Teheee!


Hari ni, weekend ni, banyak benda kena setelkan.
Dah buat check list tadi dan baru perasan.
Harap setel lah semua tu minggu ni.
Dah rasa macam nak kawen pulak ber check list bagai. Haha.
Padahal buat simple je, sangat simple!


1.1.2012 tak lama dah. Waaa cepatnya!
Rasanya geng-geng semua dah tau kot,
I'm getting engaged on that day.
Hehe, will be someone's fiancee!


Geng-geng dalam blog jemput datang ye. (nasib baik tak ramai geng sini. Haha)
Rasanya geng-geng sini sama je dengan geng rapat aku.
So, aku dah jemput la kan. Hehe.
Mai la datang Tepeng, boleh jenjalan pergi zoo lepas lunch free kat umah aku.
Ok what?? Lepas kuar zoo boleh pergi wat sesi fotografi kat Lake Garden.
Lepas penat petang tu pergi cari Char Kuey Tiaw Doli, tak pun cari Mee Udang Banjiaq!
Best kan? Kan? Kan?
Hehehe.


Waaa, excited plus nervous!
Teheeee :)


Jahat Sangka


We always use these verses - 'tak baik tau buruk sangka' instead of,
'tak baik tau jahat sangka'.

What's the different huh?
I like the second, sounds lovely.
Hehe.


Hey people! It's Friday.
Happy Holiday.





HB


"Happy Birthday Abah!"


A day without you is like a day without sunshine.
I miss you.
We all do miss you.




Iklan : Do you know that just by walking 10,000 steps each day, you burn more than 300 calories? Be #healthy

United Buddy Bears @ Pavilion KL

Siapa-siapa yang tak pernah jumpa beruang silalah ke Pavilion. Macam aku, peghak tak pernah jumpa beruang. Minggu lepas, dua hari kot aku pergi Pavilion sana nak tengok dan bergambar dengan beruang. Bukan ada satu ekor beruang saja, tapi ada seratus empat puluh tiga hoiii! Eh korang tau tak peghak tu apa? Hehe.


"We have to get to know other better...
... it makes us understand one another better,
trust each other more, and live together more peacefully."
- Motto : United Buddy Bears .


Personally, I really love the massage,
"The Buddy Bears stand together "hand in hand", symbolizing the future vision of a peaceful world. Each bear stands for the people of the different countries and their culture, yet not for political systems."


Spread the message

Budak muncit sangat teruja.

Introducing you, the Malaysian Bear. .
An art by A. Rahim Muda (Imuda Piiiirahhh) Hewhew

Very the excited!

Kena halau sekejap ketika bersama beruang Malaysia kerana suruh bagi laluan kepada Menteri itu. Oke, dia menteri. Aku hanya jurutera bergaji murah. Erkk

Oke, itu lucah. Nasib baik hanya ilustrasi, kalau tidak?

Come come come here meet and hug the Bearssss!!



Duta RapidKL

Umum sudah tahu yang kini sistem LRT Laluan Ampang & Kelana Jaya telah bersepadu. So kiranya sapa-sapa yang selalu tukar-tukar LRT tu tak payah la susah-susah time kat machine tu untuk touch card T&G atau tiket, tak payah jugak susah-susah beli tiket lagi untuk tukar laluan kan. Terus je tukar LRT. Kan senang tu.

Tapi baru-baru ni, nampaknya orang ramai khususnya orang KL la masih teraba-raba lagi tentang sistem ni. Aku sendiri pun macam tak paham lagi mula-mula tu. Contoh, baru-baru ni aku nak pergi ke Plaza Rakyat, aku ambil token ke Masjid Jamek dulu. Buat macam biasa la kan, macam guna kad dulu tu. Sekali tengok kat LRT Putra Masjid Jamek tu sudah tak ada machine token. Semua dorang letak kat atas dan tak ada sekatan untuk ke LRT Star. Hohhh baru tau boleh beli terus token tu untuk guna Star pulak. Bagus.

