masih mengikut adat

Berendoi masih bergerak aktif hingga ke hari ini dan boleh ditonton kebanyakannya di negeri Perlis, Kedah, dan Perak. Di negeri Perak nyanyian berendoi ini menggunakan nama Dendang Siti Fatimah dan seni katanya berlainan dengan seni kata yang dibawa oleh kumpulan Berendoi di Perlis dan Kedah. Adat berendoi atau buai bayi ini dipersembahkan sebagai tanda keriangan atau kesyukuran menyambut kelahiran cahaya mata. Lagu-lagu Berendoi atau Dendang Siti Fatimah membawa seni kata yang memuji junjungan Nabi Muhammad s.a.w, menceritakan perihal susah payah ibu mengandung dan melahirkan anak dan juga nasihat-nasihat kepada kanak-kanak. Ada juga seni kata yang dicipta oleh kumpulan ini disesuaikan dengan keadaan semasa. Antara lagu yang dibawa dalam majlis berendoi ialah Tuhan Rabbul'alamin, Anak di dalam Buaian, Ayuhai Anak Cahaya Mata, Kebesaran Allah, dan Aduhai Anak Jangan Durhaka. Berikut ialah lagu Anak di dalam Buaian:

Ayuhai anak di dalam buaian,
Pejamkan mata jangan tangiskan,
Lagu Berendoi kami dendangkan,
Di dalam majlis tanda kesyukuran.

Lamalah sudah kami menanti,
Namun engkau tak kunjung tiba,
Dengan takdir ilahi rabbi,
Kini engkau sudah menjelma.

sumber : laman adat resam melayu


02.10.2010 - telah diadakan majlis berendoi cucu sulung mak aku, iaitu anak abang aku la kan.tak kan anak aku pulak.hehe.mak aku ni suka ikut adat,kiranya setiap daripada kitorang ni sumer la kena buat. so, dah kata pun cucu sulung haruslah semangat kenduri lebih sikit kan? sampaikan ramai yang kata "betul ke kenduri naik endoi ni? ke kenduri tunang ema?" erkkk,ok la makcik,aku aminkan je. bukan lapan orang yang tanya macam tu, tapi macam dah dua ratus orang yang tanya. aku yang dengar ni pun sengeh je la,aminnn. mana la tau kan? ok,gatal sekejap! :p semua berjalan seperti yang telah di plan. aku pun bz jugak. tugas aku kat bahagian door gift & amek gambo time kenduri.oke,setel seperti yang di rancang. semua pun puas hati,just makanan je memang cukup2. pepeham je la member2 mak aku satu taman tu.haha. famili boleh bawak balik lauk sikit je pun. (aku pun rasa sikit je ayam masak merah.huhu). overall memang best! thanks kepada famili sebelah mak,abah, ngan famili sebelah kak ipaq jugak,sanggup datang dan tolong. segala kekurangan harap dimaapkan. :)


*little bos ngah tengok opahnya buat endoi

*yeay! da siap!

*saya pun da siap mekap ni.hyee!

*muka pelik. 1st time naik buai.hehe

*rileks je amani.

p/s: betul ke orang yang nama amani ni orangnya rileks je? sesuai dengan maksud nama dia kan? hehe. semoga amani membesar dengan sihat dan jadilah anak yang baik.amin..

2 comments: