planning

rasanya duduk rumah lagi membuatkan badan ni lagi malas.
maka, badan makin tembam.
ok, aku suka tembam. sedapkan hati.


oke, da hampir dua minggu menjadi penganggur, mungkin minggu depan baru semangat nak apply kerja mana-mana. tak kisahlah kerja apa pun. dah nama pun fresh grad, nak dapat kerja best tak mungkin la kan. apa-apa pun kena la cari pengalaman dulu. soal gaji tolak tepi. that's my opinion. tapi sejak habis belajar macam-macam dalam kepala aku. macam takut nak hadapi hari akan datang. diri sendiri yang akan conduct life sendiri. hohohoho, tiada keyakinan diri. semoga semuanya dipermudahkan. aminn..


minggu ni macam ceria lebih juga. plan nak ke kl untuk YES! ya, apalagi kalau shopping. wah, siap buat list tau. macam-macam nak beli. lagi plan nak ke Rock The World. itu mungkin. tapi menonton Malaysia pada final nanti adalah HARUS! jom kawan-kawan kita pergi ramai-ramai dengan semangat 1Malaysia. yeyehhh.


cik ems : sejak akhir-akhir ni aku gila tengok bola. terpengaruh mungkin?

selamat kawen kawan !


sekarang adalah musim buah, eh silap musim orang kawen. wahh,syok sangat tengok orang kawen yang cantik dan syok juga boleh makan nasik minyak tambah ayam masak merah pedas punya. slurppp!!

jadinya, dikesempatan ini saya ingin mengucapkan Selamat Pengantin Baru kepada kawan lama,
the-best-childhood-friend of mine,
Umi Balkis binti Idris

flashback - dulu masih berhingus.. main masak-masak, main cikgu-cikgu, panjat pokok, main gelongsor, bunuh tangkap berudu & ikan, main pasir, uishh tak tertaip. macam-macam jenis main kitorang main. sampai comot balik rumah mak kita marah kene cubit terus. padan muka!


woww, sekarang kau dah cantik umi. kau kawen dulu. tak aci betul.
tapi aku tetap doakan kau bahagia menempuh alam baru, semoga cepat dapat baby, cepat dapat cucu. haha. semoga berbahagia, aminn...

*pic from umi's fb! tq

short-term memory loss

pernah tak tengok cerita 50 first dates? lakonan Adam Sandler & Drew Barrymore. filem tu adalah kesukaan aku. cerita pasal seorang perempuan ni (namanya Lucy) yang mengidap penyakit short-term memory loss, so every night all memory of her day is erased. jadinya setiap pagi dia tak ingat apa yang terjadi semalam. she only have her long-term memory, that's why she's still recognize her father, friends, her childhood memory and so on. jadinya ada sorang mamat ni nak mengorat dia hari ni, then tomorrow she will forget him. so mamat tu terpaksa la mengorat setiap hari, over and over again. sangat lawak ok Adam Sandler. tambah2 lagi kawan dia Rob Schneider yang bengong tu belakon sama. hahaha.



sekarang anda boleh tengok cerita seumpama ini di tv3, drama actually. every monday till thursday, start at 6:30. aku layan citer ni, hahaha. dengan mak aku sekali turut terjebak sama. alah, hari ni jumaat tak de la citer tu. ermmm..



eh macam mana la dengan orang yang sakit macam dalam cerita tu ek? kesian kan. cuba kalau dah kawin? mau terkejut tiba2 bangun pagi tengok orang tak dikenali ada kat sebelah dia. hehehe. dan tiap2 hari orang sekeliling kena explain everything kat dia. boleh sembuh ke penyakit macam ni? macam kronik dah tu. ya Allah, jauhkanlah kami dari segala penyakit. aminnn


sebenarnya aku ada kenal orang yang ada penyakit macam ni. aku pun baru dapat tau ni. sangat sedih. aku dah lah penah tak puas hati dengan dia. aku penah cakap "hari tu kan dah banyak kali bagitau, tak kan tak ingat? ishh!". ada la sebabnya aku marah sampai macam tu kan. bila dah tau dia ada penyakit, terus rasa bersalah. oh mintak ampun. dia cerita, sebabkan penyakit tu lah sampai sekarang mak dia masih tak berani nak lepaskan dia pergi mana2, sangat protective. padahal dia dah besar. dia cerita pernah satu hari tu dia pegi jalan2 kat pekan sorang2, dan dia tak tau jalan nak balik! gila betul, kalau dah jalan jauh macam mana? bahaya. nasib baik dia kata terjumpa kawan mak dia kat pekan tu, dan dihantar balik. isk, kesian. now, dia still belajar, jauh jugak la dan mak dia memang sangat risau. dia kata kalau boleh mak dia tak bagi belajar. kalau balik cuti memang duduk rumah 24 jam la. kesian kesian. dia selalu mengadu kata kawan2 selalu buli, mengutuk, marah, taknak kawan ngan dia. sabarlah, mudah2an penyakit ko pulih. aminnn. ujian tu..

p/s : amnesia la kan?

senyuman hari ini


sila lihat tarikh hari ni.