Oh cerita pasal token pulak. Yang ni macam lawak la, orang memang ramai tak tau nak guna ni. Nak guna machine tukar token pun ambil masa lama kot nak beratur. Tapi nanti semua dah terel, ok la kot. Benda baru masih terkial-kial la. Hehe. Yang lawaknya, token tu dorang tak tau pun nak buat apa bila dah kat machine enter tu. Nasiblah ada pegawai yang jaga tu kata scan je kat situ kan. Aku first guna pun buat muka terel, padahal jeling-jeling jugak orang sebelah macam mana nak scan jugak. Haha. Ada jugak yang bukan scan kat tempat yang sepatutnya, tapi pergi letak token sambil gosok-gosok kat skrin tu. Haha sumpah lawak. Lepas tu dah kat machine out, tak tau pulak yang token tu kena masuk dalam lubang tabung tu. Ada yang masih try scan lagi. Hahaha.

Ok la, aku buat entri ni bukan pasal nak bebel. Nak kasi info sikit yang baru-baru ni Rapid KL ada ambil model untuk pengenalan sistem terbaru ni. Kira model ni macam duta Rapid la untuk memperkenalkan produk terbaru dorang. Bagus jugak kan. Hehehe.


Ni dia, duta Rapid terkini,

Dia ni memang ngen la, sampai nak masuk tren pun nk buat macam ni. Malu oke! Haha.

Si ngen! Layankan je la.




tiba tiba teringin weyh!



Tiba-tiba teringin menatang ni. Ni sebab tangan gatal godek mmc la ni, terserempak gambar-gambar di bawah ni. Gila sedap! Nasib baik nafsu dapat dikawal, kalau tidak tiap-tiap bulan tak cukup makan nasik, asek makan menatang ni saja. Memanglah bagus Tuti Fruti ni, tapi harga tu je yang tidak bagus. Pffttt!


Tuti Fruti, nama pun macam kiut je kan? Hehhh.

Ni gambar time pembukaan kedai dorang kat Ampang Park 11112011 hari tu. Gila lama dah gambar ni. Haha. Baguslah buat kat Ampang Park, tiap-tiap hari aku lap air liur bila lalu tepi kedai ni. Mata boleh pandang saja la, yang tu je yang free.

Si tembun ni!
Saya punya BFF Cik Aishah.
Kena rm11.05. Ni pun setelah diskaun 20% dan sedaya upaya ambil seminima mungkin keberatan topping tersebut. Paham tak?
Tiap-tiap hari bekerja aku melalui jalan ni. Sabar je la.



Malas

Hadoi.

Lama dah tak update sini.
Aku selalu buka baca blog kawan-kawan tapi tak da masa untuk post pada blog sendiri.
Busy? Ya benarrr.
Tension kot, tapi terpaksa. Dah nama pun kerja kan.
Banyak post aku dah tertangguh lama.
Tengoklah kalau rasa-rasa tak basi lagi aku kasi post.
Kalau tak, tak lah.


Hari ini aku dapat berita yang agak menggembirakan, tapi nak simpan dulu.
:)

ta! ta!




Cantik



Boleh dikatakan setiap hari, permandangan sebegini dapat aku lihat dari balkoni rumah aku sekarang.
Dan setiap kali itulah hati aku berkata,

MasyaAllah, sangat cantik ciptaan Dia yang Maha Besar!


langit cantik,
awan cantik,
semua ciptaanNya cantik,
termasuklah kita semua cantik-cantik belaka.

Terima Kasih ya Allah sebab bagi aku hidup sempurna di bumi Malaysia ini.
Alhamdulillah.

Konvokesyen (Bahagian III)


Haha aku rasa entri ni macam nak basi kot. Tak pun dah basi. Tapi aku nak tempek jugak gambar ni. Buat kenangan kan. Hehe.

Tak nak taip panjang, tengok sajalah. Letak gambar sikit je, malas nak letak banyak-banyak!


Oke, aku memang suka no 6!
Kawan pertama di Uthm, kawan baik - Bad
Kawan-kawan serumah / sekelas / sekampus
Cik Jah, Cik Bismi dan Cik Amani super kiut!
Hohh keluargaku bahagia. Muah mak!


Rasa lega sebab sudah ada Ijazah dalam genggaman.
Tapi aku tak puas lagi. Masih berusaha puaskan diri.
InsyaAllah.

1.11.11

1.11.11


Sayang,
This is our 6th year.

