planning

rasanya duduk rumah lagi membuatkan badan ni lagi malas.
maka, badan makin tembam.
ok, aku suka tembam. sedapkan hati.


oke, da hampir dua minggu menjadi penganggur, mungkin minggu depan baru semangat nak apply kerja mana-mana. tak kisahlah kerja apa pun. dah nama pun fresh grad, nak dapat kerja best tak mungkin la kan. apa-apa pun kena la cari pengalaman dulu. soal gaji tolak tepi. that's my opinion. tapi sejak habis belajar macam-macam dalam kepala aku. macam takut nak hadapi hari akan datang. diri sendiri yang akan conduct life sendiri. hohohoho, tiada keyakinan diri. semoga semuanya dipermudahkan. aminn..


minggu ni macam ceria lebih juga. plan nak ke kl untuk YES! ya, apalagi kalau shopping. wah, siap buat list tau. macam-macam nak beli. lagi plan nak ke Rock The World. itu mungkin. tapi menonton Malaysia pada final nanti adalah HARUS! jom kawan-kawan kita pergi ramai-ramai dengan semangat 1Malaysia. yeyehhh.


cik ems : sejak akhir-akhir ni aku gila tengok bola. terpengaruh mungkin?

selamat kawen kawan !


sekarang adalah musim buah, eh silap musim orang kawen. wahh,syok sangat tengok orang kawen yang cantik dan syok juga boleh makan nasik minyak tambah ayam masak merah pedas punya. slurppp!!

jadinya, dikesempatan ini saya ingin mengucapkan Selamat Pengantin Baru kepada kawan lama,
the-best-childhood-friend of mine,
Umi Balkis binti Idris

flashback - dulu masih berhingus.. main masak-masak, main cikgu-cikgu, panjat pokok, main gelongsor, bunuh tangkap berudu & ikan, main pasir, uishh tak tertaip. macam-macam jenis main kitorang main. sampai comot balik rumah mak kita marah kene cubit terus. padan muka!


woww, sekarang kau dah cantik umi. kau kawen dulu. tak aci betul.
tapi aku tetap doakan kau bahagia menempuh alam baru, semoga cepat dapat baby, cepat dapat cucu. haha. semoga berbahagia, aminn...

*pic from umi's fb! tq

short-term memory loss

pernah tak tengok cerita 50 first dates? lakonan Adam Sandler & Drew Barrymore. filem tu adalah kesukaan aku. cerita pasal seorang perempuan ni (namanya Lucy) yang mengidap penyakit short-term memory loss, so every night all memory of her day is erased. jadinya setiap pagi dia tak ingat apa yang terjadi semalam. she only have her long-term memory, that's why she's still recognize her father, friends, her childhood memory and so on. jadinya ada sorang mamat ni nak mengorat dia hari ni, then tomorrow she will forget him. so mamat tu terpaksa la mengorat setiap hari, over and over again. sangat lawak ok Adam Sandler. tambah2 lagi kawan dia Rob Schneider yang bengong tu belakon sama. hahaha.



sekarang anda boleh tengok cerita seumpama ini di tv3, drama actually. every monday till thursday, start at 6:30. aku layan citer ni, hahaha. dengan mak aku sekali turut terjebak sama. alah, hari ni jumaat tak de la citer tu. ermmm..



eh macam mana la dengan orang yang sakit macam dalam cerita tu ek? kesian kan. cuba kalau dah kawin? mau terkejut tiba2 bangun pagi tengok orang tak dikenali ada kat sebelah dia. hehehe. dan tiap2 hari orang sekeliling kena explain everything kat dia. boleh sembuh ke penyakit macam ni? macam kronik dah tu. ya Allah, jauhkanlah kami dari segala penyakit. aminnn


sebenarnya aku ada kenal orang yang ada penyakit macam ni. aku pun baru dapat tau ni. sangat sedih. aku dah lah penah tak puas hati dengan dia. aku penah cakap "hari tu kan dah banyak kali bagitau, tak kan tak ingat? ishh!". ada la sebabnya aku marah sampai macam tu kan. bila dah tau dia ada penyakit, terus rasa bersalah. oh mintak ampun. dia cerita, sebabkan penyakit tu lah sampai sekarang mak dia masih tak berani nak lepaskan dia pergi mana2, sangat protective. padahal dia dah besar. dia cerita pernah satu hari tu dia pegi jalan2 kat pekan sorang2, dan dia tak tau jalan nak balik! gila betul, kalau dah jalan jauh macam mana? bahaya. nasib baik dia kata terjumpa kawan mak dia kat pekan tu, dan dihantar balik. isk, kesian. now, dia still belajar, jauh jugak la dan mak dia memang sangat risau. dia kata kalau boleh mak dia tak bagi belajar. kalau balik cuti memang duduk rumah 24 jam la. kesian kesian. dia selalu mengadu kata kawan2 selalu buli, mengutuk, marah, taknak kawan ngan dia. sabarlah, mudah2an penyakit ko pulih. aminnn. ujian tu..