yup! tarikh bersejarah, tarikh yang sangat ditunggu2 oleh aku dan rakan2 seperjuangan. hahaha. oke, hari ni hari terakhir menamatkan pengajian. selepas ni, i'm officially a fresh grad!
ems, sila cari kerja cepat oke!
Baiklah!!

tapi plan nak rehat dulu seminggu dua sambil apply jobs. nak rehatkan otak yang tak berhenti berfungsi ni kot. ish, susah hati jugak nanti dapat job apa la ye. waaa. yang penting kena berusaha. rezeki ada kat mana2. insyaAllah...

ya Allah tolonglah permudahkan urusan aku selepas ini. aminn..

cik ems : "kawan2 seperjuangan, tahniah!!! :)"

anda gatal telapak tangan?

tiba-tiba telapak sulaiman aku gatal, eh silap.. telapak tangan lah! ada ke wujud telapak sulaiman? aku gila hahaha. (penyanyi diriku tapak sulaiman tu pun dah kawen ek. jeles! ). ok, serius! telapak tangan aku gatal maksimum secara tiba-tiba. ingat ke ade ulat ketik (tau tak ketik tu apa?), tapi tak da pun..

tiba-tiba teringat..

kata orang-orang tua,kalau telapak tangan kanan gatal tu tanda bakal mendapat duit. kalau telapak tangan kiri pulak tanda akan ada duit kita yang keluar.


best betul kalau tepat ramalan tu. ni tangan kanan aku yang gatal ni. siapa nak bagi aku duit? kalau nak bagi tu bagila banyak sikit ek. hehehehehe

good old days !

hari tu, (entah hari apa aku dah lupa) bukak la FB, pastu ada la sorang abang sepupu aku post gambar2 lama dekat group famili kitorang, gambar time kitorang semua sepupu sepapat kecik2 lagi. gambar kat kampung masa tok bi dan tok wan masih ada. waaa, tak pasal2 tau aku mengalirkan air mata. nasib baik tak ada orang tengok. buat malu je. hehe. waaa, rendunya kat tok bi, tok wan, rumah kampung, arghhh sume2 la aku rindu. paling rindu suasana kampung oke!


abang sepupu siap google location kampung kitorang. paling rajin siap buat label. haha. rumah tok wan kami kat pin kaler kuning tu. sebelah tu perasan tak ada padang bola old trafford. gila! dan siap label jamban kat luar rumah ok! jamban tu adalah dibuat oleh abah aku, sebab sebelum ada jamban tu kitorang kene berak korek tanah. gila scary kalau terberak tengah malam. hahahaha. kampung sungguh.


ni lah rumah tok wan aku. kalau musim cuti memang penuh la rumah ni, tidur bergelimpangan. macam mangsa banjir. haha. tu tok wan ngan tok bi (pakai tudung). dan aku yang selekeh berkulit hitam itu. hahaha.



gambar saya punya mama dengan adik beradik, sepupu, anak buah, kawan, jiran, dan lain2. haha, gila aku tak cam, ade few of makcik2 aku je yang dapat dikenalpasti. oh, abang sepupu aku cakap mak aku dulu adalah kurus (tak macam anak dia ni kan? wuuuu), rambut kembang, dan orang panggil mak aku sebagai Kak Pah (saripah aini la tu, haha.) sama ka? aiyoo.. cube teka mak aku yang mana satu? hehehehe.
vintage betul style mereka ini.


hujan !


benarlah sudah tertulis,
panas dan lembap sepanjang tahun
(eh, lembab ke lembap? hehe)


tu lah malaysia kan?
tadi, sejam yang lepas,
panas gilerrr,
kalau jemur ikan kering dah boleh angkat dan goreng.

sekarang..
lebat gilerrrr hujan ni.
sangat best, sejuk.
tapi kalau dapat tidur lagi best gilerrrr!
teringat katil dan bantal busyuk kat rumah.
hehehe



6 Alternate Uses for Your Freezer


hey, let's see.. tips for today!
source from HERE!


6 tricky problems your freezer can easily solve!

Eliminate unpopped popcorn
Don't you just hate the kernels of popcorn that are left at the bottom of the bowl? Eliminate the popcorn duds by keeping your unpopped supply in the freezer.




Remove wax from candlesticks
Grandma's heirloom silver candlesticks will get a new life if you place them in the freezer and then pick off the accumulated wax drippings. But don't do this if your candlesticks are made from more than one type of metal. The metals can expand and contract at different rates and damage the candlesticks.


Extend candle life
Place candles in the freezer for at least two hours before burning. They will last longer.


Unstick photos
Picture this: Water spills on a batch of photographs, causing them to stick together. If you pull them apart, your pictures will be ruined. Don't be so hasty. Stick them in the freezer for about 20 minutes. Then use a butter knife to gingerly separate the photos. If they don't come free, place them back in the freezer. This works for envelopes and stamps too.


Clean a pot
Your favorite pot has been left on the stove too long, and now you've got a burned-on mess to clean up. Place the pot in the freezer for a couple of hours. When the burned food becomes frozen, it will be easier to remove.


Remove odors
Got a musty-smelling book or a plastic container with a fish odor? Place them in the freezer overnight. By morning they'll be fresh again. This works with almost any other small item that has a bad smell you want to get rid of.



ems : sekarang sangat suka tengok rancangan Clever @ TVIQ! :p


rambutstail !

memandangkan muka saya adalah ke-bulat-an, maka taiplah 'hairstyles for round face' pada carian google. teringat seperti mahu pergi ke salon pada hujung minggu, hujung minggu bila? tak tahu lagi. tu pun kalau tak sibuk lah. (bajet kau artis ke?)

bentuk wajah bulat lebih pendek dan memiliki pipi tembam (aku lah tu, memang tembam). jadi perlu buat layer, tutup pipi tu sikit. elakkan potong rambut super pendek yang akan buat muka jadi super bulat dan super lebar! ok, noted!!

seterusnya cari contoh orang femes muka bulat punya style rambut. (bukan tiru, ikut je. :p)



ingat mahu buat curl, tapi mak kata 'tak payahlah, hang elok rambut lurus je'.
yeke mak? tapi memang taknak pun. malas nak jaga. soo, reject!



owh, style ini tolonglah elakkan. muka aku mesti jadi scary, super tembam!



ini macam teringin juga, tapii.. pendek kot. ermm, akan dipertimbangkan.



how to wear your hair up if you have a round face.
kiutt jugak!



yang ni la kot ok. hehe. senang nak jaga. memang dasar pemalas kann!
soo, ini komfemm! :p
padahal selalu je buat rambut macam ni, saja gatal pegi google segala. tak dak kerja kan. lalalala.


sumber dari sini dan sini


si nembam!


ini dia budak nembam kesayangan hamba.
makin membesar dengan sehat dan jayanya.
hehe.

kalau dia penyetkan muka macam ni,
lagi la nampak kenembaman dia.
hish bikin orang geram je.

ini style dia nak tengok tv. punyala lentik.
kuat tengok tv ni.
eh sayang, nanti besar nak jadi gimnas ke?

ini muka dia kalau tengok kemera.
usha orang dengan muka apa-kau-nak-ha ??

punya la mengereng, penyet dan lentik tadi kan.
tiba2, eh da boleh pusing terus menerap. good!

the look, apa-lagi-kau-nak-ha ?

acik ems sayang amani tau!
:)

super chantek!

jom cuci mata tengok gambar super chantek!
saya dapat dari news.yahoo.com - suka jelajah tengok latest news.
*sila ke -> sini untuk laman penuh penuh!*


The 2010 National Geographic Photo Contest


*Salvation : Appreciate Life

*Unsafe Journey

*Aviation Boatswains Mate

*Brown Bear

*Dolphin Alert

*A Walk Along River Bank

*Haunting Glimpse

*Lightning Strike NY Harbor

*Serra da Leba Road near Lubango

*People believe that death was start

*Giraffes at Savannah

*The Look

*Supercell Thunderstorm Rolls at Sunset

chantek kan?? :)



ada satu dunia yang s**k!

bila orang yang
kuat, selalu, suka berfikiran negatif,
maka orang tersebut akan memandang semua
perilaku, hasil kerja orang lain (lebih-lebih lagi orang yang bermusuh dengan dia)
sebagai SANGAT tidak bagus.
jadi, mereka akan mencari kesalahan, keburukan orang lain.
walaupun orang lain itu telah membuat sesuatu yang berguna, walau sedikit pun.
mereka tetap akan kata
itu salah, itu bodoh, kenapa buat macam tu, membuang masa, membazir saja, pergi mampus!

alahai manusia,
tolonglah terima pandangan orang lain.
tolonglah terima hasil kerja orang lain.
kalau nak menegur pun silalah kaji dulu.
barulah boleh berkata-kata.
ini tak, belum apa-apa dah mengata, mengumpat, mencaci, menghina, mencarut.
kalau orang lain salah, tolonglah tegur dengan berhemah.
tunjukkan bukti yang orang itu salah.
kau tu malaikat kah? sempurna sangat????

entah-entah ahli keluarga anda pun macam tu jugak.
suka hati nak mengata orang.
puuiii!


bising nyaaaa! eh,cuti apa cerita?

haishh! tak tau la apa kena dengan hari ni. bising betul. kejap2 ada je orang cakap ni, orang tu bising2. pot pet pott pettttt! aku ni pantang kalau tengah buat keje ade orang bising2 ni, mula la nak mengamuk. terus lari pokus tau! haiyaaa.
mood masih nak bercuti. ish, malas betul rasa. cepatla nak habis..

eh, ape citer cuti raya korang? syok ke? aku sampai sakit gigi makan daging. gila betul. rasa pun dah makin gemuk ni. dan cuti adalah puas kerana cuti panjang. muahaha. puas makan, puas tido, puas detim. :p

cuti hari tu sempat pegi jalan2, berkaraoke, merancang percutian, dan lain2 lagi. tetapi tiada mood untuk wayang. kenapa eh? tak da cerita best ke? ntah, aku tak teringin nak pegi tengok.