Thank you for being such a huge part of my life.
Thank you for reminding me of my strengths when I feel so weak at times.
Thank you for helping me to see the other side of the clouds when the rain comes in.
Thank you for loving me, even with all my flaws.
Thank you for just being the wonderful person that you are.

Sayang,
I think..
our relationship is BEAUTIFUL.

And I can't wait for more bright stories to come.

InsyaAllah

Konvokesyen (Bahagian II)

31 Oktober 2011 - Selesai sudah bab yang ini. Rasa lega sebab dah dapat Sarjana Muda. Hanya untuk lima helai kertas (Sijil Sarjana Muda ada dua helai dan Transkrip ada tiga helai) aku habiskan masa tiga tahun yang lepas. Rasa berbaloi? Mungkin belum lagi.

Nanti entri lain aku letak gambar. Tak banyak pun, gambar dengan famili je banyak. Dengan kawan tak banyak. Macam biasa lepas keluar dewan memang tak nampak sapa-sapa dah. Dan mohon maaf pada geng yang ambik gambo pre-konvo hari sebelum itu sebab tak dapat join. Sampai agak lewat dan kelam kabut. Lagi pulak dari mula majlis sampai habis majlis hujan saja. Aduh, tak dapat nak gambar lebih-lebih. Sabar je la. Tak tau bila lagi nak pergi sana. Tak pegi dah kot.

Kepada Uthm, semoga lebih maju lagi. Serius aku macam kagum gila tengok perubahan Uthm. Kenapa tak dari dulu lagi macam tu? Tak sempat nak merasa.


Terima kasih mak, abah dan famili.
Terima kasih pensyarah, cikgu, dan kawan-kawan.
Terima kasih bakal suamiku. Hewhewhew.
Terima kasih sebab sudi menjadi pendorong aku.

Tolong doakan aku dapat kerja yang lagi best dengan adanya ijazah tersebut. Hehh


Aku suka fakta ni,
Aku terlibat dalam Sidang 6 (sidang last untuk konvokesyen hari tu) dan nombor giliran aku adalah nombor 66 (aku rasa macam menarik sebab aku suka nombor 6, aku kan lahir bulan 6)

Ok bye!


Iklan : Tolong lawan denggi! Ganyang aedes!

Aduan Rakyat

Ada seseorang telah menyatakan ketidakpuasan hatinya. Aduan rakyat ambil berat.


1) Gua dah stress kerja kat sini. Macam sial. Dah la taik dulu dorang tak basuh, so sekarang dapat kat orang lain kena setelkan pulak basuh taik tu. Paham tak? Tak paham sudah.

2) Gua dah stress kerja kat sini. Kalau nak sindir-sindir orang sila fikir sensitiviti orang lain dulu. Jangan main lepas je cakap. Gua rasa macam dah penat nak jaga hati orang, tapi terpaksa jugak. Sobss.

3) Gua dah stress kerja kat sini. Rasa macam ada situasi pilih kasih. Suka sangat ye kat orang kaki kipas? Tak pe, nanti kalau gua kaya gua beli kipas besar punya kasi tala kipas kat lu, eh tapi bila nak kaya entah, gaji gua ciput, macam gaji bangla jaga 7e. Memang dasar !@#$%^*.


p/s : Pheww, sabar...

pencerobohan oleh sekumpulan perompak dungu dan psiko

Semalam adalah misi mencari barang konvo, oke lah dapat kasut sarung hitam (tak la hitam sangat, suka hati je kan) dan alang-alang murah terus ambik jugak lagi satu kasut untuk bersuka ria. Seronok, tak sampai rm50. (Memang aku sangat berkira walaupun seringgit dua).

Sebelum itu, macam biasa aktiviti tengok wayang. Rasa macam malas tapi dah incik Bikbik beria nak tengok heroin cun Nicole Kidman. Eh, dah tua pun cun lagi oke, badan kurus kering, hot sangat! Dan saya? Mustahillah saya minat Nicolas Cage kan? Oh tidak. Haha. Sebelum tu ada pernah tengok jugak trailer cerita ni, nampak macam best. Jadi, kami pun beli tiket cerita Trespass, 23 Oct 2011, jam 1.50pm, Hall 1, Seat C01 dan C02.


"Cerita ni mesti pasal bini dia yang jahat ni, merancang semua tu" - bikbik.

