pengajaran! lain kali jangan berangan!

pagi tadi memandu, aku telah menekan brek secara mengejut. terlalu leka, sedang berangan. tapi memang lali la memandu pagi tadi, sebab menikmati suasana kabus pagi. cantik! kaki ni menekan je minyak sebab aku tau jalan tu tak ada simpang. tapi tiba-tiba ada pula lampu isyarat pejalan kaki. tak perasan kereta depan brek sebab lampu brek dia tak ada, rosak (aku paling tak suka kalau kereta di depan tak ada brek. bahaya! saman kang!). kusss semangat. selamat sempat brek, dan selamat lori yang follow belakang sempat brek juga. lori pun da melelong ke tepi. dan selepas itu, hati aku jadi tak sedap hati. gabra. tarik nafas, alhamdulillah ok boleh teruskan memandu.

sebenarnya ini kali kedua, tapi dulu kali pertama lagi mengejut, masa tu sedang memandu di penang. sambil memandu, sambil bergelak sakan, kutuk mengutuk sesama sendiri dengan incik bikbik. dan tiba-tiba..streeeettttttttttt!! ha ambik kau, brek paling mengejut sampai kereta lompat macam katak. ada la lagi satu inci nak tercium dengan kereta honda kat depan. jadi gabra, kaki jadi kaku! nasib baik, kalau tak melayang duit kene bayar pengeras. hehe.

aku ni jenis tak suka memandu ikut kereta terlalu dekat, macam bahaya. takut kalau tak sempat brek. dah la suka imagine yang bukan-bukan. tiba-tiba terjadi macam mana? ishh, mintak simpangggg, mintak dijauhkan.

ya Allah lindungilah kami semua dari malapetaka. aminn.


p/s: jangan berangan, jangan bergurau senda, jarakkan pemanduan anda dengan kereta dihadapan, selalu cek lampu brek dan cek brek anda! itu penting! pesanan dibawa oleh si ems, si berangan-nak-jadi-pemandu-f1. hehe, berangan. sila gelak!

4 comments:

  1. pergh...naseb bek x jadi pape kat ko...
    kalo aku yang bawak mesti dah eksiden kot...
    len kali ati2 k...
    =)

    ReplyDelete
  2. 2 la,kita kena lebih berhati2 kan?
    pandu dengan selamat.
    hehehe

    ReplyDelete
  3. kak ema jangan mengumpat kalau memandu.
    sofi dulu eksiden sebab mengumpat orang la time memandu, abis kereta langgar semak dan lumpur2. hehehe

    take care :D

    ReplyDelete
  4. ye ke dik sofi?
    tu la padahnya mengumpat. hehehe.
    pengajaran tu. ;p

    ReplyDelete