paling best adalah ramai2 lepak tepi laut makan mee udang besaq punya! :p



best kan? nyamm

yeyeyeyeyeye :p

pagi ni agak mengantuk. eh bukan agak tapi memang mengantuk. semalam puas jenjalan, pas tu malam tadi dah letih, tapi tetap tidur lambat.

disebabkan ini...



semangat tau aku tengok.dan semestinya menang. tahniah untuk semua.
haha.

c'mon arsenal, lagi sikit je nak ke puncak!
yeyeyeyeyeye


-malam tadi aku menjadi pengulas sukan yang baik. hehe.

bohsannn


woahhh!!

tensen tau. tapi tak la tensen sangat sampai rasa nak jerit2. hehe. tensen sebab kat sini dorang dah block semua social networking, file sharing dan semua2 lah! tensen tau, dah la bosan tak ada kerja dah. tapi kadang2 tu dorang bukak jugak kejap2. boleh pulak macam tu, tu mesti dorang yang sangap nak main fesbuk. ntah apa2 ja. tapi aku tak da la sampai jadi gila tak bukak fesbuk 1 hari. hehe.

alahai, bila la nak habis praktikal ni. lambat betul rasanya masa nak berlalu pergi. kan best kalau bos aku kata "ok ema, awak tak payah datang kerja dah la. konon2 praktikal awak dah abis. awak punya sistem dah siap kan. awak duk je rumah men fesbuk kat rumah saja. jimat sikit bil letrik kat sini." haha, boleh tak cakap macam tu bos? :p

boleh suggest tak apa patot aku buat sekarang. bohsannnn tau. hurmm..

Nidji - Tuhan Maha Cinta



Nidji - Tuhan Maha Cinta

Tahukah Tuhanmu selalu hidup di dalam hatimu
Cinta dari-Nya menjawab semua masalahmu
Dia mendengar melihat dan selalu berfirman
Perangi neraka di dalam hatimu
Damaikan jiwamu dengan cinta Dia
Memberi yang ikhlas kepada yang butuh
Bersyukurlah terus tanpa kenal waktu

Serukan, ikhlaskan, pasrahkanlah hanya kepada-Nya
Cinta-Nya adalah jawaban-Nya karena Tuhanlah Maha Cinta
Karena Tuhanlah Maha Cinta

Tahukah Tuhanmu selalu hidup di dalam hatimu
Cinta dari-Nya menjawab semua masalahmu
Dia mendengar melihat dan selalu berfirman
Perangi neraka di dalam hatimu
Damaikan jiwamu dengan cinta Dia
Memberi yang ikhlas kepada yang butuh
Bersyukurlah terus tanpa kenal waktu

Serukan, ikhlaskan, pasrahkanlah hanya kepada-Nya
Cinta-Nya adalah jawaban-Nya karena Tuhanlah Maha Cinta
Karena Tuhanlah Maha Cinta



nak cari kerja..nak cari kerja..

sila baca tajuk dengan nada 'nak cari kayu..nak cari kayu..' - dari filem labu labi. hehe.

selepas membaca entri kawan seperjuangan iaitu cik Hana, tiba-tiba rasa nak buat entri ni.


sangat bersetuju dengan beliau, kadang-kadang syarat untuk memohon kerja kelihatan agak diskriminasi. contoh yang cik Hana bagi - 'keutamaan adalah untuk anak-anak negeri....'. ok, memang yang ni selalu ada. apa salahnya bagi anak negeri lain pergi cari kerja sana. boleh lah jugak merantau kan? (juga peluang mencari calon suami jauh. hehe). lagi satu cik Hana kata pasal syarat pengesahan penjamin dari tempat kerja tersebut. yang ni aku tak pernah jumpa, tapi kalau ada memang la nak kaum dia saja kat situ. lain kali tak payah la keluarkan iklan, panggil je mak, ayah, nenek, atuk, dan sehingga tujuh keturunan anda untuk kerja di situ. kan senanggg.

aku juga pernah terbaca syarat kerja mestilah terdiri dari kaum-itu-sahaja (paham-paham lah, mungkin syarikat itu pengeluar vavi kot?) dan ada juga syarat memerlukan satu gender sahaja (male, sebab aku kan female. mana boleh apply dah). ada yang nak kita punya full transkrip degree jugak, macam mana? konvo pun lambat lagi. ermm, kalau macam tu memang aku terus tekan X (close window). tak da mood tau nak apply. yang mintak kerja pakai cable tu lagi lah, tak adil tau. (jeles sebab tak ada cable untuk digunakan. hehhh).


memandangkan sekarang waktu aku menghabiskan baki-baki pengajian aku ni, aku pun memang tiap-tiap hari lah check jawatan kosong yang bersesuaian dengan aku. banyak jugak aku apply, mintak-mintak ada yang sangkut la. kalau tak ada? waa risaunya. macam mana nak cari duit? nak kawin? hehehe, lambat lagi kot.


kepada kawan-kawan seangkatan, selamat mencari kerja!

