Tun M

TAHUKAH ANDA??

1. Dia lah yang menggerakkan negara islam yang lain untuk membantu Bosnia & Herzogovinia ketika umat islam disana disembelih oleh pengganas Serbia.

2. Dia juga lah yg menghantar ratusan komando Malaysia yang dibawa masuk secara sulit ke Bosnia untuk membantu saudara seIslam ketika era pencerobohan dan pembunuhan beramai-ramai umat Islam di Bosnia ketika itu. “Kalau negara Arab ini tidak datang membantu, kita hantar sahaja askar kita,” - Tun Mahathir.

3) Dia juga lah berpakat dengan kerajaan Sultan Brunei menyediakan jumlah dana yang berjuta dollar untuk membeli senjata dan peluru anti kereta kebal untuk tentera Islam Bosnia.

4) Dia lah yang pernah menangis ketika melawat Bunker yang menjadi pejabat Yasser Arafat di Palestine.

5) Dia juga lah pemimpin islam yg Yasser Arafat hubungi meminta bantuan dan pertolongan ketika diserang oleh rejim zionis.

6) Dia juga lah yg mempertaruhkan nyawa isterinya,Tun Dr Siti Hasmah menaiki pesawat ke Baghdad membawa bantuan kemanusiaan kepada umat islam demi untuk melepaskn sekatan Amerika Syarikat.

7) Dia lah yang digelar MahaFiraun dan dia jugalah yang lantang mengutuk kekejaman Yakjuj Makjuj / Zionis ke atas umat islam serta mempertahankan islam dimata dunia.

8) Dia lah yang berusaha keras, tak hanya duduk berdoa tanpa berbuat apa2.

9) Dia lah yang ketika saudara islam yang berlainan parti mendoakan kecelakaan untuknya. Tapi dia diizin oleh Allah SWT masuk ke dalam KAABAH.

10) Dia jugalah pernah ditembak dan mengorbankan jawatan tertinggi yang beliau ada bagi menyelamatkan umat Islam di Bosnia.

Malah beliau kini dianggap sebagai seorang pemimpin dunia yang berjaya meskipun memimpin sebuah negara yang kecil. Beliau bukan hanya berjaya Memerdekakan negaranya dari semua segi, tetapi berusaha memerdekakan negara-negara lain dari belenggu falsafah pembangunan yang dijana dari barat yang jelas muflis idealistiknya..

Siapa dia? Ya.. dialah..

TUN DR MAHATHIR BIN MOHAMAD, Bekas PERDANA MENTERI MALAYSIA dan manusia yang dihormati UMAT ISLAM dan PEMIMPIN ISLAM seluruh dunia. Thanks Tun!
- Copied, straight from Facebook


Aku respek Tun M, tak kisah apa haters duk kata pasal Tun M, sebab orang yang bodoh dan negatif memang akan selalu tengok keburukan lebih daripada tengok kebaikan. Kita semua manusia, tidak sesempurna mana pun.

Sangat bertuah dapat berjumpa dengan Tun M hari tu. Semoga Tun sihat selalu. 


p/s : Doakan kesejahteraan saudara kita di Gaza. Semoga Allah merahmati kita semua. Amin.

Raya Kelmarin

Herloowww!

Lama tak jumpa sebab lama tak update belog ni kan? Hormon pemalas dah sampai, rasa macam nak tutup belog ni pun ada. Tapi tak sampai hati. Muahaha.

Hari ni dah 02 Zulkaedah 1433, tetapi izinkan hamba meng-hapdet gambar-gambar ketika bulan Syawal yang lepas. Dah basi pun.

Saya dan anak kesayangan. So cute little Amani. and my other anak saudara. Much Love!!
Raya with Kesayangans! My Tunang, Bestfriend and bakal adik-adik ipaq. Owh, itu adalah Tok Cik Jz  (tumpang kasih sayang Tok) Hewheww
Oh yeah, congrets to Bik's bestfriend for his wedding. Seronokss! ;p

Raya saya adalah biasa saja. Baju raya pun tak ada. Kesian kan. Haha. 

