Teheee!


Hari ni, weekend ni, banyak benda kena setelkan.
Dah buat check list tadi dan baru perasan.
Harap setel lah semua tu minggu ni.
Dah rasa macam nak kawen pulak ber check list bagai. Haha.
Padahal buat simple je, sangat simple!


1.1.2012 tak lama dah. Waaa cepatnya!
Rasanya geng-geng semua dah tau kot,
I'm getting engaged on that day.
Hehe, will be someone's fiancee!


Geng-geng dalam blog jemput datang ye. (nasib baik tak ramai geng sini. Haha)
Rasanya geng-geng sini sama je dengan geng rapat aku.
So, aku dah jemput la kan. Hehe.
Mai la datang Tepeng, boleh jenjalan pergi zoo lepas lunch free kat umah aku.
Ok what?? Lepas kuar zoo boleh pergi wat sesi fotografi kat Lake Garden.
Lepas penat petang tu pergi cari Char Kuey Tiaw Doli, tak pun cari Mee Udang Banjiaq!
Best kan? Kan? Kan?
Hehehe.


Waaa, excited plus nervous!
Teheeee :)


Jahat Sangka


We always use these verses - 'tak baik tau buruk sangka' instead of,
'tak baik tau jahat sangka'.

What's the different huh?
I like the second, sounds lovely.
Hehe.


Hey people! It's Friday.
Happy Holiday.





HB


"Happy Birthday Abah!"


A day without you is like a day without sunshine.
I miss you.
We all do miss you.




Iklan : Do you know that just by walking 10,000 steps each day, you burn more than 300 calories? Be #healthy

United Buddy Bears @ Pavilion KL

Siapa-siapa yang tak pernah jumpa beruang silalah ke Pavilion. Macam aku, peghak tak pernah jumpa beruang. Minggu lepas, dua hari kot aku pergi Pavilion sana nak tengok dan bergambar dengan beruang. Bukan ada satu ekor beruang saja, tapi ada seratus empat puluh tiga hoiii! Eh korang tau tak peghak tu apa? Hehe.


"We have to get to know other better...
... it makes us understand one another better,
trust each other more, and live together more peacefully."
- Motto : United Buddy Bears .


Personally, I really love the massage,
"The Buddy Bears stand together "hand in hand", symbolizing the future vision of a peaceful world. Each bear stands for the people of the different countries and their culture, yet not for political systems."


Spread the message

Budak muncit sangat teruja.

Introducing you, the Malaysian Bear. .
An art by A. Rahim Muda (Imuda Piiiirahhh) Hewhew

Very the excited!

Kena halau sekejap ketika bersama beruang Malaysia kerana suruh bagi laluan kepada Menteri itu. Oke, dia menteri. Aku hanya jurutera bergaji murah. Erkk

Oke, itu lucah. Nasib baik hanya ilustrasi, kalau tidak?

Come come come here meet and hug the Bearssss!!



Duta RapidKL

Umum sudah tahu yang kini sistem LRT Laluan Ampang & Kelana Jaya telah bersepadu. So kiranya sapa-sapa yang selalu tukar-tukar LRT tu tak payah la susah-susah time kat machine tu untuk touch card T&G atau tiket, tak payah jugak susah-susah beli tiket lagi untuk tukar laluan kan. Terus je tukar LRT. Kan senang tu.

Tapi baru-baru ni, nampaknya orang ramai khususnya orang KL la masih teraba-raba lagi tentang sistem ni. Aku sendiri pun macam tak paham lagi mula-mula tu. Contoh, baru-baru ni aku nak pergi ke Plaza Rakyat, aku ambil token ke Masjid Jamek dulu. Buat macam biasa la kan, macam guna kad dulu tu. Sekali tengok kat LRT Putra Masjid Jamek tu sudah tak ada machine token. Semua dorang letak kat atas dan tak ada sekatan untuk ke LRT Star. Hohhh baru tau boleh beli terus token tu untuk guna Star pulak. Bagus.

Oh cerita pasal token pulak. Yang ni macam lawak la, orang memang ramai tak tau nak guna ni. Nak guna machine tukar token pun ambil masa lama kot nak beratur. Tapi nanti semua dah terel, ok la kot. Benda baru masih terkial-kial la. Hehe. Yang lawaknya, token tu dorang tak tau pun nak buat apa bila dah kat machine enter tu. Nasiblah ada pegawai yang jaga tu kata scan je kat situ kan. Aku first guna pun buat muka terel, padahal jeling-jeling jugak orang sebelah macam mana nak scan jugak. Haha. Ada jugak yang bukan scan kat tempat yang sepatutnya, tapi pergi letak token sambil gosok-gosok kat skrin tu. Haha sumpah lawak. Lepas tu dah kat machine out, tak tau pulak yang token tu kena masuk dalam lubang tabung tu. Ada yang masih try scan lagi. Hahaha.

Ok la, aku buat entri ni bukan pasal nak bebel. Nak kasi info sikit yang baru-baru ni Rapid KL ada ambil model untuk pengenalan sistem terbaru ni. Kira model ni macam duta Rapid la untuk memperkenalkan produk terbaru dorang. Bagus jugak kan. Hehehe.


Ni dia, duta Rapid terkini,

Dia ni memang ngen la, sampai nak masuk tren pun nk buat macam ni. Malu oke! Haha.

Si ngen! Layankan je la.




tiba tiba teringin weyh!



Tiba-tiba teringin menatang ni. Ni sebab tangan gatal godek mmc la ni, terserempak gambar-gambar di bawah ni. Gila sedap! Nasib baik nafsu dapat dikawal, kalau tidak tiap-tiap bulan tak cukup makan nasik, asek makan menatang ni saja. Memanglah bagus Tuti Fruti ni, tapi harga tu je yang tidak bagus. Pffttt!


Tuti Fruti, nama pun macam kiut je kan? Hehhh.

Ni gambar time pembukaan kedai dorang kat Ampang Park 11112011 hari tu. Gila lama dah gambar ni. Haha. Baguslah buat kat Ampang Park, tiap-tiap hari aku lap air liur bila lalu tepi kedai ni. Mata boleh pandang saja la, yang tu je yang free.

Si tembun ni!
Saya punya BFF Cik Aishah.
Kena rm11.05. Ni pun setelah diskaun 20% dan sedaya upaya ambil seminima mungkin keberatan topping tersebut. Paham tak?
Tiap-tiap hari bekerja aku melalui jalan ni. Sabar je la.



Malas

Hadoi.

Lama dah tak update sini.
Aku selalu buka baca blog kawan-kawan tapi tak da masa untuk post pada blog sendiri.
Busy? Ya benarrr.
Tension kot, tapi terpaksa. Dah nama pun kerja kan.
Banyak post aku dah tertangguh lama.
Tengoklah kalau rasa-rasa tak basi lagi aku kasi post.
Kalau tak, tak lah.


Hari ini aku dapat berita yang agak menggembirakan, tapi nak simpan dulu.
:)

ta! ta!