kepada kawan-kawan yang mengetahui ada kerja kosong di tempat anda atau tempat lain, bolehlah kiranya kasi tau sama saya. ammaaa! :p

sekian terima kasih


thanks cik echa sayam! :)

petang tadi sampai je rumah tengok ada sampul pos ekspress atas meja. 'ni mesti echa yang bagi ni'. dah tau dah. hehe. bukak2 je, ada novel dalam plastik. thanks ECHA! ingat jugak nak beli kat aku. tahniah kerana telah menjadi salah seorang penyumbang novel untuk dipenuhkan kat rak buku aku. hehe.

bukan nak kata la, echa ni memang member yang best. tak penah berkira pun ngan member2. kan? kan? ni bukan aku puji nak balasan novel lagi 8 buah tau, tapi ikhlas ni. hehehe. 3 tahun kenal, macam tu lah dia. weh, rendunya kat korang korang koranngg!





novel dari penulis Rachel Pine.
tak kenal dan semestinya tak pernah aku baca lagi.
tapi aku google, banyak la keluar pasal novel ni.
nampaknya review orang kata best!
pandai ko pilih ek echa. hehe.


oh ya, ni sebelah dalam, siap ada autograf lagi.
konon2 echa adalah Rachel Pine.
oke, sila berangan! hehe



echa, ko saja ke tinggalkan resit harga kat situ? hehe
tak kesah la harga berapa, aku tetap akan jaga dan hargai.
hehe.
tq again.

ok, aku stop sekarang. nak pergi balut buku ni. it's a must! sangat sayang harta benda, lagi2 benda orang bagi. macam nak balut buku teks bahasa melayu time sekolah pulak. hehe.
daaaaa


pengajaran! lain kali jangan berangan!

pagi tadi memandu, aku telah menekan brek secara mengejut. terlalu leka, sedang berangan. tapi memang lali la memandu pagi tadi, sebab menikmati suasana kabus pagi. cantik! kaki ni menekan je minyak sebab aku tau jalan tu tak ada simpang. tapi tiba-tiba ada pula lampu isyarat pejalan kaki. tak perasan kereta depan brek sebab lampu brek dia tak ada, rosak (aku paling tak suka kalau kereta di depan tak ada brek. bahaya! saman kang!). kusss semangat. selamat sempat brek, dan selamat lori yang follow belakang sempat brek juga. lori pun da melelong ke tepi. dan selepas itu, hati aku jadi tak sedap hati. gabra. tarik nafas, alhamdulillah ok boleh teruskan memandu.

sebenarnya ini kali kedua, tapi dulu kali pertama lagi mengejut, masa tu sedang memandu di penang. sambil memandu, sambil bergelak sakan, kutuk mengutuk sesama sendiri dengan incik bikbik. dan tiba-tiba..streeeettttttttttt!! ha ambik kau, brek paling mengejut sampai kereta lompat macam katak. ada la lagi satu inci nak tercium dengan kereta honda kat depan. jadi gabra, kaki jadi kaku! nasib baik, kalau tak melayang duit kene bayar pengeras. hehe.

aku ni jenis tak suka memandu ikut kereta terlalu dekat, macam bahaya. takut kalau tak sempat brek. dah la suka imagine yang bukan-bukan. tiba-tiba terjadi macam mana? ishh, mintak simpangggg, mintak dijauhkan.

ya Allah lindungilah kami semua dari malapetaka. aminn.


p/s: jangan berangan, jangan bergurau senda, jarakkan pemanduan anda dengan kereta dihadapan, selalu cek lampu brek dan cek brek anda! itu penting! pesanan dibawa oleh si ems, si berangan-nak-jadi-pemandu-f1. hehe, berangan. sila gelak!

selepas kau pergi


pergi cari sekarang, lagu daripada LaLuna. jom kita pakat nyanyi ramai-ramai.
tetiba godek fail lagu lama dan dengar lagu ni sebanyak 23 kali. layan!


Selepas Kau Pergi,

selepas kau pergi, tinggallah disini kusendiri,
ku merasakan sesuatu, yang t’lah hilang di dalam hidupku

dalam lubuk hatimu, ku yakin kau pun sebenarnya tak
inginkan lepas dariku, tahukah kau kini ku terluka

bantu aku membencimu, ku terlalu mencintaimu,
dirimu begitu, berarti untukku..

kau telah mencinta, dan dicintai kekasihmu,
ini tak adil bagiku, hilanglah damba tinggallah hampa

lupakan ku, dalam tidurmu, yang pernah, mencintaimu
kau memang tercipta, bukanlah untukku


la la la la la la la


lega

fave word aku pada hari ini adalah..