Ramadhan 1433

Sepanjang bulan Ramadhan ni tak ada peluang sangat nak pergi berbuka tempat special pun. Tempat biasa saja. Tapi oke lah, dapat juga berbuka dengan kesayanganss. Hehe.

Aku tempek gambar sajalah. Buat kenangan. :)


Di Nandos Pavilion. Sebab sebelum tu ternampak iklan ayam peri-peri. Memang berkesan lah korang letak iklan besar-besar kan. Haha.
Ini lepas berbuka kat Nandos tu, tengah malam pergi carik nasik jugak. Kat Red Chair, Setapak. Ini sedap, puas hati.
Berbuka dengan Uni-mate. Lama tak jumpa, tapi beberapa kerat saja yang dapat menghadirkan diri. Hehe. Ini di Shah Alam, Restoran Molek (kot?)
Ini pun geng Uni-mate (dan juga roomate saya juga sorang tu). Makan nasik arab di  Restoran Kalbab & Biryani, Presint 15 Putrajaya.
Ini dengan Tunang kesayangan yang suka kasi aku marah. Haha. Buat perangai ngen memang kelebihan dia. 

Selamat Berpuasa, tinggal 3 hari saja lagi. 
InsyaAllah raya hari Ahad 19hb. Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir Batin.

Esok pagi balik Taiping. Wooo woo wooo balik kampunggggg. Heh~




Arsenal Tour 2012

Hari ni aku macam lapang sikit. Dan macam rajin sikit. Sikit sajalah kan. Huahua. Makanya, dengan rajin sedikit itu aku pun meng-edit gambar lama. Sepatutnya gambar semua tu boleh buat banyak entri dah, tapi apakan daya. Busy pun ye jugak.


Jadi, ini entri pasal Arsenal Tour bulan lepas (23-24 July), patutnya aku dah lama update, tapi malas punya pasal. 


Tak nak lah taip panjang-panjang, aku nak tempek gambar hasil collage aku saja. Senang, susun gambar banyak-banyak sekali gus!


p/s : COYG! All the best for this new season. :)

imej #1


Minggu terakhir Ramadhan

Last post hari tu adalah Ramadhan ke-tiga. Hari ini adalah Ramadhan ke-duapuluhempat sudah. Punya lama tak update, pemalas! 

Amacam? Dah feeling mood raya kah? Aku dah feeling mood nak cuti dan balik kampung saja. Hahaha.


Selamat Berpuasa untuk minggu terakhir ini.
Semoga diberkati. Aminn.


Ramadhan ketiga

Hari ni sudah 3 Ramadhan 1433,
23 Julai 2012.

Selamat berpuasa kawan-kawan.


Kita berusaha untuk jadi lebih baik, tapi janganlah terlalu riak. Segala amalan dihebahkan, dibanggakan, bagi semua orang tahu.
Bagus ke tu? Biar Allah sajalah yang tahu dan menilai amalan kita.


Nota untuk diri sendiri juga.

The Super Spiderman and My Spendaman :p

Minggu lepas pergi lepak KL. Ingat tak nak hangout sebab malas, tapi Bik Gumok ajak jugak. Kata rindu la apa la, padahal last jumpa hari Isnin ritu balik dari kampung sekali. Konon romantik la kata rindu rindu tu? Tak rasa apa ponn. Haha.

Ok la keluar, aku pun memang tiba-tiba teringat misi cari jersey Arsenal. Semangat tau, bila lagi nak pegi cari kan, weekend ni dah start puasa. Hari Isnin dah start training dan Selasa adalah game! Weuhuu!

Tapi sekarang ni dah buntu la nak lepak mana, macam bosan. Selalu terfikir lama-lama dengan Bik nak pergi mana. Last-last tak ada choice terus drive ke Pavilion saja. Haha bosan kot. Tapi redah saja la, boleh usha-usha tengok orang, nak tengok barang dah kurang sen. Haha. Lagipun memang plan nak tengok wayang jugak. GSC Pavilion memang pilihan terbaik, so hari tu tengok Spendaman Spiderman.

