terliuq cheq!


tiba-tiba aku terliur tengok gambar kawan (ex room mate) aku tag.
dia ni memang pakar tart, kalau lepas raya balik hostel, balik rumah sewa mesti dia bawak ni. dan aku memang suka curi. eh, bukan. mintak izin la. hehe.

tart dia comel-comel je, gebu macam aku!
so tahun ni dia ambik order, tak dapat la nak makan free kan. jauh dah.
huhuhu
jadi aku pun order la sikit, jadilah nak merasa lepaskan rindu.
sebenarnya malas nak angkut barang banyak balik kampung nak raya nanti. hehe.

cik eli, sila bubuh jem tu banyak sikit.
wah, siap request ko! haha




meh aku tolong promote,
50 biji rm25.
boleh pm dia kat fb dia -> SINI
pssstt, cik eli. aku tolong promot ni. tak da apa-apa ka? hehe.



taun ni macam malas nak buat bisekut raya. order saja. senang.



cuba klik sini boleh tengok kuih tart menari!!

gunners dan gooners


selesai sudah penantian 12 tahun, tunggu punya lama
tapi masa 90 minit beraksi rasa macam sekejap saja.
tup tup dah habis.
tapi memang best la, aku tak reti la nak mengulas sukan,
jadinya,
makanya,
moh kita tengok gambar saja.


dua-belas julai :





gunners in my heart, tigers are my soul. betul!


pasukan malaysia habis training. *clappp!


ini yang ditunggu-tunggu. jerit sampai tekak cedera.
semangat, bagus!


kipas susah (dan tentu) mati Gunners!


tiga-belas julai :




15 henget beli benda bising ni. sakit telinga, baik makan.


sekarang minat no 42 Arsenal. sila cari. hehe.


sedang mencari empat dan kosong.


dan habis!
klik klik sebelum meninggalkan stadium (yang penuh dengan sampah
masyarakat)







kesimpulan adalah seronok tengok no 42 beraksi.

sekian.
melaporkan.

ouchh! ;p

kadang-kadang situasi berikut boleh membuatkan aku terasa, ouchh!
haha.



situasi satu:
lepak dan makan di pizza hut bersama kawan baik dan kawan kepada kawan baik.
tiba-tiba,

kawan baik: aku dah kenyang la, tak boleh makan banyak nanti perut aku besar.
kawan kepada kawan baik : mana ada la, ko tak besar, kurus je.
aku : tak payah la korang, badan dah kerempeng bising je gemuk la apa la.
kawan baik : betul la, ko tengok perut aku ni. (sambil pegang-pegang perut dia)
kawan kepada kawan baik : ok la tu, tak la besar sangat.
kawan baik : ko tak pe la. kecik dari aku.
aku : ...............
kawan kepada kawan baik : ko tengok lengan aku ni. tengok, lagi besar dari ko (sambil pegang lengan dia, tarik lengan kawan baik)
kawan baik : mana ada, ko lagi kecik kot (pegang-pengang lagi)
kawan kepada kawan baik : ko lagi kecik laaaaa.
kawan baik : ko laaaa.
aku : ...............

dalam hati aku : poyo lak, dah kerempeng tu dah la. kecoh je. kang bagi compare dengan lengan aku kang, korang sure kalah. haha.


situasi dua :
pada suatu hari di waktu tengah hari, seorang rakan update statusnya di facebook.

status : alamak, takutnya. berat badan aku dah nak dekat 50kg!

dalam hati aku : hoh, tolonglah! 50kilo je kot. saja nak bagi tau berat semasa ko ye? aku ni nak turunkan ke 50kilo tu macam mustahil. tapi aku masih rileks. haha. nanti jikalau la aku dah berjaya turunkan ke 40kilo, aku pun nak update status "alamak, takutnya. berat aku dah kurang ke 40kg la. macam mana ni? nanti aku tak boleh gemuk balik."