LEGA

kasi highlight sikit.haha


hahaha, sangat lega!
aku sangat lega.
lega sangat-sangat!
hehehe

tq Allah. :)


tapi...masih banyak kerja yang perlu diuruskan. ermmm.

memang aku teringin mpv

sebab apa? sebab boleh bawak ramai orang. kalau nak pergi jenjalan, boleh la angkut satu famili atau satu geng. seronok kan kalau pergi jenjalan reramai? baru la kecoh sikit. aku ingat nanti dah kerja aku nak beli mpv la, tapi macam pelik lak bawak kereta panjang2 ni, lain la kalau da beranak empat ke. nak bawak famili pun hanya masa2 cuti je kot. nanti nak parking ke, waahh mesti fail, adjust banyak2 kali. hahaha. bikbik aku kata "tak payah la lagi, tunggu anak dah ada lapan kita beli dua bijik mpv. kita sambaq swift sudahlah". ish si bikbik bengong ni. sape nak beranak lapan ntah la. owh oke kalau gaji saya ribu raban sebulan boleh la sambaq. hehe. tapi nak swift putih tau, tak pun jazz! wah berangan lebih. last2 dapat vavi je, eh viva! hehhhh. ;p aku suka pe viva! kiut!

eh, kenapa tiba2 aku cerita pasai mpv ni? sebabnya tadi aku bukak balik gambar2 lama. tiba2 tertengok gambar ni,



haha, ada rasa macam dalam mpv tak? boleh buat iklan alza kot. ;p

dan aku rindu kalian semua!


senyum sekali lah

"tak emo la minggu ni, hepi je ha. ehd"

owh oke, sebab menang terus tak emo, tak bad mood kan sayang?
ish, memang dasar peminat fanatik.

bola je kot?

pasal bola pun nak emo ke kalau kalah?
ngen!



*walaupun ngen tetap sayam. :)

nota kaki : ehd adalah gelak rasmi kami dalam mesej. hehehe.


kulit buku


kita jangan bagi komen sama ada buku itu bagus atau tidak dengan HANYA melihat pada warna, gambar, tulisan dan tajuk buku pada kulit buku tersebut sahaja.


"don't judge a book by its cover"
itu kata orang putih.

dengan peribahasa tu, kita dapat tau macam mana orang kita pulak kata,
dengan nada marah,
"kau ingat kau bagus sangat ke nak menilai orang? kau tengok orang tu tak pakai tudung atau pakai tudung singkat, kau kata orang tu jahat. kau tengok orang tu berkawan, kau kata orang tu sosial, buat maksiat."

hehe, ada kan orang marah macam ni? sebab dia geram dengan orang yang suka menilai orang tanpa usul periksa, tanpa mengenali orang tu.

tak tau la pulak kalau diri orang yang suka menilai tu sempurna sangat. kalau sempurna boleh lah saya tujukan lagu kau begitu sempurna..di mataku kau begitu indah.. (lalala, oke. saya merepek. hehe) tetapi ingat ya! tak ada orang yang sempurna dalam dunia ni, semua manusia ada buat dosa.

tak salah kalau nak menegur, tapi ada caranya. oke?
jangan canangkan, hebahkan kesalahan orang tu pada orang lain.
tegurlah secara berdepan.


renung-renungkan, selamat beramal.
:)

pabila


bila kereta berkilat, hujan turun dengan lebat.

bila kereta berlomoih, panas sering terik sehinggakan pemandu kereta sebelah berkata,
"haish, kotornya kereta budak yang poyo berkaca mata hitam itu.".

"ok pakcik, terima kasih atas komen yang diberikan."


memang selalu macam tu, kerajinan boleh diramal.
cuaca pun boleh diramal, cuma tepat atau tidak sajalah.

ramalan untuk menjadi rajin membasuh kereta pada hari semalam, nampaknya ramalan tepat.
namun ramalan kaji cuaca untuk hari ini kurang tepat.
"nanti pandu pulang tidak perlu berkaca mata hitam lah nampaknya."


tiba-tiba : ramalan kaji cuaca kata aku kan jatuh cinta, oww oww

eh eh lima puluh sen lah!

seluk2 poket tadi, 'eh eh ada 50 sen'. boleh masuk tabung ni. tiba2 teringat topik Era radio pagi tadi ketika sedang memandu - 'apa yang anda boleh buat dengan duit 50 sen, dulu & sekarang?'. memang betul, budak2 sekarang ni, eh jangan cakap budak je la, ermm orang sekarang ni tengok 50 sen pun tak heran dah. kalau tengah kemas2 rumah tiba2 terjumpa 50 sen trus campak je kan?

Nak kata dulu & sekarang memang lain sangat.

Masa aku sekolah rendah, tahun 90-an macam tu, belanja sekolah masih 50 sen. tu aku la, orang lain aku tak tau la plak kan? cukup je, sebab dulu makanan murah. paling aku ingat kalau nak makan sedap aku beli nasik ayam harga 50 sen, air tak payah sebab bawak bekal air oren sunquick. hehe. paling cikai pun belanja air 10 sen, ngan kuih 20 sen atau keropok ikan goreng (campur sos kasi lembek sikit baru syok.hehe) pun 20 sen jugak. so baru 30 sen belanja, duit lebih balik rumah masuk tabung.
Kalau sekolah agama petang pun dapat belanja 50 sen jugak, beli air atau ais kepal (slurpppp!!) ngan goreng pisang, tak pun paling best beli laksa 50 sen dalam plastik (siap bawak spare sudu dari rumah,makan dalam plastik tu jugak. haha)

sekarang ni budak2 paling kurang pun rm2 belanja pegi sekolah, tu belum petang sekolah agama lagi. jangan salahkan budak2, dah memang harga makanan naik, taraf hidup naik.. nanti aku dah ada anak entah berapa rm pulak belanja zaman dorang kan? erkk.

