memang aku teringin mpv

sebab apa? sebab boleh bawak ramai orang. kalau nak pergi jenjalan, boleh la angkut satu famili atau satu geng. seronok kan kalau pergi jenjalan reramai? baru la kecoh sikit. aku ingat nanti dah kerja aku nak beli mpv la, tapi macam pelik lak bawak kereta panjang2 ni, lain la kalau da beranak empat ke. nak bawak famili pun hanya masa2 cuti je kot. nanti nak parking ke, waahh mesti fail, adjust banyak2 kali. hahaha. bikbik aku kata "tak payah la lagi, tunggu anak dah ada lapan kita beli dua bijik mpv. kita sambaq swift sudahlah". ish si bikbik bengong ni. sape nak beranak lapan ntah la. owh oke kalau gaji saya ribu raban sebulan boleh la sambaq. hehe. tapi nak swift putih tau, tak pun jazz! wah berangan lebih. last2 dapat vavi je, eh viva! hehhhh. ;p aku suka pe viva! kiut!

eh, kenapa tiba2 aku cerita pasai mpv ni? sebabnya tadi aku bukak balik gambar2 lama. tiba2 tertengok gambar ni,



haha, ada rasa macam dalam mpv tak? boleh buat iklan alza kot. ;p

dan aku rindu kalian semua!


senyum sekali lah

"tak emo la minggu ni, hepi je ha. ehd"

owh oke, sebab menang terus tak emo, tak bad mood kan sayang?
ish, memang dasar peminat fanatik.

bola je kot?

pasal bola pun nak emo ke kalau kalah?
ngen!



*walaupun ngen tetap sayam. :)

nota kaki : ehd adalah gelak rasmi kami dalam mesej. hehehe.


kulit buku


kita jangan bagi komen sama ada buku itu bagus atau tidak dengan HANYA melihat pada warna, gambar, tulisan dan tajuk buku pada kulit buku tersebut sahaja.


"don't judge a book by its cover"
itu kata orang putih.

dengan peribahasa tu, kita dapat tau macam mana orang kita pulak kata,
dengan nada marah,
"kau ingat kau bagus sangat ke nak menilai orang? kau tengok orang tu tak pakai tudung atau pakai tudung singkat, kau kata orang tu jahat. kau tengok orang tu berkawan, kau kata orang tu sosial, buat maksiat."

hehe, ada kan orang marah macam ni? sebab dia geram dengan orang yang suka menilai orang tanpa usul periksa, tanpa mengenali orang tu.

tak tau la pulak kalau diri orang yang suka menilai tu sempurna sangat. kalau sempurna boleh lah saya tujukan lagu kau begitu sempurna..di mataku kau begitu indah.. (lalala, oke. saya merepek. hehe) tetapi ingat ya! tak ada orang yang sempurna dalam dunia ni, semua manusia ada buat dosa.

tak salah kalau nak menegur, tapi ada caranya. oke?
jangan canangkan, hebahkan kesalahan orang tu pada orang lain.
tegurlah secara berdepan.


renung-renungkan, selamat beramal.
:)

pabila


bila kereta berkilat, hujan turun dengan lebat.

bila kereta berlomoih, panas sering terik sehinggakan pemandu kereta sebelah berkata,
"haish, kotornya kereta budak yang poyo berkaca mata hitam itu.".

"ok pakcik, terima kasih atas komen yang diberikan."


memang selalu macam tu, kerajinan boleh diramal.
cuaca pun boleh diramal, cuma tepat atau tidak sajalah.

ramalan untuk menjadi rajin membasuh kereta pada hari semalam, nampaknya ramalan tepat.
namun ramalan kaji cuaca untuk hari ini kurang tepat.
"nanti pandu pulang tidak perlu berkaca mata hitam lah nampaknya."


tiba-tiba : ramalan kaji cuaca kata aku kan jatuh cinta, oww oww

eh eh lima puluh sen lah!

seluk2 poket tadi, 'eh eh ada 50 sen'. boleh masuk tabung ni. tiba2 teringat topik Era radio pagi tadi ketika sedang memandu - 'apa yang anda boleh buat dengan duit 50 sen, dulu & sekarang?'. memang betul, budak2 sekarang ni, eh jangan cakap budak je la, ermm orang sekarang ni tengok 50 sen pun tak heran dah. kalau tengah kemas2 rumah tiba2 terjumpa 50 sen trus campak je kan?

Nak kata dulu & sekarang memang lain sangat.

Masa aku sekolah rendah, tahun 90-an macam tu, belanja sekolah masih 50 sen. tu aku la, orang lain aku tak tau la plak kan? cukup je, sebab dulu makanan murah. paling aku ingat kalau nak makan sedap aku beli nasik ayam harga 50 sen, air tak payah sebab bawak bekal air oren sunquick. hehe. paling cikai pun belanja air 10 sen, ngan kuih 20 sen atau keropok ikan goreng (campur sos kasi lembek sikit baru syok.hehe) pun 20 sen jugak. so baru 30 sen belanja, duit lebih balik rumah masuk tabung.
Kalau sekolah agama petang pun dapat belanja 50 sen jugak, beli air atau ais kepal (slurpppp!!) ngan goreng pisang, tak pun paling best beli laksa 50 sen dalam plastik (siap bawak spare sudu dari rumah,makan dalam plastik tu jugak. haha)

sekarang ni budak2 paling kurang pun rm2 belanja pegi sekolah, tu belum petang sekolah agama lagi. jangan salahkan budak2, dah memang harga makanan naik, taraf hidup naik.. nanti aku dah ada anak entah berapa rm pulak belanja zaman dorang kan? erkk.

nak buat macam mana. dulu lain, sekarang pun lain la kan? tu belum cerita belanja time mak bapak kita sekolah dulu, time tu lagi murah kan? nasik lemak 5 sen je. syoknye, boleh makan nasik lemak sampai muntah. haha.


jadi sekarang, kalau aku dapat balance 50 sen bulat, aku terus masuk tabung. seronok tengok syiling 50 sen besar tu. dah penuh tabung kita pegi pakat masuk dalam ASB. setel. :)




p/s: abah aku dulu suka kumpul syiling & duit lama. kalau jual mahal tak? hehe

AHH

beberapa bulan yang lepas, sedang dalam perjalanan balik ke kampung aku bukak la satu topik, menyembang dengan adik aku. punya la bosan duk dalam kereta, sambil tu kiotrang punya hobi suka tengok2 no plat kereta orang. kalo jumpa no plat WTF memang mulut pun menjadi kurang ajar la kan? hehehe

aku cakap kat adik aku,
"dik, kalau aku ada kereta nanti aku nak bubuh no plat EMS 246. Mantap tak? hehehe. hang lak nak buh no plat apa?"

adik aku lak,
"adik nak bubuh REN &^% (berapa ntah aku da lupa). Tapi mesti mahal nak pegi beli nombor kn?"

tetiba abang aku lak mencelah,
"abang tak payah la, tunggu perak keluar AHH je. tak payah beli"

kami pun tanya, "pasai pa? tak syok langsung"

abang aku dengan konfident menjawap sambil bawak kereta,muka belagak gila,
"ya la, sebab Aku Hazizul Hisyam"

"hahahaha mantap-mantappp"

tapi sekarang baru je masuk AHH, abang aku tak beli pun kereta. kami punya la bahan dia, "mana kereta baru AHH? hehehe". Last2 akak ipar die je beli Persona baru, no plat AHH, semalam baru dapat. abang aku sengih je la.

"tak payah la bang, hang pinjam je la kereta kak yong pastuh hang belagak AHH sikit. hehe"
"berangan je lebih"
:)


*pegi order weh!

p/s: mantap jugak ek proton baru inspira?

ini entri gatai, sila muntah ;p

semalam 12 oktober 2010
aku kenal dia pada 12 oktober 2005
makanya sudah 5 tahun

cepatnya masa berlalu
walaupun dalam tempoh masa tu
ada macam-macam cerita best dan tak best
tapi kita tetap mentennn
hehehe

thanks yam tau
sangattttt bi sayam bik

gatai!!


*punya la sayam sampaikan selipar pun sanggup kongsi pakai.haha.

gila dan pening

sebelum menaip laporan projek
pergi ke kotak font
melihat font yang bermula huruf N
dan gigih mencari
New Times Roman
tapi tiada

Times New Roman la ngek!
pergi tengok kat hurup T

gila

wahai manusia


kadang-kadang kita marah kalau kita tak dapat apa yang kita nak kan?
ada benda yang kita nak tapi tak dapat
lepas tu membandingkan takdir orang dengan takdir sendiri
kenapa mereka dapat, kenapa aku tak?
itu namanya menyalahkan takdir
MasyaAllah...
kan dah berdosa

tapi sekejap saja rasa bersalah
lepas tu buat balik

macam tu lah manusia
tak penah bersyukur

ya Allah jauhkanlah kita semua dari sifat tu
maka, selalulah mengucapkan Alhamdulillah
bersyukur dengan apa yang Allah dah sediakan buat kita
tapi pada masa yang sama harus berusaha untuk yang lebih baik
InsyaAllah....

mood jumaat


oke!

mood aku hari ini :


melihat contoh-contoh gambar door gift untuk majlis perkahwinan


sambil melayan gambar-gambar, sambil aku tergaru-garu.
sebab ada kegatalanlah kan?? maka haruslah menggaru.



hehehe malu sendiri.
:)

pengakuan ikhlas seorang pemalas kerja

ok, soalan ini adalah untuk diriku sendiri. eh wait! diri aku. perkataan diriku macam tak berapa sesuai. geli.

soalan:

"sepuluh kriteria-kriteria penting untuk anda terus membaca dari satu entri ke entri yang lain di belog seseorang yang tidak dikenali sehingga anda sanggup membuka archive mereka tiga tahun lepas?" -sila baca dengan hanya satu napas!

-ya,memang aku tak nak buat kerja, tu pasal aku melayan belog orang.
sebab anda pun tahu aku seorang pemalas seadanya.
tetapi dalam bab ini aku menjadi rajin seadanya. sila puji!



jawapan:

1. sebab si penulis belog seorang yang gila-gila, boleh tahu melalui entri mereka. contohnya kemerepekan yang boleh diterima akal hingga membuat aku tersenyum macam orang tak normal kematian suami.
2. gambar mereka yang superb cantik di edit atau tidak (jenis kamera tidak menjadi keutamaan) ataupun mereka sendiri yang cantik dan hensem belaka. itu satu bonus.
3. tidak berlagak dengan entri mereka. contoh ayat "eh,nak tau tak..semalam I pegi klcc beli beg gucchitt harga rm50 juta". oke Joyah, go to hell!
4. suke buat entri macam cerpen atau novel sambungan ala-ala drama tv2
5. tidak mengarang dengan sarat. contohnya, satu entri guna satu perenggan saja sampai sejuta baris. kalau yang tu terus aku close, tak kuasa nak baca.
6. cerita pasal personal life dorang, famili, anak2, awek2, boipreng2, apa-apa la. aku memang suka baca. pengsibuk nak tau life orang lain.
7. ada info atau kritik pasal movie ke, bola ke, muzik ke. ha,aku suka baca yang ni.
8. ada entri pasal tips menguruskan badan? harus baca!
9. penulis belog yang femes. haruslah baca entri mereka sampai juling
10. sebab penulis belog adalah kawan-kawan saya. wajip baca untuk perkukuhkan silaturrahim.


