Cantik



Boleh dikatakan setiap hari, permandangan sebegini dapat aku lihat dari balkoni rumah aku sekarang.
Dan setiap kali itulah hati aku berkata,

MasyaAllah, sangat cantik ciptaan Dia yang Maha Besar!


langit cantik,
awan cantik,
semua ciptaanNya cantik,
termasuklah kita semua cantik-cantik belaka.

Terima Kasih ya Allah sebab bagi aku hidup sempurna di bumi Malaysia ini.
Alhamdulillah.

Konvokesyen (Bahagian III)


Haha aku rasa entri ni macam nak basi kot. Tak pun dah basi. Tapi aku nak tempek jugak gambar ni. Buat kenangan kan. Hehe.

Tak nak taip panjang, tengok sajalah. Letak gambar sikit je, malas nak letak banyak-banyak!


Oke, aku memang suka no 6!
Kawan pertama di Uthm, kawan baik - Bad
Kawan-kawan serumah / sekelas / sekampus
Cik Jah, Cik Bismi dan Cik Amani super kiut!
Hohh keluargaku bahagia. Muah mak!


Rasa lega sebab sudah ada Ijazah dalam genggaman.
Tapi aku tak puas lagi. Masih berusaha puaskan diri.
InsyaAllah.

1.11.11

1.11.11


Sayang,
This is our 6th year.

Thank you for being such a huge part of my life.
Thank you for reminding me of my strengths when I feel so weak at times.
Thank you for helping me to see the other side of the clouds when the rain comes in.
Thank you for loving me, even with all my flaws.
Thank you for just being the wonderful person that you are.

Sayang,
I think..
our relationship is BEAUTIFUL.

And I can't wait for more bright stories to come.

InsyaAllah

Konvokesyen (Bahagian II)

31 Oktober 2011 - Selesai sudah bab yang ini. Rasa lega sebab dah dapat Sarjana Muda. Hanya untuk lima helai kertas (Sijil Sarjana Muda ada dua helai dan Transkrip ada tiga helai) aku habiskan masa tiga tahun yang lepas. Rasa berbaloi? Mungkin belum lagi.

Nanti entri lain aku letak gambar. Tak banyak pun, gambar dengan famili je banyak. Dengan kawan tak banyak. Macam biasa lepas keluar dewan memang tak nampak sapa-sapa dah. Dan mohon maaf pada geng yang ambik gambo pre-konvo hari sebelum itu sebab tak dapat join. Sampai agak lewat dan kelam kabut. Lagi pulak dari mula majlis sampai habis majlis hujan saja. Aduh, tak dapat nak gambar lebih-lebih. Sabar je la. Tak tau bila lagi nak pergi sana. Tak pegi dah kot.

Kepada Uthm, semoga lebih maju lagi. Serius aku macam kagum gila tengok perubahan Uthm. Kenapa tak dari dulu lagi macam tu? Tak sempat nak merasa.


Terima kasih mak, abah dan famili.
Terima kasih pensyarah, cikgu, dan kawan-kawan.
Terima kasih bakal suamiku. Hewhewhew.
Terima kasih sebab sudi menjadi pendorong aku.

Tolong doakan aku dapat kerja yang lagi best dengan adanya ijazah tersebut. Hehh


Aku suka fakta ni,
Aku terlibat dalam Sidang 6 (sidang last untuk konvokesyen hari tu) dan nombor giliran aku adalah nombor 66 (aku rasa macam menarik sebab aku suka nombor 6, aku kan lahir bulan 6)

Ok bye!


Iklan : Tolong lawan denggi! Ganyang aedes!