auww, PUBLISITI!

p/s : kalau aku 40kg, mesti aku sedang mengalami penyakit kronik ketika itu. jadi, lebih baik dan lebih selesa begini. haha.


situasi tiga :
notification di facebook - ada kawan komen gambar aku.

komen kawan : eh, ems ke ni. aik, tembam dah. terkejut aku.
aku : biasala, hati senang.

dalam hati aku : teringat kata cik jz, "ada aku makan guna duit ko?". haha betul jugak tu!


situasi empat :
setiap kali deting.

mr bikbik : ei, picit lengan die, gerammmm! (lepas tu picit, buat gaya macam potong daging steak dan makan. siap bunyi ngap ngap)

dalam hati aku : hampehh!


situasi lima :
kawan mak datang rumah tempah baju.

kawan mak : besaq-besaq da anak hang ni midah.
mak : tu la tiga orang ni semua sihat, besaq, aku bela elok. haha (mak memang kuat gelak)

dalam hati aku : mestilah besar, mak masak sedap, lepas tu kalau tak makan mak masak nanti mak marah sebab tak habis. membaziaqq! hehehe.





kesimpulan :
biar la tembam asal kiut. haha, kiut kah?

romantik ke?

*Awas! entri geli geleman. sediakan plastik untuk muntah. hehe*


nota kenangan untuk diri sendiri :
sempena hari lahir saya, ada la jumpa mr bikbik hari ahad 26hb.
tapi macam biasa la, kami lepak pavilion. itu je lah kerja kitorang. lepas tu tengok wayang.
hari tu tengok Super 8. padahal citer tu dah lama, layan je. tapi macam haram ending dia. haha.

lepas tu pegi mamam,
dan lepas mamam,
mr bikbik kata,

"yam, hadiah posponnn tauuu. betul-betul tak dak macam tahun-tahun lepas suh tutup mata sumer tu. hehe. macam bi jugak la posponnn adiah bik 6 bulan tu. hehehehe "

amboi mengungkit nampak! -kata dalam hati
tapi depan depan aku kata,

"takpa la bik, bi tak kesah pun."
cakap tak ikhlas tu.
hahaha

"tak la yam, ade ha bik bawak adiah ni.nah yam, adiah dari bik. balik ni goreng, tapi buh
satu satu tau, nanti dia kembang besaq dalam kuali. hehehehe"
tiba-tiba dia keluarkan 1 bungkus keropok ikan kering.

hahahaha.
senget betul laki aku ni, tapi dalam hati..
alaaaaa, dapat adiah keropok je ke? waaaaa tak sukaaaa!


"errrr, ni lagi satu bik nak bagi. tapi bukak kat rumah tau, malu la kalau bukak kat sini. hehe."



"eii ape ni? kiutttt laaa. hehehe"


hehe kiut kan? dia bagi kad, eh surat sebenarnya.
macam tak percaya sebab dia ni memang takkk pernah bagi apa-apa macam ni kat aku. dan dia sangat TAK romantik! selama 6 tahun kenal, kalau dia cuba nak romantik tapi tiba-tiba benda tu jadi lawak. haha.


balik rumah terus telek tulisan dan lukisan,
kiut la, walaupun tulisan buruk dan lukisan pun buruk! haha.
rasa macam dapat surat kite suke awak masa darjah tiga sekolah rendah dulu.



siap ada setem 30sen ok! memang posmen pun tak nak hantar.
*nota kaki : ehd adalah trademark gelak kami dalam sms. kehkeh.



boleh pulak lukis rumah kat belakang sampul. sampul buatan sendiri lak tu. kiuttttt!
*komen: pintu herottt! haha.


dan terus bukak dan baca.
sangat menyentuh.






Ya Allah, jika dia lah jodoh aku, tolonglah pelihara hubungan kami sehingga ke jinjang pelamin dan sampai bila-bila pun.
Aminnn.