jadi secara kesimpulannya, minggu ini adalah minggu yang sangat menjadikan aku pemalas. sebab tu la banyak entri aku post minggu ni, sebab tu la aku banyak pegi jenguk belog orang yang aku tak kenal. aku rasa macam nak menjadi belogger tegar la pulak sebab aku tau nanti anak-anak yang akan aku lahirkan nak baca entri-entri aku ni. jadi harus gigih menaip dari sekarang. haha.

ok, aku merepek! sila abaikan.


p/s : mana kawan-kawan yang senyap dari dunia belog ni? cik jz & incik pakown , please write sumthing!


masih mengikut adat

Berendoi masih bergerak aktif hingga ke hari ini dan boleh ditonton kebanyakannya di negeri Perlis, Kedah, dan Perak. Di negeri Perak nyanyian berendoi ini menggunakan nama Dendang Siti Fatimah dan seni katanya berlainan dengan seni kata yang dibawa oleh kumpulan Berendoi di Perlis dan Kedah. Adat berendoi atau buai bayi ini dipersembahkan sebagai tanda keriangan atau kesyukuran menyambut kelahiran cahaya mata. Lagu-lagu Berendoi atau Dendang Siti Fatimah membawa seni kata yang memuji junjungan Nabi Muhammad s.a.w, menceritakan perihal susah payah ibu mengandung dan melahirkan anak dan juga nasihat-nasihat kepada kanak-kanak. Ada juga seni kata yang dicipta oleh kumpulan ini disesuaikan dengan keadaan semasa. Antara lagu yang dibawa dalam majlis berendoi ialah Tuhan Rabbul'alamin, Anak di dalam Buaian, Ayuhai Anak Cahaya Mata, Kebesaran Allah, dan Aduhai Anak Jangan Durhaka. Berikut ialah lagu Anak di dalam Buaian:

Ayuhai anak di dalam buaian,
Pejamkan mata jangan tangiskan,
Lagu Berendoi kami dendangkan,
Di dalam majlis tanda kesyukuran.

Lamalah sudah kami menanti,
Namun engkau tak kunjung tiba,
Dengan takdir ilahi rabbi,
Kini engkau sudah menjelma.

sumber : laman adat resam melayu


02.10.2010 - telah diadakan majlis berendoi cucu sulung mak aku, iaitu anak abang aku la kan.tak kan anak aku pulak.hehe.mak aku ni suka ikut adat,kiranya setiap daripada kitorang ni sumer la kena buat. so, dah kata pun cucu sulung haruslah semangat kenduri lebih sikit kan? sampaikan ramai yang kata "betul ke kenduri naik endoi ni? ke kenduri tunang ema?" erkkk,ok la makcik,aku aminkan je. bukan lapan orang yang tanya macam tu, tapi macam dah dua ratus orang yang tanya. aku yang dengar ni pun sengeh je la,aminnn. mana la tau kan? ok,gatal sekejap! :p semua berjalan seperti yang telah di plan. aku pun bz jugak. tugas aku kat bahagian door gift & amek gambo time kenduri.oke,setel seperti yang di rancang. semua pun puas hati,just makanan je memang cukup2. pepeham je la member2 mak aku satu taman tu.haha. famili boleh bawak balik lauk sikit je pun. (aku pun rasa sikit je ayam masak merah.huhu). overall memang best! thanks kepada famili sebelah mak,abah, ngan famili sebelah kak ipaq jugak,sanggup datang dan tolong. segala kekurangan harap dimaapkan. :)


*little bos ngah tengok opahnya buat endoi

*yeay! da siap!

*saya pun da siap mekap ni.hyee!

*muka pelik. 1st time naik buai.hehe

*rileks je amani.

p/s: betul ke orang yang nama amani ni orangnya rileks je? sesuai dengan maksud nama dia kan? hehe. semoga amani membesar dengan sihat dan jadilah anak yang baik.amin..

bukit larut waktu malam berkelipan

*bukit larut waktu malam berkelipan, udaranya sejuk nyaman dan menyegarkan, indahnya ciptaan tuhan..*

hehehe,sapa penah dengar lagu perak tu? kalau tanya orang perak mesti tau kan?kalau orang perak tak tau,meh sini aku tendang pegi negeri lain.nak?kalau search kat you tube pun ada lagu tu.meh sini aku nak cerita sikit pasal bukit larut ni.