Aku kurang follow la cerita Spiderman yang terdahulu. Jadi kurang tahu la sikit. Tapi Spiderman kali ni aku macam excited sebab ada tengok trailer macam best dan pelakon Spiderman adalah hensem (Andrew Garfield) dan heroin cute ( Emma Stone. Eh, kebetulan nama sama, cute pun sama. Wakaka)

Tak payah la aku attach sinopsis kat sini, rasanya semua orang minat dan tahu pasal cerita ni. Tak banyak beza sangat pun, cuma cara garapan saja yang berbeza. Wahh gitteww! Haha.

The Amazing Spiderman
Tengok gambar baris bawah, Bik berimaginasi menjadi Spendaman! Eh.
Hahaha lawak gila! Alahai Milo Dinasorrr.

Kisah Durian Batu Kurau, Taiping, Ipoh, Slim River

Assalamualaikum,
Feeling baik hari ni, haha tak boleh blah. Rasa macam lama tak update belog kan.

Minggu lepas ada balik Taiping. Syok sebab aku ambik cuti Isnin tu. Tapi macam biasa tak boleh rehat sangat kat rumah pun. Mesti ada aktiviti lain.

Sabtu,
Pergi Kamunting, rumah Makcik sebab tengok Pakcik sakit. Kesian. Lepas tu pergi Tesco beli barang rumah kat Mak. Lepas tu terus balik Kampung. Tau-tau la kan sekarang musim durian. Kampung pun di Batu Kurau, memang femes amos la dengan duriannya. Tapi aku tak makan durian, misi aku cari manggis tapi tidak ado! Kecewa.

Sempat pulak Makcik aku tu tanak pulut nak makan dengan durian. Ini namanya Pulut Durian.
Ahad,
Tengah hari bertolak pergi ke Slim River. Kawan Mak kenduri kahwin anaknya, dan anaknya itu adalah kawan aku masa kecik dulu, Birthdate kitorang sama, aku ingat lagi. Haha. Selamat Pengantin Baru Dr Syahid. Lepas kenduri terus gerak Ipoh hantar barang Adik dan melawat Mydin Meru yang baru dan besar. Malam tu pulak, tiba-tiba terasa rajin dan nak makan Red Velvet. Gila mengidam, dan terus buat untuk kali pertama. Jadi dan sedap! Weuhuu~
Nasik minyak kenduri adalah best!
Sampai Ipoh dah!
Typical rumah sewa budak PUO di Taman Cempaka. Haha. Teringat kenangan lama.
Isnin,
Pagi-pagi dah bawak Mak pergi pasar dan kedai. Lepas tu settle kan hal lesen yang dah expired. Kena RM47 hoi. Sebab ada pelarasan ikut birhdate tu kan. Tak pa la, nanti expired tahun 2014. Senang hati. Lepas tu kasi basuh Yeyel yang dah legam. Petang gerak balik, dan tiba-tiba hujan. Kesian Yeyel comot balik. Hehe, tak apalah. Hujan adalah best.
The Taiping! Ini on the way to pekan Taiping, tengah tunggu lampu hijau aku snap sebab teruja ada signboard  jalan baru yang besar itu. Haha.
Kasi Yeyel mandi


Entah bila nak cuti balik kampung yang boleh betul-betul rehat kat rumah entah. Mesti ada aktiviti jenjalan punya. Duit pun jalannnnnnnn.

p/s : aku tak makan durian tapi aku makan tempoyak, cucuq durian, dan paling favorite adalah makan nasik panas ada gulai tempoyak Mak buat beserta sambal tempoyak pedas cicah ulam petai. Perghh!