nak buat macam mana. dulu lain, sekarang pun lain la kan? tu belum cerita belanja time mak bapak kita sekolah dulu, time tu lagi murah kan? nasik lemak 5 sen je. syoknye, boleh makan nasik lemak sampai muntah. haha.


jadi sekarang, kalau aku dapat balance 50 sen bulat, aku terus masuk tabung. seronok tengok syiling 50 sen besar tu. dah penuh tabung kita pegi pakat masuk dalam ASB. setel. :)




p/s: abah aku dulu suka kumpul syiling & duit lama. kalau jual mahal tak? hehe

AHH

beberapa bulan yang lepas, sedang dalam perjalanan balik ke kampung aku bukak la satu topik, menyembang dengan adik aku. punya la bosan duk dalam kereta, sambil tu kiotrang punya hobi suka tengok2 no plat kereta orang. kalo jumpa no plat WTF memang mulut pun menjadi kurang ajar la kan? hehehe

aku cakap kat adik aku,
"dik, kalau aku ada kereta nanti aku nak bubuh no plat EMS 246. Mantap tak? hehehe. hang lak nak buh no plat apa?"

adik aku lak,
"adik nak bubuh REN &^% (berapa ntah aku da lupa). Tapi mesti mahal nak pegi beli nombor kn?"

tetiba abang aku lak mencelah,
"abang tak payah la, tunggu perak keluar AHH je. tak payah beli"

kami pun tanya, "pasai pa? tak syok langsung"

abang aku dengan konfident menjawap sambil bawak kereta,muka belagak gila,
"ya la, sebab Aku Hazizul Hisyam"

"hahahaha mantap-mantappp"

tapi sekarang baru je masuk AHH, abang aku tak beli pun kereta. kami punya la bahan dia, "mana kereta baru AHH? hehehe". Last2 akak ipar die je beli Persona baru, no plat AHH, semalam baru dapat. abang aku sengih je la.

"tak payah la bang, hang pinjam je la kereta kak yong pastuh hang belagak AHH sikit. hehe"
"berangan je lebih"
:)


*pegi order weh!

p/s: mantap jugak ek proton baru inspira?

ini entri gatai, sila muntah ;p

semalam 12 oktober 2010
aku kenal dia pada 12 oktober 2005
makanya sudah 5 tahun

cepatnya masa berlalu
walaupun dalam tempoh masa tu
ada macam-macam cerita best dan tak best
tapi kita tetap mentennn
hehehe

thanks yam tau
sangattttt bi sayam bik

gatai!!


*punya la sayam sampaikan selipar pun sanggup kongsi pakai.haha.

gila dan pening

sebelum menaip laporan projek
pergi ke kotak font
melihat font yang bermula huruf N
dan gigih mencari
New Times Roman
tapi tiada

Times New Roman la ngek!
pergi tengok kat hurup T

gila

wahai manusia


kadang-kadang kita marah kalau kita tak dapat apa yang kita nak kan?
ada benda yang kita nak tapi tak dapat
lepas tu membandingkan takdir orang dengan takdir sendiri
kenapa mereka dapat, kenapa aku tak?
itu namanya menyalahkan takdir
MasyaAllah...
kan dah berdosa

tapi sekejap saja rasa bersalah
lepas tu buat balik

macam tu lah manusia
tak penah bersyukur

ya Allah jauhkanlah kita semua dari sifat tu
maka, selalulah mengucapkan Alhamdulillah
bersyukur dengan apa yang Allah dah sediakan buat kita
tapi pada masa yang sama harus berusaha untuk yang lebih baik
InsyaAllah....

mood jumaat


oke!

mood aku hari ini :


melihat contoh-contoh gambar door gift untuk majlis perkahwinan


sambil melayan gambar-gambar, sambil aku tergaru-garu.
sebab ada kegatalanlah kan?? maka haruslah menggaru.



hehehe malu sendiri.
:)

pengakuan ikhlas seorang pemalas kerja

ok, soalan ini adalah untuk diriku sendiri. eh wait! diri aku. perkataan diriku macam tak berapa sesuai. geli.

soalan:

"sepuluh kriteria-kriteria penting untuk anda terus membaca dari satu entri ke entri yang lain di belog seseorang yang tidak dikenali sehingga anda sanggup membuka archive mereka tiga tahun lepas?" -sila baca dengan hanya satu napas!