Bukit Larut atau nama sebelum ni Maxwell Hill, sebab George Maxwell, pembantu resident British di perak pada masa tu yang teroka tempat ni tahun 1884. ketinggian 1250 meter,suhu siang dalam 15-20 darjah celsius dan lama 10 darjah.memangla nyaman je.adalah kawasan rehat yang terkecil, tertua dan tidak terusik di semenanjung malaysia. dulu ada jugak tempat tanam bunga tulip la,teh la,tapi sekarang dah tak ada. kalau sesiapa yang suka hijau,nature,bird watching boleh lah naik,boleh tengok permandangan bandar taiping dari atas tu jugak. kalau naik guna land rover dorang sediakan rm6 turun naik.tapi kecut perut jugak la sebab jalan dia selekoh tajam gila macam huruf V dengan cerun 45darjah.bayangkan..macam roller coaster.siapa tak tahan memang boleh muntah kot?hehe.sape2 yang suka hiking pun boleh.kalau nak tau lebih lanjut boleh la google ok?fakta2 sumer tu aku google je,ntah betul ke tidak.

jadinya,dengan malunya aku mengaku bahawa semenjak aku dilahirkan di taiping sehingga cuti hari raya yang lepas, itulah kali pertama aku menjejaki bukit larut.first time oke! da la orang taiping tapi tak penah naik.hahaha.aku ngan mr bikbik semangat nak naik,tapi gune land rover la,tak kuasa nak hiking naik atas tu.entah bila masa nak sampai pulak kan?naik atas 30 minit,berliku2,ntah brapa selekoh ntah.memang banyak.memang pening tahan muntah saja.tapi sampai atas memang best dan kehijauan.boleh nampak taiping dan jalan lurus kuala sepetang.hehe.dah,malas aku nak taip dah.kalau korang nak datang sini,bagi tau aku.nanti aku bawak.oh,dan jangan lupe bawak teropong! hehe.


*ni budak mental mane ntah sesat ni.gedik!

20-an

aku nak cerita pasal aku beli novel baru.macam biasalah aku peminat sophie kinsella dari zaman novel 'can you keep a secret' tu. twenties girl is the last book that i desperately added to my to-find-to-read list! tetapi sekarang mini shopaholic' dah keluar la pulak. so, mini shopaholic masuk la dalam list tu sebab aku dah dapat twenties girl! oh yeehhh. rasanya macam terlambat sebab orang lain da habis baca pun.aku ni lambat sebab tunggu harga dia turun. (ya,aku sangat kedekut!)

aku dah cari novel ni kat online shop dah lama, tapi baru sekarang harga dia dah turun. masa dia mula-mula keluar tu jangan cakap la,mahal nak mampus. jadinya,2 minggu lepas aku search balik, dan ternampak twenties girl pada harga rm22.haruslah aku rembat kan?dan mini shopaholic pulak yang harga tinggi.tunggu lagi sikit,mesti dia turun jugak.kenapa murah ye?kalau buku secondhand mungkin la jugak dorang jual murah.tapi yang aku beli tu memang buku baru.ada ke buku ciplak macam dvd tu? entah,aku pun tak tau.pepandai je.hehe.

aku dah dapat buku tu minggu lepas,sangat puas hati boleh tambah koleksi.tetapi,bila masa nak mula baca tu?waaaa,aku rasa aku sibuk la,tak ada masa (bajet macam orang sudah bekerjaya!).

*bila nak mula baca ni?

p/s:kepada abang posmen,(aku rasa dia muda dari aku),ok..adik posmen - terima kasih kerana menghantar buku.ya,tekaan anda benar dalam sampul ada buku.sebuk je nak tau!