#GigTriplePlay : Nidji @ KL Live

Sabtu 30 June itu hari ada pergi KL Live sebab nak tengok Nidji punya pasal. Sanggup! Lama tak tengok dorang live. Last tengok dorang live kat Dragonfly, dulu! Lama dah. Bulan berapa ritu dorang ada datang jugak, show kat The Loft tapi tak berkesempatan pergi tengok pon. Sobss. So kali ni haruss pergi la.

Dapat ticket free dari @tv9malaysia. Gigih join. Lagipun macam best sebab ada Hujan dan Bunkface sekali. Penyatuan music dua negara. Isn't that kewll?? Tahniah TV9. It was a great show after all!
Sebelum start gig kitorang lepak bawah dulu, sembang-sembang. Sekali tengok geng Nidji datang. Wah, rileks je dorang. Tapi Giring tidak kelihatan lagi. Yang si Bik ni memang slamber sembang-sembang ngan dorang. Haha. Aku malu, tolong tangkap gambar saja. Then, dorang gerak, kitorang still lepak lagi bawah tu. Dan tiba-tiba Giring pulak sampai. Yang si Bik ni pegi la salam ngan Giring. Dan ya, Giring masih ingat die lagi. Wahaha. Siap cakap Bik dah lain (tak sampai hati dia nak kata gemuk kot. Haha). Dia tanya dah kahwin ke, (die tanya lagi mungkin sebab nampak gemuk kot. Haha), Bik kata baru bertunang dan jemput la datang tahun depan kahwin (macam nak je die datang kan).
Dan Giring sudah kurus, bergaya, hensemmm. Serius hensem! Untunglah bini dia. Ehhh.
Show sangat best, Giring masih energetic! Bik pun energetic tapi sekejap saja. Konon nak moshing, but half way saja terus kata semput, sakit belakang. Sedarlah wahai sayangku, dirimu itu sudah tua. Wakaka. Aku rileks, enjoy the show. Sampai lupa nak ambik gambar banyak-banyak. Memang sungguh enjoi saja.
Kitorang bercinta berlatarbelakangkan lagu-lagu Nidji. Aku ingat lagi 6 tahun lepas Bik nak curi poster Nidji aku. Mana boleh!

Amboi senangnya hidup kau kan??


Aku masih tak faham dengan orang yang suka menyusahkan orang lain ni. Sebab aku sendiri memang tak akan mintak tolong kat orang, sebab aku malu dan takut akan menyusahkan orang tu. Selagi ada jalan yang boleh aku fikirkan, aku akan berusaha untuk teruskan tanpa harapkan bantuan orang lain. Sungguh!

Aku rasa tak pernah aku nak menyusahkan orang lain setakat ni. Aku masih boleh berdikari. Alhamdulillah. 

Tetapi ada orang, suka sangat menyusahkan aku. Tapi aku tak mampu nak kata 'tidak', 'tak nak'. Sebab aku tak sampai hati. 

Tapi kadang-kadang terfikir, apa kata perkara yang kau susahkan aku tu aku nak mintak balasan wang. Boleh tak?

Tolong jawab, sebab aku sekarang tak kaya pun nak tolong kau secara percuma. Kau senang lenang saja menyusahkan aku untuk kesenangan sendiri. 

Adakah sudah tiba masa untuk aku menjadi pentingkan diri? Aduh, aku tak sampai hati. 

Aku lebih rela hidup dengan keluarga sendiri tanpa gangguan orang lain.

2 4 6

Yesterday 24.6. (read: twenty-fourth of June)
Such a nice number right? Boleh beli buat nombor plat kereta anda. Hehhh.

And yes, yesterday was my 27th birthday. Gila, nak taip 27 pun rasa macam eh betul ke 27? Macam rasa nak on calculator buat kiraan 2012-1985=27. Paranoid! Haha.

My mom dah wish awal, siap tanya balik 'hang berapa dah ek, 26 ke?' Hello Mama, dapat sindrom susah nak kira umur saya juga kah? Hahaha. Anyway, thanks Mak sebab lahirkan anakmu ini, 27 tahun yang lepas. Kesian Mak lepas sakit beranakkan saya, kena jaga saya pula. Kena sekolahkan saya pula. Thanks Mama, I am your successful product, hope so! (I wish Mama is bangga dengan saya setakat ini.) Ewah.

Thanks kawan-kawan online dan offline yang telah wish. Saya aminnnnn kan semuanya. Itulah bestnya time birthday kan, orang akan wish dan doakan kita. Aminnnnn. 

Oh, dan terima kasihlah kat Si Tunang perot-gemok tu tak wish proper pon. He just called me tepat 12am and just gelak-gelak buat lawak gila. He said, tak payahlah wish, paham dah kan die call tu, lepas tu gelak lagi, lepas tu suruh saya call balik sebab tahu saya dapat free call dari Maxis. Cis. Lepas habis call, BBM pulak, ingat nak wish proper, tapi tak jugak. Chat- chat and dia send pic ni;
I thought '3 jam' is my birthday present (konon dia nak kasi jam la kat I kan), sekali rupanya 3 jam is his OT! Waaa. Tak pa la, kalau OT tu untuk kumpul duit kawen kan. Hehhh.
Dan baru perasan, bila dah meningkat tua ni dan bila dah kenal dia 7 tahun, semua romantik akan hilang dan pudar. Sobs. Yang bertambah adalah perangai aku yang over sensitif (Sangat sangattt sensitif!). Hahaha. Suppose to be bahagia lah kan on my birthday, tapi tak pun. Siap menangis, merajuk sebab tak ada orang disisi. Bosan kot, ingat nak call orang sembang-sembang tapi semua sibuk. Paling menyampah Si Tunang perot-gemuk tu pun sibuk jugak tetapi dia adalah sibuk tidurrr! Grrrr. Tak apalah, nasib baik I still love him. Thanks anyway, Sayang. I nak hadiah please, almost two years I didn't receive any from you. Eh, ter-mengungkit pulak. Kahkah.

Happy Birthday to me, I hope at this age, Allah akan makbulkan semua doa dan impian saya. Aminn. Thanks Allah for this wonderful journey of the '27th year of Ema's life'. 

My 2 4 6 home-screen. Kehkeh.

Misi terlaksana! RVP will stay. :p


16 June hari tu sanggup keluar pagi-pagi ke KL semata-mata nak carik tiket Arsenal Tour. So sampai sana dalam pukul sebelas macam tu, terus jalan ke Nike Pavilion. Jalan laju-laju sebab takut Training pass Arsenal habis. Bik tu tak habis-habis kata berdebar berdebarrr. Macam apa je si gedik tu. Hehe.

Dah sampai Nike tu macam biasa Bik akan suruh aku yang tanyakan. Selalu! Apa-apa pon mesti nak aku yang cakap. Dia kata dia pemalu. Ngen la sangat, kalau pemalu tak ada la depan-depan orang buat perangai gedik-gedik kan? Menyampahhh oke. Haha. Kadang-kadang kalau beli tiket wayang pun dia malu, beli makanan pun malu, semua benda dia malu kalau aku ada. Mesti nak suruh aku yang bercakap, bertanya. Tapi kalau aku tak ada boleh pulak dia buat semua tu. Manja sangattt. 
Oh, berbalik pada cerita tadi. Dah sampai Nike Pavilion aku pun tanya ada ke tiket Arsenal, dan budak kedai tu kata tak ada. Tak sampai lagi ke apa entah. Boleh pulak macam tu. Besar kot Nike Pavilion tu kan. Ok la tak apa, kitorang terus plan nak jalan je ke Nike KLCC pulak. Aku kata mesti ada punya sebab tahun lepas aku beli kat Nike KLCC tu. 