p/s : amnesia la kan?

senyuman hari ini


sila lihat tarikh hari ni.

yup! tarikh bersejarah, tarikh yang sangat ditunggu2 oleh aku dan rakan2 seperjuangan. hahaha. oke, hari ni hari terakhir menamatkan pengajian. selepas ni, i'm officially a fresh grad!
ems, sila cari kerja cepat oke!
Baiklah!!

tapi plan nak rehat dulu seminggu dua sambil apply jobs. nak rehatkan otak yang tak berhenti berfungsi ni kot. ish, susah hati jugak nanti dapat job apa la ye. waaa. yang penting kena berusaha. rezeki ada kat mana2. insyaAllah...

ya Allah tolonglah permudahkan urusan aku selepas ini. aminn..

cik ems : "kawan2 seperjuangan, tahniah!!! :)"

anda gatal telapak tangan?

tiba-tiba telapak sulaiman aku gatal, eh silap.. telapak tangan lah! ada ke wujud telapak sulaiman? aku gila hahaha. (penyanyi diriku tapak sulaiman tu pun dah kawen ek. jeles! ). ok, serius! telapak tangan aku gatal maksimum secara tiba-tiba. ingat ke ade ulat ketik (tau tak ketik tu apa?), tapi tak da pun..

tiba-tiba teringat..

kata orang-orang tua,kalau telapak tangan kanan gatal tu tanda bakal mendapat duit. kalau telapak tangan kiri pulak tanda akan ada duit kita yang keluar.


best betul kalau tepat ramalan tu. ni tangan kanan aku yang gatal ni. siapa nak bagi aku duit? kalau nak bagi tu bagila banyak sikit ek. hehehehehe

good old days !

hari tu, (entah hari apa aku dah lupa) bukak la FB, pastu ada la sorang abang sepupu aku post gambar2 lama dekat group famili kitorang, gambar time kitorang semua sepupu sepapat kecik2 lagi. gambar kat kampung masa tok bi dan tok wan masih ada. waaa, tak pasal2 tau aku mengalirkan air mata. nasib baik tak ada orang tengok. buat malu je. hehe. waaa, rendunya kat tok bi, tok wan, rumah kampung, arghhh sume2 la aku rindu. paling rindu suasana kampung oke!


abang sepupu siap google location kampung kitorang. paling rajin siap buat label. haha. rumah tok wan kami kat pin kaler kuning tu. sebelah tu perasan tak ada padang bola old trafford. gila! dan siap label jamban kat luar rumah ok! jamban tu adalah dibuat oleh abah aku, sebab sebelum ada jamban tu kitorang kene berak korek tanah. gila scary kalau terberak tengah malam. hahahaha. kampung sungguh.


ni lah rumah tok wan aku. kalau musim cuti memang penuh la rumah ni, tidur bergelimpangan. macam mangsa banjir. haha. tu tok wan ngan tok bi (pakai tudung). dan aku yang selekeh berkulit hitam itu. hahaha.



gambar saya punya mama dengan adik beradik, sepupu, anak buah, kawan, jiran, dan lain2. haha, gila aku tak cam, ade few of makcik2 aku je yang dapat dikenalpasti. oh, abang sepupu aku cakap mak aku dulu adalah kurus (tak macam anak dia ni kan? wuuuu), rambut kembang, dan orang panggil mak aku sebagai Kak Pah (saripah aini la tu, haha.) sama ka? aiyoo.. cube teka mak aku yang mana satu? hehehehe.
vintage betul style mereka ini.


hujan !


benarlah sudah tertulis,
panas dan lembap sepanjang tahun
(eh, lembab ke lembap? hehe)


tu lah malaysia kan?
tadi, sejam yang lepas,
panas gilerrr,
kalau jemur ikan kering dah boleh angkat dan goreng.

sekarang..
lebat gilerrrr hujan ni.
sangat best, sejuk.
tapi kalau dapat tidur lagi best gilerrrr!
teringat katil dan bantal busyuk kat rumah.
hehehe