"erkk, ye kot" - saya


Masuk hall 1.45pm, keluar hall 3.30pm.


"Ingat ke bini dia yang jahat kan, upanya bini die ada skandal dengan laki tu" -bikbik

"Eh ape pulak, dia tak nak cium la"-saya

"Eh a'ah, kena cium paksa kan time tu"-bikbik


Haha, ada pulak mengulas pasal aksi cium. Gila horny kan. Kahkah. Secara keseluruhan cerita ni biasa je kot, jalan cerita pun sangat mendatar. Tapi dalam trailer macam best (pandai dorang edit sampai jadi kami terpengaruh, ekkk), mungkin sebab pelakon yang femes jugak kot. Macam part suspen tu kurang, saya rasa macam Nicole je kot yang banyak mainkan watak emosi. Dan ada tambah la sikit kasi penonton keliru yang Nicole tu betul ke ada skandal dengan salah sorang perompak berbadan hot tu kan. Tu je. Boleh la. Dan cerita ni pun macam boleh diramal. Ending macam tu saja. Ending perompak mati, rumah dan duit berjuta-juta terbakar. Hish.


'Bahkan tidak keterlaluan rasanya jika saya mengatakan Joel Schumaker bertuah kerana filem ini dibintangi pelakon hebat meskipun naskhahnya biasa-biasa saja. Sekadar lokasi minimum iaitu mahligai indah milik pasangan suami isteri, Kyle dan Sarah Miller, hutan kecil sebagai latar penonton 'diajak' merasai situasi cemas sebuah keluarga kaya yang ditawan sekumpulan perompak dungu dan psiko. ' - Sumber Harian Metro



Tukar topik,
Selepas keluar wayang terus pergi makan di food court, gila mengidam Western Food. So beli ini,


*Spaghetti hape ntah with salmon


Dan bikbik, saya macam tak percaya dia makan ini,


*Hahahaha bersungguh nampaknya

Sebab sepanjang perkenalan enam tahun hanya tahu dia adalah peminat nasik. Orang asia lah katakan. Saya orang Florida, tak mustahil lah kan? Hewhewhew.

Ok Bai!

Bila perempuan menangis

Pernahkan anda tertanya-tanya kenapa seorang perempuan menangis hanya kerana seorang lelaki? Mungkin sebab anda sudah terbiasa dengan auta bahawa perempuan memang suka menangis...

Seorang perempuan takkan menangis dengan mudah, tetapi hanya apabila dia mula menyintai anda, dia mula merendahkan egonya untuk anda semata-mata kerana anda.

Apabila dia menangis di hadapan anda,
Apabila dia menangis kerana anda,
Pandanglah matanya,
Bolehkan anda rasakan apa yang dia rasa?
Pernahkah anda CUBA untuk memahami apa yang dia rasa?
Fikirkan…
Berbaloikah dia menangis,
Dihadapan anda,
Hanya kerana anda?

Dia menangis bukan kerana dia lemah,
Dia menangis bukan kerana dia kasihan atau simpati,
Dia menangis,
Kerana dia tidak lagi mampu untuk menangis didalam hati,
Kesedihan yang dirasainya menjadi semakin berat untuk disimpan.

Guys,
Cuba ambil masa untuk berfikir,
Jika si dia menangis hanya kerana anda,
Mungkin sudah tiba masanya anda fikir kembali di mana silap anda,
Kerana hanya anda tahu jawapannya.

Fikirkan,
Kerana suatu hari nanti,
Ianya mungkin terlalu lambat untuk menyesal,
Atau terlalu lambat untuk mengucapkan “maafkan saya…”

Guys, kalau seorang perempuan menangis kerana anda, janganlah anda membiarkan dia menangis keseorangan. Beradalah disisi dia, menemani dia, kerana dialah yang akan setia dengan anda sehingga akhir hayat anda.

Guys, kalau seorang perempuan menangis kerana anda, janganlah anda meninggalkan dia selagi dia masih memerlukan anda. Kerana anda akan merosakkan hidup dia.

