Fairus. Tengah malam tadi konon kunci jam pukul 11.57pm la sebelum 12:00am nak wish tepat-tepat. Lastly, dengar bunyi loceng sayup-sayup je. Mata tutup lagi, tapi selepas sentengah jam baru otak berfikir 'oh, kunci jam tadi nak wish besday bik lah! Bangun-bangun!'. Taip-taip mesej, kasi mesej jiwang sikit dan send. Ingat nak call je tapi kesian, malas nak kacau dia tidur. Tapi rasanya kalau call pun mesti die tak angkat dasar tidur mati kan. Haha.

Sori sayang, terlewat wish setengah jam. Harap bi masih orang pertama yang wish. :')


"Only special people receive birthday messages from me. And you have always been that special one. Wish you a very Happy Birthday! I love you."


Semoga panjang umur, murah rezeki, dapatlah makan banyak lagi.
Haha.



p/s : Sayang, present kasi postponed dulu ye. ;p

Si Hitam Manis

Sedang seronok scroll timeline saya yang baru dipublishkan,
tiba-tiba terjumpa ini.

Owh, si hitam manis.
Jadilah..


Memperkenalkan tunangan saya,
Encik Miki Holic,


hewhewhew



Selamat Tinggal


Jika anda diberi pilihan kerja di;


a) Sebuah syarikat swasta yang sederhana dan mempunyai hanya beberapa orang staff. Gaji juga sederhana,

atau,

b) Sebuah syarikat swasta yang besar dan ramai staff. Gaji boleh tahan, banyak benefit.



Mana satu pilihan anda? Tentu pilih 'b' kan?

Boleh pulak encik bos di syarikat swasta pilihan 'a' itu bertanya,
'kenapa? Awak tak percaya pada company ni ke? Rasa tak boleh pergi jauh ye?'

Dalam hati pekerja tersebut
'hak aku kot', so?'


Terima kasih majikan kerana telah menggajikan pekerja tersebut selama ini, terima kasih kerana telah memberi peluang menimba pengalaman, terima kasih.
Dan selamat tinggal!


comes along




"Love is just a word until someone comes along and gives it meaning"





Credit to,
and


Azam Baru


Sudah berapa hari dah masuk tahun baru 2012. Sekarang baru terfikir nak buat azam walaupun azam dulu tak ada la seratus peratus tercapai. Rasa macam malas nak berazam-azam ni, tapi macam tahun ni lain sikit, macam best pulak sebab banyak benda baru akan dilalui. Perghh ayat tak tahan kan. :)


Antaranya,

Tahun ni nak kerja betul-betul, nak kumpul duit betul-betul, tak nak membazir betul-betul, nak beli kereta betul-betul, nak berubah betul-betul, nak jadi anak yang baik betul-betul, nak jaga hubungan dengan tunang betul-betul dan lain-lain lagi yang betul-betul semuanya. Haha. Ntah apa-apa.


Supaya azam-azam tersebut betul-betul tercapai.
Amin.



Gatai


Sekarang ni otak ligat berfikir,
'nanti nak kawen nak buat warna apa ya?'

Haha padahal lambat lagi kan?


Eh, nak pergi google kejap la.
Gatai!




Darah Manis Ke?




"Hang sekarang dah darah manis tau, kalau boleh cepat-cepat la langsung tu"


Yang tu ayat dari ramaiiiii orang untuk aku sekarang. Aku pun iyakan je la. Sedangkan aku tak paham pun apa maksud tu. Apa darah manis tu? Aku rasa macam hanya satu ungkapan la untuk orang lepas bertunang. Tak ada maksud apa-apa pun kan. Tapi tadi tiba-tiba macam rajin aku google la, masuk blog orang lain. Dorang cerita pengalaman dorang sedang darah manis (lepas bertunang).

Oh My Gucci! Sangat mengerikan dan menakutkan okeh! Dan aku tiba-tiba pun jadi takut. Baca pengalaman dorang, ada yang eksiden teruk, ada yang jatuh tangga, demam denggi, gaduh dengan fiance, menyampah tengok muka fiance (haha over tau!), dan macam macam macam macam macammmm lagi. Erkkkk. Patotla orang kata tak elok sangat tunang lama-lama. Tapi kalau dah duit tak cukup lagi macam mana? Hehe. :)

Entahlah, nak percaya ke tak kan. Bagi aku orang-orang tua cakap macam ni sebab nak ingatkan kita to take care of ourself kan. Sebelum atau lepas kahwin pun mesti besar dugaannya. But kita kan ada Allah, semua yang berlaku mesti sudah ditakdirkan olehNya. Wallahualam.

Aku suka satu ayat ni. Ada terbaca selit-selit kat blog sapa ntah,
'masa kita dalam tempoh pertunangan, kita akan tempuh lagi banyak dugaan sebab kita dalam process of doing kebaikan (nak kahwin la tu). So gangguan syaitan tu lagi hebat la, dia akan sedaya upaya untuk gagalkan rancangan kita yang suci tu'

So, jangan benarkan syaitan gagalkan rancangan kita. Fight them, kalau boleh bunuh terus. Haha.


Ya Allah, mudah-mudahan semuanya akan baik-baik belaka. Jauhilah kami dan keluarga kami dari segala musibah. Aminn.


p/s : To sayam, please take a good care of yourself, remind for myself also. I love u.

Miss Lovato


"For every beauty there is an eye somewhere to see it." - Demi Lovato




She's damn hot now!





We're engaged!




Now we're officially engaged!

Macam tak percaya! Hehe.


Terima kasih famili, terima kasih kawan-kawan sebab banyak menolong.
Terima kasih sangat-sangat!

Kenduri berjalan lancar.
Makanan cukup (walaupun nasik tak cukup siap tambah masak empat periuk lagi. hehe).
Makanan sedap (tetamu la cakap, saya rasa satu lauk saja selepas selesai kenduri, lauk pun habis cukup-cukup saja.).
Alhamdulillah, memang niat nak bagi tetamu makan puas-puas.

Ada perkara yang tidak puas hati untuk majlis ni jugak, tapi tak apa. Perkara kecik je. Nanti nak kenduri kahwin kena plan awal-awal, walaupun lambat lagi.
InsyaAllah, aminnn.


Nanti saya update lagi cerita majlis. Terlupa pulak nak copy gambar dari kamera sendiri, tertinggal di kampung. Waaaa. Tak pa, sementara ni cilok dulu gambar dari kemera famili boipren, eh silap! tunang lah.. Hehe. Maaf tak biasa lagi panggil tunang. Kena berlatih dari sekarang. Haha.