Kenapa Atom kemek?

Minggu lepas rasa macam minggu tengok movie. Ada tengok kat Astro, ada yang tengok kat wayang. Dah la tengah sengkek, lagilah banyak gune duit untuk kegunaan yang tidak sepatutnya. Tsk tsk :( Tapi tak pe kot, boleh release tension, tengok movie dengan orang tersayang.


Jom kita start review movie untuk minggu ini,

Cerita hantu Siam (Aku tak tau tajuk, lupa. Haha),
Hari Jumaat malam hari tu, pergi lepak rumah kakak bestfren saya si Asid tu. Tido sana. Dorang dalam rumah tu memang hantu cerita hantu. Paham tak? Oke, cerita boleh tahan la tapi aku tak paham sangat. Mungkin sebab mata sudah kuyu. Cerita pasal bunuh-bunuh, lepas tu jadi hantu balas dendam. Oh, rupanya orang yang disangka baik adalah jahat, dialah pembunuh. Eh jap, macam ingat tajuk tapi alaa tak sure pulak. Ampun.

Bini-biniku Gengster Lembut,
Pagi sabtu tu kakak Asid langgan cerita ni kat Astro First. Gila macam membazir kot. Cerita tak ada motif. Setakat lawan-lawan tapi masih tak nampak ganas, hadoila. Konon gengster. Ape motif citer ni wei? Tolong bagi tau aku.

Al-Hijab,
Tonton filem ni dengan Asid kat GSC Midvalley. First time beli tiket online, print tiket sendiri dan sebelum masuk wayang kena scan dulu. Haha jakun! Oke, sejujurnya tak tau nak komen macam mana. Aku rasa cerita ni masih tak mencabar iman ketakutan aku dalam menonton filem seram. Bukan cakap besar tapi betul ni. Tapi, watak hantu agak seram juga sebab mekap yang superb. Ada satu hantu tu macam hantu Chucky, erkk. Jalan cerita? Biasa-biasa saja.

Real Steal,
Hello! Kalau tanya aku filem apa yang terbagus tahun ni, aku kasi vote pada Real Steal! Gila betul best. Aku jadi gila tengok cerita ni, sampai bergelinang air mata jugaklah. Sedih! Haha. Aku semangat tengok, rasa macam berada betul-betul tengok Atom Vs Zeus beraksi di gelanggang. Siap jerit-jerit dalam wayang. Sangat best, jalan cerita best, pelakon opkosss la best kan. Hugh Jackman tu, ala yang menari-nari sepsi dalam iklan lipton tu. Hewhewhew. Aku suggest korang pergi tengok ni ok! Tak rugi punya walaupun korang tengah sengkek macam aku. Yeay!



*al-hijab yang tak berapa _____


*the best Atom, walaupun sudah kemek kena tumbuk dengan Zeus. Hewhew


*Inilah bestfriend saya sampai menutup mata. :)


*Ini? Pagi-pagi lagi sebelum tengok Atom sudah berada di Kedai Nasik Ayam.
oke, aku ada double chin. Cis kau gemok!

2 comments:

  1. dah tgk real steel ng hijab minggu lepas ;)

    ReplyDelete
  2. best kan real steel! gila best!! haha

    ReplyDelete