memo





"endless borders, countless days, our love will pave the way"

Konvokesyen (Bahagian I)

Konvokesyen (atau majlis penyampaian ijazah) merupakan tindakan penerimaan atau penganugerahan ijazah akademik dari universiti atau upacara sedemikian. Perkataan "konvokesyen" berasal dari perkataan bahasa Inggeris convocation yang tidak semestinya sama maksudnya (maksud asal convocation ialah "sekumpulan orang yang dihimpunkan untuk tujuan khas"). Di Amerika Syarikat dan Kanada, konvokesyen turut diadakan di peringkat sekolah dan kolej. Terdapat banyak tradisi yang berkait dengan upacara penyampain ijazah ini, yang paling terkenal kemungkinannya ialah lontaran topi siswazah ke udara. - Sumber Wikipedia.

Lontaran topi siswazah ke udara? Ya, teringin sangat nak buat ramai-ramai kan, tangkap gambar. Tapi mengikut pengalaman konvokesyen diploma dulu tak adanya menjadi kenyataan. Nak jumpa kawan-kawan selepas majlis tu memang susah, semua sebuk dengan famili masing-masing. Hope kali ni boleh tangkap gambar banyak dengan geng, baling-baling topi dan baling kasut sekali.  Haha.

Semalam tengok ni kat status fb UTHM, 
 

  Klik Klik Klik,

Ha, tu dia lucky number 63, cantikkk. Hehe.

 So sudah confirm (mestilah kan, kalau tercicir nama aku memang kena pergi mengamuk la, haha). Sekarang tinggal nak beli baju melaram (Hehe, melaram la sangat), sediakan duit untuk hotel (lega sebab dah booked), duit tol dan duit yuran je lah. Duit minyak ada orang nak sponsor. Selamattt. So kawan-kawan dijemput hadir ke majlis konvokesyen kami dan sila sediakan duit bunga untuk diberikan kepada saya nanti, terima kasih. ;p



gila sayang minah ni

Kalau pulang ke kampung, perkara pertama yang aku nak adalah jumpa, peluk cium mak kesayangan, dan semestinya sesi gosip-gosip dengan mak. Hehe.
Yang tu memang paling penting,
Yang lain adalah nak rehatkan kepala otak yang serabut dengan Kolumpo dan kerja yang memeningkan. So balik kampung dapat la release tension sekejap pun jadilah kan.

Tapi, perkara terpenting lain adalah sebab nak jumpa minah ketot ni,
Dia ni sekarang dah pandai sengih-sengih depan kamera, buat memek muka mengada, konon kiut la tu.
(tapi memang kiutttt pun, waaa tak tahan tengok! Picit sekaranngggg! Hehe)




raya punya cerita

Raya Pertama,

Budak-budak : Assalamualaikum, kami datang nak beraya.
Tuan Rumah : Masukla.
Budak-budak : Kami datang bukan nak makan sangat pun makcik, paham-paham la kami nak duit raya je.
Tuan Rumah : Amboi, sedapnya kata. Tak baik cakap macam tu, cakap la datang nak melawat, tengok makcik ni. Ada pulak cakap macam tu.

Haha situasi raya pertama, berani betul kan cakap macam tu. Dalam satu group tu ade sorang tekong tukang cakap. Dah la tak kenal budak-budak dari mana entah, bila tanya anak siapa, memang kami tak kenal, dari rumah taman jauh sanggup datang naik basikal cari duit raya. Hish, pelik aku. Dah la masa tu ramai dalam rumah sedara datang beraya. Last-last aku kata,

Aku : Nah mak, bagi je la dorang duit. Malas nak layan. Kang hidang air bukan dorang minum pun. Kalau minum pun sikit, membazir je. Nak basuh lagi, malas.

Memang tak hidang air pon, terus bagi duit raya. Pas tu dorang pon blaah. Lagi kurang ajar, sempat bukak sampul raya depan rumah, ambil duit pastu buang sampul kat situ jugak. Hampeh.



Raya Kedua, Ketiga, Keempat dan seterusnya,

Budak-budak : Assalamualaikum, kami datang nak beraya.
Tuan Rumah : Duit raya dah habis, raya pertama je bagi. Nak makan kuih raya ada. Masuklah.
Budak-budak : ( tak kata apa, dan terus blaah)

Haha macam-macam perangai budak-budak beraya sekarang kan. Kita bukanlah kedekot, tapi macam.. haish, pelik la. kita kecik-kecik dulu tak da la macam tu. Malu kot nak pergi beraya rumah orang yang tak kenal. Tapi still dapat duit raya banyak, ikut je la mak bapak kita pergi beraya rumah kenalan, sedara kan? Lagi best.

Adik aku kata, dorang ni banyak kontek, kalau kita bagi duit nanti dorang bagitau geng-geng lain suh datang rumah yang bagi duit banyak sikit. Kadang-kadang ada yang dua kali datang. Ingat kita tak cam ke? Berani la buat macam tu, memang aku sound tepek je. Haha.


Iklan : Jom test ke-True-an Malaysian korang tuh. Klik ->  Jawap Kuiz ni !

Raya kan sebulan


Hari ini hari Isnin, hari segala kemalasan.

Tambah lagi, hari kemengantukan. Sebab? Sebab mulanya kerja selepas cuti panjang seminggu. Gila betul nak catch up balik buat kerja kan? Memang mengantuk la, ni dah dua cawan neskopi aku buat. Cawan besar lak tu, kalau mengantuk jugak memangla ada masalah dengan sistem peranakan. Haha tak da kena mengena.

Owh, macam mana korang cuti raya? Aku macam biasa la, rasa macam tak raya pun ada. Cepat sangat masa berlalu. Pagi raya nak kumpul satu famili mintak maaf pun tak sempat, lepas solat raya terus rumah kena serbu. Aduyai, penat. Tapi tak pa, rezeki tu orang datang rumah kita kan. Meriah!

Tapi raya tahun ni macam bermakna sikit la bagi aku. Kenapa? Erm, sebab cerita-cerita baru akan tiba walaupun semua masih samar-samar lagi kot. Hehe, macam seronok je rasa walaupun ada sikit risau. Biarlah, malas nak fikir.

Ok lah, gambar-gambar raya tak ada. Aku lupa nak ambik kat kemera abang aku. Lagipun tak ada tangkap banyak pun. Nampak sangat bizi nye kan?? Gila betul.

Ok, tu je nak cerita. Siapa-siapa yang buat open house tu panggil la aku. Hehe tak malu. Raya sebulan kan, so sekali lagi nak ucap,

Selamat Hari Raya,
Maaf Zahir Batin.