On the way tu kitorang lalu guna jalan jejantas ke KLCC and Bik kembali kata berdebarr berdebarr.. He keeps saying that untill we reach only a few steps into the Nike store. Oh my Gedik! Kadang-kadang malas layan, buat bodoh je. Haha aku derhaka sangat.
Si gedik menonggek pakai baju France. Booo. Hehhh.
Terus sampai kaunter dan terus tanya. Thank god, ada pun tiket tu. Kitorang dah plan nak beli yang murah sikit sebab kureng sen. Haha. Lagipun tak se-excited macam tahun lepas sanggup beli yang beratus ratus tu. Tahun ni tak kisah, janji ada training pass sebab dapat tengok dorang training adalah sangat best oke!! Ok, aku excited dah! 
Arsenal Tour 2012 tickets with Training passes!

Oh, after got the passes, I terus hang it here kasi Yeyel tolong jaga. Hehe.



See you guys soon - 23rd & 24th July 2012, at Stadium Putra Bukit Jalil. 

Snow White dan Hantu

Ini cerita minggu lepas dan lepas lagi. Haha punya pemalas, lama gila baru nak update kan. Minggu tu pergi Mid Valley saja la, sebab nak tengok Snow White and The Huntsman tu. Walaupun pelakon Bella Swan tu aku tak berapa minat sangat, tapi tengok jugak lah sebab ada Charlize Theron yang sangattt cantik dan juga my Thor yang gagah perkasa. Hahaha gila.
Jalan cerita ni biasa la pasal Snow White, dan mesti ada Queen yang jahat, sebijik epal dan lelaki hensem. Haha. Tapi cerita ni versi dark side. Grafik sangat ok! Jalan cerita ok juga, ada garapan (wahh ayatt!) dari cerita asal Snow White sikit, tapi rasanya ending macam tak tragik sangatlah. Dan tak ada drama sangat antara Huntsman tu dengan Putera tu berebutkan Snow White (aku rasa perlu). Dan Kristen Stewart memang pakar buat emosi muka blur dan kesian. Wakaka. Watak paling best adalah watak Queen, sangat hebat, jahat dan cantikkk lah Charlize Theron, patut tak sesuai letak Kristen Stewart nak tandingi kecantikan dia tu. Bila Queen tu jadi tua pun cantik jugak, macam mana tu? Haha.


Oh, sebelum kitorang nak masuk panggung, kat luar tu ada hantu berdiri tegak muka seram gila sambil bunyikan gendang mainan tu. Bunyi 'tok tok tok' sambil mata dia pandang orang, serius seram! Pandai amoi tu berlakon.
Ini promo cerita apa entah, tak sempat tengok tajuk sebab asek perhatikan hantu tu saja. Dan aku rasa memang cerita tu seram. Nanti nak tengok lah!


Ini aktiviti sebelum masuk wayang. Bik saya ni memang gila perasan die adalah patung dalam Nike pakai jersey baru Arsenal. Padahal tak layak, tahan nafas kasi perut tu kempis bolehlah. Kalau takk, memang jadi patung perut besaa. Haha.


Rezeki hari tu. Nyammm!

Dan shades saya cari di Cotton On hanya rm5 sahaja. Tak percaya? Pergi cari sendiri. ;p

#TwtUpKami dan bihun goreng ayam

Hari Sabtu petang hari tu ada pergi Bukit Jalil sebab ada event #TwtUpKami. Saja la pegi sebab tahu ada booth Tune Talk. Nak cari nombor baru lagi satu untuk henset lama tu. So dah alang-alang dekat je pun an, ajak la officemate. Kebetulan dia pun tweet kata tengah bosan. Siap pakai gps Yeyel lagi sebab tak tau jalan. Padahal senang je kalau kuar mex highway tu. Haha. Kesian.

Sampai pun dah petang. Sampai-sampai je tengok ada segerombolan orang kat area futsal. Rupanya Dato Sri Najib datang. Ada lepas tu wat sesi sembang-sembang dengan Dato Sri. Aku tak dengar sangat pun sebab jalan-jalan sambil cari booth Tune Talk, dan terus pilih nombor dan beli sim. Setel. Lepas tu jalan-jalan tengok booth lain je la. Ok la event ni walaupun tak la besar mana sangat kan, tapi well-managed. Good Job.

