planning

rasanya duduk rumah lagi membuatkan badan ni lagi malas.
maka, badan makin tembam.
ok, aku suka tembam. sedapkan hati.


oke, da hampir dua minggu menjadi penganggur, mungkin minggu depan baru semangat nak apply kerja mana-mana. tak kisahlah kerja apa pun. dah nama pun fresh grad, nak dapat kerja best tak mungkin la kan. apa-apa pun kena la cari pengalaman dulu. soal gaji tolak tepi. that's my opinion. tapi sejak habis belajar macam-macam dalam kepala aku. macam takut nak hadapi hari akan datang. diri sendiri yang akan conduct life sendiri. hohohoho, tiada keyakinan diri. semoga semuanya dipermudahkan. aminn..


minggu ni macam ceria lebih juga. plan nak ke kl untuk YES! ya, apalagi kalau shopping. wah, siap buat list tau. macam-macam nak beli. lagi plan nak ke Rock The World. itu mungkin. tapi menonton Malaysia pada final nanti adalah HARUS! jom kawan-kawan kita pergi ramai-ramai dengan semangat 1Malaysia. yeyehhh.


cik ems : sejak akhir-akhir ni aku gila tengok bola. terpengaruh mungkin?

No comments:

Post a Comment