takda benda nak cerita, inilah jadinya

eh, da lama tak update. gila lama. busy sangat agaknya. lah!
tapi jangan ingat aku tak ambik tau perkembangan semasa dunia blog. aku masih mengintai blog orang secara senyap. stalker? mungkin.. mengaku.


tiba-tiba nak bagi pendapat, pasal blog orang.
ok, baguslah kan orang ada keinginan nak tulis blog. rajin pulak tu, bukan macam aku. tapi, kadang-kadang rasa malas nak baca blog orang yang kelihatannya sangat serabut. serabut - pada pendapat aku lah. contoh macam, serabut pada background, font, iklan, button, ayat dan macam-macam lagi. rasa macam dah tak boleh nak bernyawa bila singgah di sana. tu memang teruk dah tu. hehehe, suka hati aku je nak komen, macam blog sendiri lawa. bukan apa, kalau tak kena dengan aku, memang akan mematahkan semangat aku nak jadi stalker kat blog tersebut. terus X lah jawapnya.
-ini adalah pendapat sendiri, lain orang lain citarasa. mesti ada orang lain jugak tak suka blog aku kan? like i said, CITARASA MASING-MASING MESTI BERBEDA! tiba-tiba keluar bahasa indon. muahaha
" pergi bagi cermin kat blog awak dulu cik ems! :p "



eh, cakap pasai cermin kann.
cuba tengok gambar diambil pada cermin sakti yang berserabutan.
hehe, siapa pernah ke sini? angkat tangan.




dia klik!



dan...



saya pulak klik! :p