Guys, jangan pernah mengungkapkan rasa cinta anda kepada seorang perempuan selagi anda belum benar-benar yakin dan sedia untuk bercinta. Kerana anda hanya akan membuatkan si dia menangis dan sengsara...Mudah bagi seorang perempuan untuk berpura-pura melupakan cinta lamanya terutama cinta pertama, tetapi bukan mudah untuk membuang parut dalam jiwanya...


p/s : To my dearest Incik Bikbik, sila baca dengan penuh keinsafan, hehe.
Sumber : Facebook sini


Iklan : Roll out the red carpet! It's a night to mingle with the stars @ #AstroIPTV Hollywood Party!

Kenapa Atom kemek?

Minggu lepas rasa macam minggu tengok movie. Ada tengok kat Astro, ada yang tengok kat wayang. Dah la tengah sengkek, lagilah banyak gune duit untuk kegunaan yang tidak sepatutnya. Tsk tsk :( Tapi tak pe kot, boleh release tension, tengok movie dengan orang tersayang.


Jom kita start review movie untuk minggu ini,

Cerita hantu Siam (Aku tak tau tajuk, lupa. Haha),
Hari Jumaat malam hari tu, pergi lepak rumah kakak bestfren saya si Asid tu. Tido sana. Dorang dalam rumah tu memang hantu cerita hantu. Paham tak? Oke, cerita boleh tahan la tapi aku tak paham sangat. Mungkin sebab mata sudah kuyu. Cerita pasal bunuh-bunuh, lepas tu jadi hantu balas dendam. Oh, rupanya orang yang disangka baik adalah jahat, dialah pembunuh. Eh jap, macam ingat tajuk tapi alaa tak sure pulak. Ampun.

Bini-biniku Gengster Lembut,
Pagi sabtu tu kakak Asid langgan cerita ni kat Astro First. Gila macam membazir kot. Cerita tak ada motif. Setakat lawan-lawan tapi masih tak nampak ganas, hadoila. Konon gengster. Ape motif citer ni wei? Tolong bagi tau aku.

Al-Hijab,
Tonton filem ni dengan Asid kat GSC Midvalley. First time beli tiket online, print tiket sendiri dan sebelum masuk wayang kena scan dulu. Haha jakun! Oke, sejujurnya tak tau nak komen macam mana. Aku rasa cerita ni masih tak mencabar iman ketakutan aku dalam menonton filem seram. Bukan cakap besar tapi betul ni. Tapi, watak hantu agak seram juga sebab mekap yang superb. Ada satu hantu tu macam hantu Chucky, erkk. Jalan cerita? Biasa-biasa saja.

Real Steal,
Hello! Kalau tanya aku filem apa yang terbagus tahun ni, aku kasi vote pada Real Steal! Gila betul best. Aku jadi gila tengok cerita ni, sampai bergelinang air mata jugaklah. Sedih! Haha. Aku semangat tengok, rasa macam berada betul-betul tengok Atom Vs Zeus beraksi di gelanggang. Siap jerit-jerit dalam wayang. Sangat best, jalan cerita best, pelakon opkosss la best kan. Hugh Jackman tu, ala yang menari-nari sepsi dalam iklan lipton tu. Hewhewhew. Aku suggest korang pergi tengok ni ok! Tak rugi punya walaupun korang tengah sengkek macam aku. Yeay!



*al-hijab yang tak berapa _____


*the best Atom, walaupun sudah kemek kena tumbuk dengan Zeus. Hewhew


*Inilah bestfriend saya sampai menutup mata. :)


*Ini? Pagi-pagi lagi sebelum tengok Atom sudah berada di Kedai Nasik Ayam.
oke, aku ada double chin. Cis kau gemok!

The Perfect Mate Kaw Kaw

Sediakan mug - masukkan Nescafe setengah camca - masukkan gula 1 setengah camca (kurang manis la konon) - masukkan 2 camca krimer Coffee Mate - kasi bubuh air panas secukup mug - kacau-kacau dan hirup slurrpppp. Ahhh hilang dahaga.

Tiap-tiap hari buat ni. Adoi, tak baik untuk kesihatan betul, tapi nak buat macam mana kalau tak minum rasa mengantuk. Boleh ketagih ni (ataupun memang sudah ketagih?)