-ya,memang aku tak nak buat kerja, tu pasal aku melayan belog orang.
sebab anda pun tahu aku seorang pemalas seadanya.
tetapi dalam bab ini aku menjadi rajin seadanya. sila puji!



jawapan:

1. sebab si penulis belog seorang yang gila-gila, boleh tahu melalui entri mereka. contohnya kemerepekan yang boleh diterima akal hingga membuat aku tersenyum macam orang tak normal kematian suami.
2. gambar mereka yang superb cantik di edit atau tidak (jenis kamera tidak menjadi keutamaan) ataupun mereka sendiri yang cantik dan hensem belaka. itu satu bonus.
3. tidak berlagak dengan entri mereka. contoh ayat "eh,nak tau tak..semalam I pegi klcc beli beg gucchitt harga rm50 juta". oke Joyah, go to hell!
4. suke buat entri macam cerpen atau novel sambungan ala-ala drama tv2
5. tidak mengarang dengan sarat. contohnya, satu entri guna satu perenggan saja sampai sejuta baris. kalau yang tu terus aku close, tak kuasa nak baca.
6. cerita pasal personal life dorang, famili, anak2, awek2, boipreng2, apa-apa la. aku memang suka baca. pengsibuk nak tau life orang lain.
7. ada info atau kritik pasal movie ke, bola ke, muzik ke. ha,aku suka baca yang ni.
8. ada entri pasal tips menguruskan badan? harus baca!
9. penulis belog yang femes. haruslah baca entri mereka sampai juling
10. sebab penulis belog adalah kawan-kawan saya. wajip baca untuk perkukuhkan silaturrahim.


jadi secara kesimpulannya, minggu ini adalah minggu yang sangat menjadikan aku pemalas. sebab tu la banyak entri aku post minggu ni, sebab tu la aku banyak pegi jenguk belog orang yang aku tak kenal. aku rasa macam nak menjadi belogger tegar la pulak sebab aku tau nanti anak-anak yang akan aku lahirkan nak baca entri-entri aku ni. jadi harus gigih menaip dari sekarang. haha.

ok, aku merepek! sila abaikan.


p/s : mana kawan-kawan yang senyap dari dunia belog ni? cik jz & incik pakown , please write sumthing!


masih mengikut adat

Berendoi masih bergerak aktif hingga ke hari ini dan boleh ditonton kebanyakannya di negeri Perlis, Kedah, dan Perak. Di negeri Perak nyanyian berendoi ini menggunakan nama Dendang Siti Fatimah dan seni katanya berlainan dengan seni kata yang dibawa oleh kumpulan Berendoi di Perlis dan Kedah. Adat berendoi atau buai bayi ini dipersembahkan sebagai tanda keriangan atau kesyukuran menyambut kelahiran cahaya mata. Lagu-lagu Berendoi atau Dendang Siti Fatimah membawa seni kata yang memuji junjungan Nabi Muhammad s.a.w, menceritakan perihal susah payah ibu mengandung dan melahirkan anak dan juga nasihat-nasihat kepada kanak-kanak. Ada juga seni kata yang dicipta oleh kumpulan ini disesuaikan dengan keadaan semasa. Antara lagu yang dibawa dalam majlis berendoi ialah Tuhan Rabbul'alamin, Anak di dalam Buaian, Ayuhai Anak Cahaya Mata, Kebesaran Allah, dan Aduhai Anak Jangan Durhaka. Berikut ialah lagu Anak di dalam Buaian:

Ayuhai anak di dalam buaian,
Pejamkan mata jangan tangiskan,
Lagu Berendoi kami dendangkan,
Di dalam majlis tanda kesyukuran.

Lamalah sudah kami menanti,
Namun engkau tak kunjung tiba,
Dengan takdir ilahi rabbi,
Kini engkau sudah menjelma.

sumber : laman adat resam melayu


02.10.2010 - telah diadakan majlis berendoi cucu sulung mak aku, iaitu anak abang aku la kan.tak kan anak aku pulak.hehe.mak aku ni suka ikut adat,kiranya setiap daripada kitorang ni sumer la kena buat. so, dah kata pun cucu sulung haruslah semangat kenduri lebih sikit kan? sampaikan ramai yang kata "betul ke kenduri naik endoi ni? ke kenduri tunang ema?" erkkk,ok la makcik,aku aminkan je. bukan lapan orang yang tanya macam tu, tapi macam dah dua ratus orang yang tanya. aku yang dengar ni pun sengeh je la,aminnn. mana la tau kan? ok,gatal sekejap! :p semua berjalan seperti yang telah di plan. aku pun bz jugak. tugas aku kat bahagian door gift & amek gambo time kenduri.oke,setel seperti yang di rancang. semua pun puas hati,just makanan je memang cukup2. pepeham je la member2 mak aku satu taman tu.haha. famili boleh bawak balik lauk sikit je pun. (aku pun rasa sikit je ayam masak merah.huhu). overall memang best! thanks kepada famili sebelah mak,abah, ngan famili sebelah kak ipaq jugak,sanggup datang dan tolong. segala kekurangan harap dimaapkan. :)


*little bos ngah tengok opahnya buat endoi

*yeay! da siap!

*saya pun da siap mekap ni.hyee!

*muka pelik. 1st time naik buai.hehe

*rileks je amani.

p/s: betul ke orang yang nama amani ni orangnya rileks je? sesuai dengan maksud nama dia kan? hehe. semoga amani membesar dengan sihat dan jadilah anak yang baik.amin..