si mulat mulatt :)

tutt tuttt!!
mesej masuk,

buka mesej








wahh, kiut.
sekarang dah pakai sepit rambut dan tudung.

sangat sangatt rindu budak kecik ni.
eiiii

:)




p/s : How does living in the city make you feel? Safe? Dun risk it, get #ADT installed today!

nasik beriyani pengubat kencing manis. boleh?

rasa macam korang semua dah tau cerita (gosip @ benar, tak tau la pulak) pasal meatball Ikea yang nyum-nyum tu kan?
aku rasa aku je yang lambat tau kot.


situasi 1 :
hari sebelum semalam (semalam Ahad), tengok iklan ikea tunjuk bakul jejaring besi rm19 (agaknya lah). lepas tengok tu aku dan cik jz macam biasa la tunjuk ragam macam orang mengandung 3 bulan 5 hari. 'ngidam meatball, lama tak makan. bla bla bla...'

kak lysa (kakak satu bilik aku) pun kata, 'jom jom ahad kite pegi nak?'

serentak aku dan cik jz, 'yeyeyeye, jom tido awal malam ni, sok nak bangun awal'.
oke, semangat macam budak-budak terencat.


situasi 2:
semalam, tengah hari dah gerak ke sana. tiktoktiktok campur situasi sesat jalan, masuk jalan mati dan parking full (kena parking kat the curve rm3), kami pun sampai la dalam pukul 2. lambat sungguh. perut krukkruk sudah.


*nampak muka semangat dalam lif*


situasi 3:
masuk Ikea, sambil ambik barang-barang dapur yang berkenan untuk dibeli (nak bawak balik bagi kat mak), tiba-tiba mata terbeliak baca notis yang ditampal. masa tu aku je la yang tengok, orang lain lalu situ buat tak tau pun. tak perasan agaknya ataupun dorang dah tau.



erkk, tekedu dan tertelan air liur selepas baca. (tak tau lah tertelan air liur sebab teringat meatball oink-oink atau sebab mengidam). siap ada perkataan samak kot. dengar gosip sebab meatball tu, tak pasti status kehalalan nya.

notis ni sejak bila ek? dah lama ke? aku je kot yang tak tau?


situasi 4:
dengan muka kelaparan dan kehampaan, keluar dari Ikea, terus menuju ke Kedai Nasi Beriyani Hj Ismail, TTDI. nasib baik nasik dapat mengubati perut krukkruk kami.


*the femes? sedap jugak*



sekian.

Hampa.


p/s : masih mengidam.

kontes isi masa lapang

arahan : sila bulatkan perbezaan pada gambar di bawah.
(hanya dibenarkan menggunakan marker artline merah, sila bulatkan/tandakan pada skrin komputer anda)






hadiah utama : 5 x iPack
hadiah saguhati : 20 x Blackstoberi

cepat-cepat! tarikh tutup penyertaan adalah sebelum atau pada 19.05.2011.


hehehe



p/s: cuba tengok perut lelaki di atas? hehe.

tips nak jadi jutawan?


sekarang tengok ramai nak tambah duit lebih.
tak kira la yang bekerja atau tak.
tak salah kan, janji anda rajin.


macam-macam ada sekarang ni.
macam tak percaya, patutla ada orang boleh buat duit hanya dengan cara ni.


kalau anda penulis blog, boleh join nuffnang -satu komuniti pengiklanan blog. setiap kali iklan diklik, kah-chinggg! dapatlah beberapa sen masuk ke tabung anda. jadi la kan? sikit-sikit lama-lama jadi jutawan.

tak cukup, lambat masuk duit?
boleh join churp-churp pula. comel je nama. yang ni macam laju sikit, bak kata cik echa lah. janji anda rajin share iklan. tak kisahlah kat twitter, facebook, blog, ym, etc. sekali orang klik, kah-chingg lagi! haha macam syok.


aku pasti ramai dah join. seronok, sambil-sambil main tenet boleh buat duit.


ade lagi beberapa komuniti macam ni, tapi aku tak berapa sure kesahihannya. cukuplah dua jenis tu yang paling femes. kan?


aku pun mula-mula tak faham benda ni semua. baru je try, ada la singgit dalam tabung.
tapi yang jadi masalah, aku adalah pemalas. so, kalau malas tak kan jadi jutawan la.

boleh berangan! :)



p/s: kalau aku ade promote apa-apa tu sila lah klik. bantu aku nak kumpul duit kawen ni. lalala.

aktiviti berkumpulan

**entri yang sudah lama besarang dalam draft, malas nak publish. boleh?**


aku rasa macam nak kutuk seseorang. ni kes tak puas hati la kan. tapi bila pikir balik, tak payahlah kot. macam bahaya, mana tau nanti ada orang yang mengenali beliau menyekodeng kat sini. lagipun aku nak jadi macam cik uda, POSITIF! hehe.

nak cerita apa ye, tak ada ceita menarik. hari-hari benda yang sama. betullah orang kata kalau dah kerja ni lain sikit. memang pun. aku dah menghampiri tekanan, kebosanan. mungkin sebab suasana kerja? kalau sebab tu, aku berdoa semoga aku dapat kerja lain yang lebih enjoi. boleh macam tu?

selamat hari pekerja (sudah lepas) dan akan datang hari ibu. jangan kedekut bagi duit pada ibu, banyak berkat kita dapat.


oh ya, sempena cuti panjang hari buruh, eh, hari pekerja. tak sedap betul panggil hari buruh. dan cuti adalah, tak la panjang sangat. aku pun tak dapat cover balik waktu tidur yang tertinggal. ehmm.. eh berbalik kepada pemulaan cerita - sempena cuti hari pekerja yang lalu, kami satu famili pergi PD. ok, ok, mungkin pada sesetengah orang akan kata "eleh, setakat PD pon nak kecoh.". eh eh suka hati aku la, ni belog aku kan? hahaha. memangla setakat PD, tu je yang termampu. tapi menarik jugak untuk bercuti kan. lagi-lagi dengan famili. bukan senang nak kumpul ramai-ramai (tak da la ramai mana pun). takpe, janji dengan famili. syok! aku pun dah berbelas tahun jugak tak bercuti kat sana. sumpah tak tipuuuu.




budak kecik paling semangat. over. sengih sana, sengih sini.



haha tarik baju ayahnya.



ini aktiviti paling syok. kami naik bertiga saja. haha.
jatuhkan tengah laut, mcm orang gila jerit kaki tak sampai.
memang dasar tak reti berenang. haha.



muka paling cun yang mampu dilakukan.



dah letih. kesian.
macamlah dia tu berenang. hehe



p/s : mak, selamat hari mak! i lebiu muah muahhh. :)