menghitung hari


Mesti ramai dah menghitung hari nak raya kan? Gila semangat korang tu. Hehe. Tak pun ada yang lagi semangat, dah sampai kampung pun. Memang best la. Aku ni esok baru gerak balik kampung. Terlambat! Tapi tak pa, asalkan sampai dengan selamat dan hati riang la la la. Hehe.

Nak ucap,

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI
kepada semua geng bloggers!
Maaf kalau ade salah, ok.

Tak lupa jugak ucap,
SELAMAT HARI MERDEKA


Sambil-sambil gembira raya tu jangan lupa merdeka. Kalau tak merdeka tak ada nya kita boleh raya dengan gumbira la la la macam ni.

Sekian,
Maaf Zahir Batin

p/s : Yang bawak kereta tu sila pandu berhati-hati. Nak semua selamat, k.

gewmowkk


apa masalahnya kalau aku gemok?
kau ada masalah ke kalau aku gemok?
kau?
kau?



Sebok!

iftar bersama geng ofis

Ni kali kedua aku berbuka puasa kat luar dengan kawan-kawan. Hari tu dengan geng UTHM / Perwira / Taman ..... erk aku lupa dah nama taman kami menyewa dulu kat Parit Raja. Hehe. Tapi kali ni berbuka dengan kawan-kawan ofis. Kami semua ni pendiam sebenarnya, TAPI kalau ada bos dalam ofis la jadi pendiamnya. Kalau tak da bos, hermmmm paham-paham je la. Hehe.





Hari tu (Selasa 16hb Ogos), kami telah berbuka di Meals Station. Belakang blok ofis kami ni je la. Senang kan. Minggu sebelum tu dah buat reservation, dan mengikut promosi Ramadhan ada menu yang lain pada setiap hari weekdays. Jadi telah sepakat ambil hari Selasa punya menu.

Menu utama Selasa - Asam Laksa / Fried Chicken Rice. Plus Air Bandung, Kurma, Puding, Kuih, Tembikai. Semua hanya RM10. Menu hari lain aku dah lupa. Hehe. Makanan ok, boleh tahan sedap jugak. Yang penting, kenyang dan halal! Hehe.


Sudah reserverd for groups. Padahal tak payah reserve pun tak pa, tak penuh pun.


Rakan-rakan kerja wanita. Hehe. Amor Diah tu paling over kot. ;p


Rakan-rakan kerja lelaki. Nampak je baik, tapi loyar buruk sangat dorang ni. Owh, masa ni makanan sudah sampai. *tetiba lapar*. Nyam nyam


Memperkenalkan - Asam laksa dan Nasi ayam goreng. Kat sana tu air bandung, kuih muih, tembikai, puding dan sebagainya.


Lepas tu dah bunyi azan apa lagi, makan lah.


Sebelum,

Selepas,




Itu saja nak cerita,
sign off!
Peace!
:)




Iklan : Jom wish Happy Raya guna Hot Ticket Hotlink! 50 minutes + 150 SMS for only RM15! KLIK! KLIK!

it goes on


In three words I can sum up everything I've learned about life:
it goes on.



- Robert Frost

guide



"Problems are not stop signs, they are guidelines"

- Robert H. Schuller


jom jalan jepun yeayy!


hey, the 10th day of puasa. gila counting every single day. nanti nak dekat raya cowndown puasa yang tinggal pulak. cepat betul masa tik tok kan? tak sedar.

hari sabtu lepas, aku cerita buka puasa dengan geng gadis-gadis kesayangan kan? on the next day, i went to pavilion with my dear incik bikbik. macam biasa la tempat wajip kitorang. hehe. tujuan utama adalah nak tengok cerita Captain Amareka. (comel kan ejaan macam tu, hehe). cerita tu macam ok-lah bagi aku, macam biasa la cerita pasal orang dapat kuasa, lawan orang jahat, last menang. that's it, fin! haha. serius tak reti nak jadi pengulas sukan filem. hehe.

