hello!
oh lupa, ada budak tadika kata, ustazah kata jangan cakap hello. tu omputih punya bahasa.


hola!
boleh tak hola?
tak boleh jugak?


Assalamualaikum..
lagi baik ye tak?


ok, sudah lama tak tinggalkan coretan harian di sini.
bukan menghilang, tapi malas.
penyakit lama datang lagi.
biasalah, lumrah penganggur ada sifat malas cari kerja, malas buat kerja.
tapi kerja makan jadi rajin. kenapa? semua orang tau jawapan.

tak ada apa yang berlaku setakat ini, everything goes naturally.
masa-masa terbaik untuk bersama keluarga, sementara belum mempunyai komitmen.
serius bunyinya. eh, tak adalah! :)

nak taip apa lagi? ermmm.


oh ya! lupa pula.

kepada bikbik saya, -incik peoih, ada juga panggil dia miki.
banyak betul nama.
eh, bikbik tu bukan orang gaji saya ya! hehe.
dia adalah salah seorang daripada insan-insan kesayangan saya.
Selamat Hari Lahir yam !
on 20th Jan
'enjoy your life! I'll always be by your side'


selalu disisi yam walaupun tiap-tiap hari macam ini perangainya.
dah kata sayam kan, terima je lah. hehe.


p/s: oh yam! banyakkan lagi latihan mulut potpet! bi suka!! hehe

teratai di taman tasik taiping

pergh tajuk tak tahan. bukan nak cerita pasal bunga teratai, mahupun menyanyi lagu teratai bunga indahhh. tidak. kalau nak tau lebih lanjut pasal teratai sila google. saya bukan prof tumbuh-tumbuhan, saya hanya seorang tembam yang perlukan masa untuk bersenam.

seperti yang telah ditaip di atas tadi, saya adalah seorang tembam! jadi, makanya, kesimpulannya, oleh sebab itu, haruslah mencari masa untuk bersenam. hujung minggu adalah masa yang terbaik. bersenam bersama keluarga adalah yang paling terbaik! dimana bersenam? bagus soalan itu. yang pasti bukan di gym!




pokok trademark taman tasik taiping


mama saya yang semangat joging! "mak tak boleh la kalau jalan ja, mesti kena lari!". wahh, semangat. mak sapa la tu


ini la teratai.


contengan dengan kelulusan dari pihak zoo. tembok pemisah penghuni zoo dan manusia bumi.


eh budak demok ni bukan joging pun. baring je sampai tertidur. lagi demok la jawapnya.



p/s : gambar dari telefon bimbit nokia, gambar kurang berkualiti tetapi selepas dibaling masih tiada masalah kerosakan fungsi. terima kasih nokia! :)

bersemangat !

tiba-tiba... aku jadi sangat bersemangat. baru sekarang rasa. bukankah sepatutnya dari dulu lagi? entahlah, bila sudah buat kira-kira, bila sudah jadi ahli nujum, baru sekarang sedar. rupanya banyak yang perlu diperbaiki untuk kepuasan diri sendiri.

maka azam baru 2011 perlu dilaksanakan bermula dari saat ini! semoga semua berjalan dengan sempurna. Allah pasti akan bantu. jangan risau. kita hanya perlu berusaha. oooohh okeyy!!!


tiba-tiba : terlebih senyum. takpa, sedekah la tu kan? :)

selamatlah kita semua!


SELAMAT TAHUN BARU 2011 !

semoga semua azam anda tercapai dengan jayanya!


pommpommm!