Dan dalam pukul 6 pun kami pulang. Tiba-tiba Si Tunang mesej kata nak lepak pulak. Tak ada kerja malam tu pergi balik sana sebab nak layan showcase akustik dorang pulak. Pergi je la sebab free kan. Hokeyy laa, memang santai dengan angin sepoi-sepoi. Yang paling layan sebab band faberet ada, Oh Chentaku dan Hujan. Bunkface pon ada. Oag ada kot, tapi tak tunggu habis sebab dah hujan.


Lepas tu terus gerak KL pergi cari port tengok Euro. Macam biasa, port best adalah di Pelita Nasik Kandar. Huahuahua. Kesimpulannya, adalah seronok! 


*Sambil tengok bola ditemani bihun goreng ayam dan limau diketepikan.




dua perkara


Weekend aku baru-baru ni ada yang tak best dan ada yang best. 


Yang tak best,
Aku dah mula membencikan beberapa orang sebab orang tu carik pasal dengan aku. Ya Allah, kenapa la aku jadi macam tu kan, patutnya kena bersabar je la. Tapi aku tak boleh, mesti ada rasa bengang tu. Oleh itu, aku dengan sedaya upaya dah tak nak ambik tahu dan jalani hidup macam biasa saja. Lantaklah selagi aku tak kacau hidup orang.

Yang best,
Masa terisi dengan kegembiraan selepas aku rasa tekanan. Terima Kasih.



Nanti aku update pasal aktiviti aku minggu lepas. :)

The Arsenal - Tour 2012


Bagi peminat tegar Kelab Arsenal, anda pasti menantikan ini,

Ya, beberapa hari lagi atau mungkin beberapa jam lagi akan launch penjualan tiket mereka ke Malaysia untuk Asia Tour 2012. Dua tahun berturut-turut mereka ke sini, tahun lepas 2011 sudah datang. Zaman dulu ada pernah datang, tahun berapa entah aku tak ambik tau. Haha. Mungkin Wenger melihat sambutan peminat di sini dah macam tak tentu arah dan macam naik gila meroyan sawan dan menjerit-jerit sampai hilang suara. Macam mana tak menjerit-jerit sawan weh, Pak Cik Wenger ada di depan mata, sambil melambai-lambai tangan. Epik sungguh, boleh mengalirkan air mata akibat terlalu gembira!

Dengan itu, aku pon secara rasmi akan menjadi pen-runner pembelian tiket untuk golongan gelandangan, eh!? Hahaha. So, me as the good pen-runner have to keep eyeing at the ProEvents Facebook Page. 


Siapa tak nak pergi kalau dah rasa bahang merah Arsenal di Stadium tahun lepas.

Namun hanya kekangan kewangan saja dapat membantutkan angan untuk tahun ini. Hopefully duit cukup dalam tabung. Waaaa.

Red Buildings

Melacca is freaking much awesome-esttt! Ha ambik kau! I personally love the red building sooo much. Dah la bersih je kat sana, susah nak nampak sampah. Kan?? That was my third time there, if I'm not mistaken la. My first time when i was a cute little girl, I was there with my family of coz lah kan. My second time was with my besties. I blog about it many years ago, entah lama sudah (terasa dah tua sekarang. Fuhh).


This third trip with my best boyfriend everrr. Walaupun best boyfriend, tapi gaduh-gaduh dalam kereta tu just a small thing lah. Selalu sangat. Haha. Sampai sana awal jugak, parking untuk sehari dan terus berjalan sampai letih dan sun burn.  Kakiku dah belang ikut design sandal dah. Nasib baik muka tak berbelang ikut design sunglass. Gila!
Lepas ni if pergi lagi nak carik tempat makan ikan bakaq pulak. Hari tu tak sempat sebab time petang tu dah hujan ribut segala. Takut gila. Terus balik saja. Sobss. 

*Gaya gila

*The red! Sayam, kalau pakai baju red Arsenal mesti match kan?

*Tak tau la masalah apa telah melanda dia ni.

*Bik the next parameswaran. Heehhh