*boleh pulak budak badan kecik jadi besar, siap ada muscles dan six pack, terus jadi haiyaa kepten! nasib baik hensem hehhh.



lepas wayang, jalan-jalan la cuci mata tengok baju. rembat juga la satu blouse seksi-sket Nichii. terbeli sebab diskaun 70%. gila kau. tapi sampai rumah tak tau nak pakai pegi mana baju tu. haha bongok. then jalan-jalan lagi tengok ade ramai orang naik eskeleter ke floor atas, nampak banner tulis pasal kedai jepun. apakah itu? sangat curious, tarik tangan bikbik, terus naik atas tengok apa yang berlaku.


ini dia, macam kat street jepun kan? macam-macam gerai dorang bukak jual makanan jepun, barangan jepun, aiskim jepun. tskk nasib baik puasa, kalau tidak ... (sila sambung)


rata-rata orang cina saja kat sini, rasa macam kita ni pelancong lak. hehe. orang melayu tak ramai, mungkin duk rumah tak larat nak jalan kot, puasaaa.


datang naik jepun airlines oke! hehe.


eh ada kedai Daiso Japan la. best! unik barang-barang jepun kan, macam-macam la. semua ada. yang penting, Always RM5. boronglah!

apa lah yang di telek tu yam?

sampai garu-garu kepala. kehkeh.




tuan belog pun nak nyelit jugak. hehe.



so korang pergilah sana. siapa yang konon J-pop tu boleh la pergi tambahkan pengetahuan lagi. haha tak da kena mengena kan? ;p




"berbuka nanti nak makan apa ya? hehhh"

iftar bersama gadis-gadis

Assalamualaikum..

how are you guys! ok ke, tak oke ke? hari ke 8 puasa ni. senang nak kira kan sebab sama dengan haribulan ogos ni. hehe.

seperti minggu lepas, aku masih terasa kemengantukkan tahap maksima kalau duduk dalam ofis ni. aduila. sekarang memang da start malas bangun sahur, sebab tu kot kurang zat kan? so jadi mengantuk. betul ke? memandai aku buat teori sendiri.

last weekend ada jugak la aktiviti aku buat, tak la bosan sangat. kalau tak, mesti duk rumah, tidur saja. so, mai nak story sikit. sikit je, tak payah rasa bosan nak baca berjela-jela kan. hehe.


hari tu hari sabtu aku kerja half day. lepas habis kerja terus follow geng, cik echa, cik aishah, cik ain pergi jenjalan Shah Alam. owh cik tunangan orang (cik dayu) pon ada follow jugak. hehehe. aku follow saja, tengok-tengok baju raya, tudung raya. end up, apa pun tak beli. hanya cik ain je beli tudung baru. wotwottttt ;p. lepas tu terus menuju ke Midvalley, ada satu geng lagi tunggu sana, cik uda, cik su, cik nor dan kawan cik nor. sampai sana pusing satu Midvalley dan pusing juga satu per lima dari The Gardens, sebab nak cari restoren yang kosong untuk berbuka. gila sesak ramai orang kan. tskk. orang bukan Islam pun berebut nak berbuka? memanglah semangat satu Malaya!


last-last dapat la tempat di Rak Thai, sebelah Big Apple dan Food Court Tingkat Bawah (yang panas!). aku pernah makan sekali kat situ, semua menu Thai. boleh lah bagi rate 'oke-la-sedap-jugak' kat masakan dorang. (masa tu aku makan udang petai sambal, wehuuu!)
tapi hari tu . . . ermm, jomlah tengok gambar, aku cerita terus ok.


jum kita mengenali dahulu gadis-gadis yang terlibat,

clockwise : kawan cik nor, cik su, cik nor, cik dayu si tunangan orang, cik aishah dan cik echa.

tak dilupakan, yang berbaju merah itu. ketua runion, cik ude. (pssstt hye awakkk. hehhh)

tuan belog ni, tak tahulah pening pikir apa sampai picit kepala.