Hari Jumaat lepas, waktu rehat panjang tengah hari, saya bersama-sama dengan Cik Echa dan Cik Aishah selepas pergi Pejabat Pos Ampang Park, tiba-tiba terpandang lori Coffe Mate,

"Kak, mari try kak. Free je"

"Weh, jom le ambik, dapat air free tak payah buang duit gi minum kedai"

"Nah kak, ni gula ngan Coffee Mate. Ni kopi. Kalau nak pekat, berkrim bubuh tiga sudu, kalau sederhana 2 pun cukup."

"Aik. buat sendiri ke?"

"Ye kak, hehe"

"Yang sejuk tak da? Ingat ke ade yang sejuk."

"Panas je kak"

"Tak de bagi Coffee Mate free ke?"

"Yang tu tak de la kak. Hehe"

"Hehehehe. Suka hati je mintak kan"


Dah siap buat, tiba-tiba,

"Kak, tangkap gambar kak, ade frame ni. Tak pe frame tu die tu tolong pegangkan"

"Aik ade pulak tangkap gambar. Letak kat FB ke? Hehe"

"Ye kak, nanti kami upload kat page kami Perfect Mate"

"Wah, femeslah. Nanti kami like gambar sendiri. Haha"


Mai la like sini, Page Perfect Mate Coffee Mate


Coffee Mate ni kalau dah abis kat ofis ni komfem Nescafe tak laku. Begitu juga kalau gula dan air tong abis. (Haruslah tak laku kan, kalau habis macam mana nak buat air) Haha Ok bye.



strawberry swing





they were sitting, they were sitting in the strawberry swing
and every moment was so precious
they were sitting, they were talking in the strawberry swing
and everybody was for fighting, wouldn't wanna waste a thing
.
.
.
now the sky could be blue, i don't mind
without you it's a waste of time
could be blue, i don't mind
without you it's a waste of time


Ganjil. Mitos kurus dan tembam.


Orang tembam cari pil nak jadi kurus, orang kurus sebuk cari pil bagi tembam.

Seorang penjual menjual produk kurus, tapi diri si penjual tersebut tembam.

Ada sesetengah lelaki kata suka wanita tembam? Ya kah? Jaga hati saja kan?

Orang tembam kuat tenaganya berbanding orang kurus, tapi kalau lawan lumba lari orang kurus lagi kuat tenaga mereka berlari berbanding orang tembam.

Orang kurus lagi kuat makan daripada orang tembam?

Orang kurus boleh pakai baju orang tembam, tetapi orang tembam buruk bebeno kalo pakai baju orang kurus, tapi lebih banyak yang tidak muat.

Orang kurus nampak lawa, orang tembam nampak comel.

Orang kurus confirm boleh jadi model. Sekarang orang tembam pun boleh jadi model plus size ataupun model tudung, rambut, makeup, fokus muka saja.

Suara orang tembam lagi bertenaga dan sedap?

Orang kurus nampak tinggi, orang tembam nampak rendah.

Orang kurus boleh nampak macam tembam, tapi orang tembam boleh ke nampak macam kurus?



Banyak persoalannya di situ. Kesimpulannya?
Ramai orang kata, "ianya subjektif"
wat-eberrr

*Si tambun


p/s : Rekaan sahaja, tiada kena-mengena dengan yang hidup mahupun yang telah tiada.



Halo

Sedang belek folder yang aku copy dari mmc abang aku, tiba-tiba rasa nak share gambar ni. Dah lama gambar ni. Cantik sangat.


Fenomena Halo
Subhanallah.
*gambar diambil pada May lalu di Taiping*


"Fenomena Halo adalah lingkaran cahaya seakan-akan pelangi yang mengelilingi matahari atau bulan. Ia adalah sejenis fenomena optik. Ia adalah fenomena yang lebih kerap terjadi daripada kejadian pelangi"

laut dan kamu

Hari tu hari Ahad tak tau nak buat apa, terus pergi ke Teluk Kemang. Sanggup tu. Sangat seronok. Biasa lah kaki jalan pergi mana-mana pun seronok, pergi kedai 99sen pun suka tahap melampau kan. Nak buat macam mana.

Aku ni memang peminat laut, sungai, mana-mana je la yang ada air. Tapi hakikatnya diri ini tidaklah reti berenang. Setakat mengapungkan diri macam orang mati hanyut tu boleh lah. Tu pun kejap je, lepas tu rasa macam nak lemas dah. Lagi-lagi kalau takat
didihair tak tercapai oleh kaki. Ish ish ish.