tumpang duduk kat meja reserved orang lain. meja kami yang kat belakang tu, tunggu umat bukan islam bukak puasa dulu. lepas tu kami pulak take over.


mengumumkan ketibaan makanan-makanan siam,


paling hadapan adalah kangkong belacan, yeayy sedap!
yang belakang kurang nampak ye, kita tengok kat bawah ni pulak,

pandangan dari atas. hehe. baru nampak ikan siakap yang tak berapa nak besar, sotong yang tak berapa nak banyak (tak sedap sangat, pelik rasa dia), tu ayam ape entah buat bungkus-bungkus. boleh tahan sedap.

ha tu dia bos baju merah duk hujung tu. hehehe. ada jugak tomyam putih dua mangkuk, satu pedas tapi tak da udang, satu lagi kurang pedas tapi ada udang. boleh pulak macam tu kan..


ni semua gadis-gadis muka tahan nafsu makan sebelum berbuka. hehe

bos baju merah terlebih happy nampak? puasa ke tidak? hehehe



kejadian beberapa minit selepas berbuka,

licin! bagus tak membazir. i loikee!

owh lupa nak bagi tau, air serai TAK SEDAP! memangla aku tak minum, tapi aku cuba jugak hirup sikit, erkkk rasa yang tak memuaskan. kompem tak kan minum dah air serai. hehe


kesimpulan, sedang membuat entri ini tiba-tiba terasa l-a-p-a-r !
ish, puasa lah!
hehehe


laju dowh!


opis sini baru je pasang unifi.
gila jakun satu office bukak u-tiub!
dengan aku sekali terjebak.
bukan apa..

kalau lah terdapat buffer, nanti boleh pergi report TM kan?
kata TM tipu la apa la.
hehehe alasan.
money back guarantee? suka hati je.
hehehehe


ok bai,
nak sambung cek buffer!

:)



iklan: jom minum neskopi dan boleh join kontes. KLIK!

hari puasa pun tensen


luahan hati,


dua, tiga hari ni rasa tensen sangat dengan kerja.
dah la puasa kan, lagi la tensen. perut kosong.
kerja yang memeningkan,
maklumlah aku ni bukannye pandai sangat, sekarang pun masih merangkak buat coding.
aduhhh.


dalam hati dah fikir nak berhenti,
tapi tunggu dulu mungkin rezeki tempat lain akan muncul dalam masa terdekat ni.
InsyaAllah.
selalu doa semoga dipermudahkan jalan untuk mencari rezeki. amin.




hari ni dah hari ke 4 puasa kan? cepat!
pagi tadi tak bangun sahur, malas. mungkin sebab hujan. tidur pun adalah seronok!
hehehe.
jangan tiba-tiba sakit perut sebab masuk angin sudah.

selamat berpuasa geng!
:)



mudah-mudahan perut boleh mengempis bulan puasa ni. hehe


iklan : jom soping baju raya baby kiut nak?! klik klik!

puasa baik-baik

1 ogos 2011,

hari pertama berpuasa untuk bulan ni.
Alhamdulillah, pagi tadi aku selamat bangun sahur, tak terlajak.
senang je bangun sebab semangat kot dari malam tadi.
lagi-lagi ada lauk mak bagi bekal semalam. best!
tapi sedih makan sorang saja. huhu.


situasi lain,
ada member aku yang baru kawin kata,
"syok ooo sedia sahur"

syok ke? kalau aku macam malas kot! haha.
kalau aku nanti dah kawin, entah-entah tak sedar nak sedia sahur.
elok je tidur sampai pagi. kesian laki aku. hehehe.




apa-apa pun, harap ramadhan kali ini paling best untuk kita semua.
puasa baik-baik, tambah amalan lebih-lebih.

kawan-kawan, selamat berpuasa!
kasi senyum sikit muka tu :)
jangan layan si perut oke! rileks saja..
hehhh.






iklan : nak dapat hadiah best hari raya? jom join contest Perodua ni. lagi best!