Jadi, sesudah sampai ke sana, ingat macam malas nak mandi, sebab malas nak tukar baju kat toilet awam tu, pikir mesti full gila kan. So hanya nak jalan-jalan tepi laut feeling macam bidio klip lagu album ke 2, tak pun berlari-lari anak feeling macam baywatch pakai bikini. Wahh tak agak-agak kan. Haha. Last-last kena tarik oleh Bikbik yang ngen, abes basah baju. Alang-alang teruslah mandi. Eh eh tu bukan alasan ye, memang bajet tak mau mandi. Jahat betul Bikbik ngen tu.


Teruskan melihat gambar, kalau geli jangan tengok. Suka hati saya la nak buh gambar ape pun kan, ni belog saya. Diulangi, ini belog saya.


Bik luv bi. Konon-konon romentik la?

sabtu-day

Seronoknya bila tiba Sabtu, dalam fikiran hanya ada hari ini untuk melepaskan lelah dan membaikpulih pening yang terjadi selama bekerja 5 hari lepas. Ahh sangat seronok. Mandi pagi tidak perlu kelam kabut, best! Lepas mandi melangkah riang keluar rumah pergi sarapan di McD.

"1 set Sausage McMuffin with eggs ya, coffee please. Tq."



Ohh, bahagianya...


Eh, nak pergi refill kopi untuk kali ke tiga sat. hewhewhew.
(Kompem kencing bau kopi nanti, pedulik. Haha)
@McD kl sentral with my dear Yana.



iklan: jom belek Samsung GALAXY SII ! klik klik!

memo





"endless borders, countless days, our love will pave the way"

Konvokesyen (Bahagian I)

Konvokesyen (atau majlis penyampaian ijazah) merupakan tindakan penerimaan atau penganugerahan ijazah akademik dari universiti atau upacara sedemikian. Perkataan "konvokesyen" berasal dari perkataan bahasa Inggeris convocation yang tidak semestinya sama maksudnya (maksud asal convocation ialah "sekumpulan orang yang dihimpunkan untuk tujuan khas"). Di Amerika Syarikat dan Kanada, konvokesyen turut diadakan di peringkat sekolah dan kolej. Terdapat banyak tradisi yang berkait dengan upacara penyampain ijazah ini, yang paling terkenal kemungkinannya ialah lontaran topi siswazah ke udara. - Sumber Wikipedia.

Lontaran topi siswazah ke udara? Ya, teringin sangat nak buat ramai-ramai kan, tangkap gambar. Tapi mengikut pengalaman konvokesyen diploma dulu tak adanya menjadi kenyataan. Nak jumpa kawan-kawan selepas majlis tu memang susah, semua sebuk dengan famili masing-masing. Hope kali ni boleh tangkap gambar banyak dengan geng, baling-baling topi dan baling kasut sekali.  Haha.

Semalam tengok ni kat status fb UTHM, 
 

  Klik Klik Klik,

Ha, tu dia lucky number 63, cantikkk. Hehe.

 So sudah confirm (mestilah kan, kalau tercicir nama aku memang kena pergi mengamuk la, haha). Sekarang tinggal nak beli baju melaram (Hehe, melaram la sangat), sediakan duit untuk hotel (lega sebab dah booked), duit tol dan duit yuran je lah. Duit minyak ada orang nak sponsor. Selamattt. So kawan-kawan dijemput hadir ke majlis konvokesyen kami dan sila sediakan duit bunga untuk diberikan kepada saya nanti, terima kasih. ;p



gila sayang minah ni

Kalau pulang ke kampung, perkara pertama yang aku nak adalah jumpa, peluk cium mak kesayangan, dan semestinya sesi gosip-gosip dengan mak. Hehe.
Yang tu memang paling penting,
Yang lain adalah nak rehatkan kepala otak yang serabut dengan Kolumpo dan kerja yang memeningkan. So balik kampung dapat la release tension sekejap pun jadilah kan.

Tapi, perkara terpenting lain adalah sebab nak jumpa minah ketot ni,
Dia ni sekarang dah pandai sengih-sengih depan kamera, buat memek muka mengada, konon kiut la tu.
(tapi memang kiutttt pun, waaa tak tahan tengok! Picit sekaranngggg! Hehe)